Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers

Follow Me ;)

Wednesday, January 16, 2013

keronsang silaturrahim


pagi tadi pintu rumah diketuk.. mak yang buka.. aku tengok siapakah gerangannya yang mengetuk.. *selalunya posmen yang rajin ketuk pintu rumah aku.. hehe ..

bila aku intai.. tengok-tengok.. kak jun.. jiran bawah rumah aku ni.. isteri kol megat. dia cakap dia nak pergi dah.. dorang nak berpindah.. dekat je.. kat port dickson.. sembang-sembang sikit.. lalu kak jun bagi aku keronsang ni.. tanda peringatan katanya.. alahai.. sweetnya.. kalau duduk unit. orang yang nak pergi posting tu yang dapat hadiah.. ni dah terbalik pulak.. hehe..aku terima dengan ikhlasnya.. tapi rasa ralat sebab tak dapat bagi dia apa-apa.. so far.. jiran dekat blok aku ni semuanya baik-baik.. alhamdulillah.. 

so.. rumah kol megat dah kosong.. tunggu siapa pulak yang masuk lepas ni.. selalunya kalau ada rumah kosong.. memang tak lama pun .. mesti ada orang baru yang akan masuk nanti.. senarai menunggu untuk kuarters askar ni panjang ko.. macam aku dulu.. husband dapat nombor menunggu yang ke 25.. thehehe.. dekat 6 bulan jugak la baru dapat rumah. alhamdulillah.. janji dapat.

so, apa yang aku selalu praktik.. aku tak nak sombong dengan jiran.. kalau jiran tak suka bergaul.. cukup la aku berikan senyuman kat dia.. kita kena juga jaga privasi dorang.. lepas ni.. kalau aku pulak nak posting.. aku nak bagi ape yer?? hehe.... ehhh banyak la kau yang posting.. husband aku la yang posting. aku ngikut je.. huhuhu

2 comments:

cha said...

best kan dpt jiran yg ok. paling best dpt yg suka masak haha

Reena Onn said...

Wahhh... untunglah dapat hadiah... Hehehe... Mesti rasa macam happy sangat bila dapat hadiah surprise cam gini :)