Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers

Follow Me ;)

Thursday, August 30, 2012

Acanner?

hmm.. kisah kali ni macam ni ... bebaru ni aku beli susu untuk melansingkan badan *kome jangan la gelak.. sebab aku tengok hasil dia macam best je.. dan kebetulan kawan aku lak jual susu tu.. aku beli direct dari dia je.. dapat lak harga yang baik punye... so, lepas aku balik dari perak, aku pon try la susu tu.. dan sebenarnya hubby aku da try dulu.. susu tu berasaskan kacang soya.. dietnya jangan makan nasi, bihun, mee je.. sebab makanan tu banyak karbohidrat.. aku minum ok je.. sedap gak susu tu.. tp hasilnya takde nampak lagi.. dok main-main kat nombo 65-64kg je berat aku ni.. thehehe...

so, dipendekkan cerita... aku menggoogle pasal susu kacang soya ni... aku kan rajin google google ni.. huhu... tiba-tiba aku terjumpa satu blog yang menceritakan tentang susu kacang soya..


antara info yang dia tulis macam ni..

Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:
1. Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
2. Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
3. Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.


tapi bila aku google blog lain.. ramai yang kata soya bagus untuk kesihatan la pulak... haha... tolonnn... sape sape leh rungkaikan kekusutanku ini?? cewah.. haha.. 

tempe tu dari kacang soya gak kan?? sedap tuu...

No comments: