Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Follow Me ;)

Thursday, May 31, 2012

Ayam Kandar

macam biasa.. da jadi surirumah sepenuh masa ni.. lam kepala otak asik fikir menu nak masak jer... tapi sekarang ni lagi mencabar. sebab aku ngan incik hubby nak mendiet, so kena pilih menu masakan yang tak bole  mengemukkan... cewahhh.. haha.. kitorang ni bab makan memang banyak persamaan sket la.. hubby suka ayam. aku pon suka gak. kalau duduk umah kakak aku kat shah alam tu, mesti dia membebel je sebab aku selalu masak ayam je... hahaha.. sori sis.. chicken is one of my favorite.. eceh..

hari tu dok blog hop blog kengkawan. terjumpa menu masakan ayam kandar. bukan ayam kamdar ek.. wakaka.. aku tengok bahan ngan cara masakan pon macam senang jer. so, aku pon cuba la...

tarrrraaaa... ni la hasilnya
sedappp

rasa macam makan ayam kat kedai mamak :)
resepinya aku ambil kat SINI 

Bahan-bahan

1/2 kg ayam
6 ulas bawang putih/1 inci halia (tumbuk/blend) *masa ni stok halia takde.. so, xde gunakan pun
2 sudu besar kicap pekat *masa ni kicap pekat pon takde.. letak kicap manis cap kipas udang jer
2 sudu besar sos tomato *sos tomato pon takde. aku letak air asam jawa... hehe
2 sudu besar sos cili
2 paket kari daging babas *ikut suka nak byk mana.. tp jgn  banyak sangat
1 labu bawang besar (dimayang)
1 ulas bawang putih (dimayang)
kulit kayu manis dan bunga lawang
sedikit daun kari *ni pon tak masuk sebab kek mano den nak cari daun kari dokek ateh ni
garam dan perasa

cara-caranya

- tumis bawang besar, bawang putih kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau
- masukkan bawang putih dan halia yang diblend dan daun kari
- kemudian masukkan campuran rempah tadi (kicap pekat, sos dan serbuk kari) kacau sebati
- masukkan ayam, air dan masak hingga ayam empuk. *jangan hempuk lak ayam tu.. huhu
- masukkan garam dan perasa secukup rasa. kacau hingga kuah menjadi pekat. kalau nak ade kuah sket, letak air lebih sket la.. jgn lebih banyak sangat.

selamat mencuba!!

*psstt kalau takde bahan kat rumah tu, pandai-pandai la adjust ek... sure menjadi jugak ;) resepi ni memang sedap!! tenkiu kakak yang berkongsi resepi...

Wednesday, May 30, 2012

Al-Fatihah..

malam semalam masa nak membeli barangan dapur with hubby, kakak aku call dari kampung.. bagitahu pasal makcik aku iaitu mak lang tengah nazak. mak lang ni adik kepada mak aku. dekat sebulan lebih dia menderita dengan pelbagai penyakit yang menyerang secara tiba-tiba. masa aku balik kampung hari tu ada la aku jumpa.. masa tu alang kuat lagi. boleh bercakap, boleh duduk, boleh makan. tapi lepas dari tu, alang da susah nak makan.. apa yang dia makan mesti terkuar balik.. sian alang.. tapi semalam aku terkejut dengan berita yang kakak aku bagitahu tu... apa yang mampu aku buat, aku hanya berdoa pada Allah semoga alang dapat disembuhkan seperti sediakala... tapi jam 11.20 malam tadi, kakak aku call lagi bagitahu maklang aku tu da meninggal.. innalillahiwainnailaihirojiun...... Allah lebih menyayangi makcik aku... semoga roh alang tenang disana..

yang hidup haru meneruskan hidup.. kebetulan, kenduri kawin anak alang akan berlansung pada 3 jun 2012 ..hujung minggu ni la.. Allah... semoga kau peroleh kekuatan kepada anak mak lang aku iaitu abg ngah... semoga abg ngah tabah.. insyaAllah.. ibu dan bapa saudara serta adik beradik sepupu sepapat akan menolong masa kenduri abg ngah nanti...

Allah menguji pada hambanya yang mampu... semoga ujian ini kita ambil sebagai iktibar.. kehilangan memang amat memeritkan.. seperti aku kehilangan arwah Qaisara awat tahun hari tu.. Allah saja yang tahu. tapi hidup ini harus kita teruskan.. Allah dah menetapkan ketentuan buat kita..

tapi yang pasti, masa raya nanti mesti aku dan ahli keluarga yang lain akan merindu kuih sepit buatan alang. memang sedap. kuih sepit dia memang terkenal gak la.. ramai yang menempah..

abg ngah dengan abg long adalah anak lelaki alang... mak ngah n wan chik  serta mak aku adalah adik beradik kandung alang. mak aku anak yang sulung.. gambar ni masa kenduri kawin anak buah aku. 

semoga roh arwah mak lang ditempatkan didalam golongan orang-orang yang beriman.... semoga alang tenang disana.. kami disini pasti menyusul.. 

*kami sayang alang...

*penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang memang bahaya... kita yang ada ni haruslah menjaga kesihatan dengan sebaiknya....

Monday, May 28, 2012

persinggahan ke kedai buku MPH

kejadian ni tak ingat lak aku berlaku hari ape.. adush... kena setting balik memory lam otak aku ni.. sejak lepas bersalin czer ni .. cepat sangat aku lupa... sedih tul dengan effect yang macam ni.. da macam orang tua sangat da.. huhu takpe la.. ini yang dah ditentukan.. aku redha.. *ok da lari dari tajuk plak..

hari tu aku jalan-jalan ngan hubby, macam biasa bila nampak kedai buku jer mesti aku nak masuk. hubby aku biarkan je aku melayan perasaan... dia kata dia tak ghairah tengok kedai buku.. hampeh..

sorang-sorang je la aku melawat MPH tu.. yang dia lak tak tau kemana.. nanti pandai-pandai la kitorang jumpa balik.. selalunya macam ni la..

masuk MPH tu mula-mula aku cari novel yang dihajatkan.. iaitu Sunan Musafir hasil penulisan Ramlee Awang Murshid. ok takde lagi.. pas tu aku tertarik ngan buku ilmiah. mula-mula da pilih 3 naskah. tapi bila fikir bajet, aku tolak satu.. ambil dua. tapi sampai ke hari ni aku tak baca lagi buku ni. *bad habit ok! ape yang bestnya, aku nak kongsi gak ngan korang buku ape yang aku beli tu... hahaha poyo!

taraaa... ni la buku tu..

istikharah cinta

murah jer...
ku damba cintamu ya rasulullah...

murah juga..

semoga dengan buku ni aku dan hubby dapat menambah ilmu yang kitorang tak tau lagi.. aku janji, pas ni aku baca buku ni... 

*pstt.. macam da bertambah-tambah je buku lam rumah ni.. alhamdulillah :)

novel-novel aku kat kampung tu.. aku biarkan jer.. takpe la.. sape nak baca, baca je la.. semua tu untuk dikongsi bersama...


cuti-cuti sekolah..

wahh..macam la aku sekolah lagi.. tak pun, macam la aku ade anak yang da bersekolah.. ekeke...
saje je nak kongsi-kongsi kegembiran korang yang ada anak yang tengah bercuti sekolah tu.. tak lupa juga pada cikgu cikgi tu kan... korang pergi bercuti kat mana? aku takde la kemana.. kakak aku yang pahang tu balik bercuti kat manjung..

kat sini aku nak kongsi ngan korang tempat yang sesuai nak pergi masa cuti sekolah..

hoho jom ke genting!!

kebetulan ada iklan promosi cuti sekolah dekat blog aku ni kan... baik aku blogkan untuk korang refer nanti.. so.. klik je kat SINI untuk keterangan dengan lebih lanjut

best kan pegi genting ... dapat sejuk-sejukkan badan... hehhe 
jom ke resort world genting!!!



Mee Udang Mak Jah

nampak signboard tu? dekat ngan wangsa walk jer..

ni semalam punya kisah. hajat dihati, aku ngan hubby nak pergi ke rumah kakak aku kat planet pluto tu.. hehe.. tapi disebabkan kakak aku da pergi ke putrajaya, maka hasrat kami tu terbantut..

padahal kitorang da bersiap-siap da pun nak keluar.. pastu hubby ajak kuar gak.. kitorang pergi kedai cari barang-barang dapur yang tak cukup lagi. jalan area setiawangsa jer. kebetulan, masa mencari barang.. customer aku call nak ambil bunga yang dia tempah. nasib baik aku ada dekat-dekat area rumah aku jer.. so, sempat la nak balik ambil bunga tu bagi kat dia.. terima kasih banyak-banyak yer dik :)

pas settle semuanya, tak tau nak pergi mana.. perut da berkeroncong mintak diisi... hubby pon tak tau nak makan aper.. so, kitorang dok pusing-pusing area setiawangsa sampai ke wangsa walk.. tiba-tiba ternampak restoran mee udang mak jah ni.. ape lagi... kami berdua setuju nak makan kat situ. tapiiii... jenuh mencari parking. tak de yang kosong.. 3 kali pusingan gak la baru dapat parking.. full park pas tu banyak petak parking yang dah di reserve.. huhu... 

masuk je restoran ni aku order mee udang spesel .. hubby lak kue tiaw goreng udang special gak. aku order air tembikai laici... hubby punya tembikai susu... yeakkkss!! aku tak suka tembikai susu.. haha..

fuhh... besar2 udang dia beb... banyak lak tu..
aku punya.. masa tengok gambar ni pon aku telan air liur... hahaha

nahhh baru nampak mee...
ade garpu je..sebab sudu hubby aku ambil dia hirup kuah mee udang tu... huhuh

kue tiaw goreng udang special
ni hubby punya... sedap jugak!! aku pon cilok sket.. haha.. udang dia pon besar n super banyak!!

tengok udang tuuu... 
fuh... memang kene ulang tayang lagi makan kat sini.. harga pon berpatutan.. punya la excited makan. gambar air aku lupa nak ambil.. haha... jemput makan!!


Tuesday, May 22, 2012

Taman Tasik Datuk Keramat

jamal yang excited! 

kejadian ni bukan berlaku hari ni yer... ni masa aku duduk dekat rumah kakak aku di kuarters wangsa keramat. malam-malam kitorang keluar bawak si kecik ni main dekat taman tasik datuk keramat ni. sebab dekat dengan kediaman. taman ni bagus la. leh jogging, bersenam, bawak anak-anak main-main kat sini. memang lengkap untuk beriadah. nanti nak ajak hubby jogging kat sini.. nak ke dia??? hadei....


Monday, May 21, 2012

Damas Sweets

sedap!
hoho.. kepada sesiapa yang meminati manisan, korang cuba la pergi beli kat Damas Sweets.... baklava dia sedap!! yang ni kakak aku beli dekat belakang Ampang Point... so, lepas ni aku da tau la mana nak cari manisan untuk mencuci gigi.. eh mulut nanti.. hihi.. 


*oh ya... aku baru je masuk rumah baru ni.. laaaapangggg sangat.... hahaha

Sunday, May 20, 2012

Pantai Pengkalan Balak, Melaka

seperti biasa, kakak aku yg askar tu nak outstation lagi.. aku akan mengikut beliau untuk menjadi bodyguard anak beliau.. ceewahh.. bodyguard la sangat... thehehe... aku ni kan penganggur terhormat.. adalah dengan berbesar hati setelah mendapat kelulusan dari incik suami, aku follow kakak aku ke melaka... kakak aku ada perbarisan sempena Hari Ulang Tahun KKD kat kem Terendak tu..

aku ngan anak beliau si jamal, tak de la nak ikut pegi tengok perbarisan tu.. kami lepak kat resort je sambil menikmati keindahan alam... cewah.. padahal banyak duduk lam bilik je.. sebab jamal tak sihat..


memula aku bawak jamal jenjalan kat tepi2 pantai ni.. panjang gak pantai ni... tengok bot.. makan keropok... best best..

pas tu balik bilik.. jamal terus tidur... dia demam masa ni. sian.. aku sempat snap gambar nama resort tu kat pintu bilik tu je.. nak ambil kat pagar resort tak sempat.. haha

tengahari tu jugak kitorang check out dan balik KL terus... coz my sis nak shoot pegi ke Sungai Petani plak.. huhu... aku dok rumah diam-diam ngan hubby.. =P

Flower Brooch

macam da lama tak selitkan entry flower brooch aku ni ek.. sibuk beb.. huhu.. kali ni aku buat banyak-banyak dan hantar ke pahang.. anak fruit aku excited nak meniaga.. gasak..

amik ... yang berminat email me jer.. :) 
pas ni nak siapkan flower arrangement pulak.....

Saturday, May 19, 2012

pokok mulberry yang rajin berbuah

melebat seperti biasa

ade yang belum masak lagi ni

yang merah gelap tu kiranya da masak la.. yang merah ade kehijau-hijauan tu belum masak lagi... masammm

hasil tuaian hari tu.. masa balik kampung jap

pokok mulberry ni dah lama ada kat rumah mak aku. aku ingat lagi benih pokok mulberry ni aku terjumpa kat seksyen 15 subang jaya. kakak aku yang belikan... so, tanam la kat rumah mak... sampai sekarang masih ada lagi pokok ni.. dan dah beranak pinak dah. nak semai dia senang je.. potong ranting dia yang da agak matang, cucuk je lam tanah. siap! lam seminggu da bole nampak dia hidup... buah dia rasa masam-masam manis sket. ni kalau wat jem pon sodap. ingat lagi uncle yang jual pokok ni cakap.. dia kata daun mulberry ni pon kalau dikeringkan, leh dibuat teh. teh mulberry la namanya. so far, aku lom try buat lagi. hari tu masa balik rumah mak, aku kerat sket ranting-ranting dia untuk aku semai.. nak tanam kat dalam pasu kat rumah aku. tunggu la hasilnya nanti yer ;)

Friday, May 18, 2012

Kasut mana yang terpilih? [Vincci]

Vincci di butik PDI

agak-agak korang... dalam banyak-banyak kasut ni... kasut mana yang terpilih?? kalau korang betul, korang dapat hadiah sepasang kasut yang korang bayar sendiri... haha... pilih .. pilih!!

tq sis! <3 u!

Super Moon

korang dapat tengok super moon tak a few weeks ago? aku dapat tengok dari atas apartment kakak aku kat shah alam. cantik sangat.. memang terasa besarnya kuasa Allah kalau kita dapat melihat kejadian-kejadian macam super moon tu.. aku dapat la snap seketul dua.. tapi guna camera biasa jer takde la dapat snap cantik.. huhu jadi la.. layan gambar kat bawah ni..

alala ni kalo tengok real.. lagi osemmm..

wau wau wau nunnnn bulannn

huhuh makin jauh.

yg ni the next day plak... menjerit aku panggil kakak aku suh tgk bulan  ni

masa ni gak status fb tentang bulan ni mendapat sambutan hangat... haha


teringat dulu masa sekolah... muka aku ni ibarat macam bulan... sebabnye.. banyak jerawat.... hahaha... korang ade tengok super moon tak hari tu? ce citer ce citer... aku da terlambat nak menciter ni.. tapi citer gak... ko ade?

Tuesday, May 15, 2012

surat rasmi mohon poligami dan jawapan siisteri

Daripada :
Suami bin Lelaki

Kepada :
Isteri binti Bapa

Puan, 

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

perkara diatas adalah dirujuk

sebab utama permohonan ini dilakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah diperuntukkan bagi saya. buat masa ini kuota yang telah diisi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat dipenuhi secepat mungkin. pihak yang akan mengisi satu ini buat masa ini ialah Cik Dara binti Teruna yang merupakan setiausaha saya dipejabat. memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan dipejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita didalam organisasi keluarga kita. kekosongan yang selebihnya akan diisi dimasa akan datang

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk mengetahui surat lengkap ini.

3. untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan saya ini disamping kurangnya rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. semua yang puan miliki sudah bertambah besar. kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah pian miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan diperkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. kebaikan yang puan akan nikmati ialah wakru tehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. pada waktu itu saya cuma akan fokus pada hasil pihak ketiga. menguntungkan bukan?

6. segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan diatas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. hadirkan lah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut keluarga kita 10 tahun lepas. situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelaiknya dengan manja bersama setiap kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan dilaksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. semoga kita bersama-sama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanankan program ini dengan jayanya.

sekian, terima kasih, 
"berkorban dan berkongsi kebahagiaan lambang rumahtangga bahagia" 

yang ikhlas memohon
suami bin lelaki

*berbulu je aku menaip sambil membaca surat suami bin lelaki ni.. jom tengok jawapan dari isteri lak

kepada suami bin lelaki

surat daripada pihak tuan adalah dirujuk. dukacita dimaklumkan, saya menolak permohonan berkenaan dengan hujah-hujah berikut.

- oooo.. patutla asyik dok nyanyi lagu 'Madu Tiga', rupa-rupanya 'nak penuhkan kuota' la ye? Berani nampak? ni bukan kuota bumiputra yang wajib kena penuh!

- sapa perempuan tak sedar diri tu, dah tak ada lelaki lain ke dalam dunia ni?

- ni la perangai jantan, nak kahwin punya fasal semua duit simpanan dia sanggup habiskan. dulu kata duit ASB tu untuk masa depan, rupanya untuk bini masa depan.

- abang kata untung dua-dua pihak? cantik muka abang.. ingat niaga barang ke! cuba cakap sapa yang akan untung? abang ke, saya? 

- mak hoi! sedapnya mulut kata saya tong dram habis tu yang abang tu masa mandi kaki pun tak nampak, jalan baru lima langkah dah penat, badan pun dah macam kungfu panda ada hati nak kawin lain konon.

- kongsi? abang ingat ni kereta ke?

- apa syif-syif? ni bukan kerja kilang la!

- cewah-cewah nak dibalas dengan senyuman penuh keikhlasan konon, kalau abang berani balik la rumah, kita tengok sapa yang akan senyum sapa yang akan meraung. 

oleh itu, permohonan tuan ditolak dan untuk makluman tuan, pihak saya sudah menyediakan segala peralatan untuk 'peperangan', itu pun kalau tuan berani untuk pulang kerumah.

terima kasih
sedia 'berperang' demi mempertahankan rumahtangga

yang ikhlas menjawab, 
isteri binti bapa

ok tamat la sudah surat ini... hahaha...
aku ni ambil surat ni dari dalam surat kabar mingguan malaysia. hasil penulisan dari kucing jantan (bro tompok) surat-surat ni takda kene mengena dengan sape-sape pon. bro tu cuma nak kongsi kan dengan pembaca dan menunjukkan bagaimana poligami adalah isu yang cukup sensitif kepada mana-mana juga perempuan. memang sangat setuju! isu ni memang sensitif sanga-sangat... minta dijauhkan dari nasib aku... huhu.. aku dapat surat ni pon dari kakak aku. pepagi lagi da suh aku baca surat kabo. sabo je ler.. yang lelaki siap dengan ayat rasminya.. siisteri menjawab ngan bahasa sms.. amik kau.. 


*baik den g sambung gunting2 kain wat bunga... 

Thursday, May 10, 2012

Tergendala Sebentar

da macam siaran tv la pulak yer..

tapi memang betul pun.. siaran update blog ini akan tergendala sebentar disebabkan tuannya sibuk nak masuk rumah baru yang tak berapa nak baru.. *baru dapat kuarters da....

so, harap korang jangan la lari dari menjengah blog aku ni ek.. nanti aku akan masukkan entry rumah baru tu.. ;)

rindu korang.. jumpa lagii!

ni aku hadiahkan korang buah mulberry yang menyarat..
buah mulberry yang sarat dekat rumah mak di kampung

Thursday, May 3, 2012

Otak Serabut

setuju bangat! tp aku nak tukar kaler leh? pink pelis...

sesungguhnya dua tiga hari ni otak aku agak serabut tengok status rakan di facebook. tak cukup dengan status masing-masing ... ditambah pulak dengan gambar dan video. ya.. otak aku serabut dengan update pasal BERSIH tu. masing-masing nak beri pendapat masing-masing. tapi semuanya macam not good je. sebab kutuk mengutuk, hina menghina, tuduh menuduh, semua tu kan ke amalan yang tak elok.. hasil dari demontrasi tu aku tengok takde kebaikannya pun.. huhu fikir-fikir lah sendiri.. nanti lagi banyak aku cakap.. aku lak sama dengan ngan dorang.. apa-apa pun, berpijaklah dibumi yang nyata.. dan kita semua duduk diatas bumi yang sama...

Wednesday, May 2, 2012

Semburan Menyenggat!

uish asap..

ade yang terbako ke?

kite bako!! 

ha betul la tu.. smoke fogging..bukannya terbako..  agaknya da ade yang kena demam denggi kot.. huhu.. bau dia menyenggat beb.. nak masak pun terpaksa tutup tingkap sket.. sebab aku tak tahan ngan bau asap tu.. mudah-mudahan takde la anak beranak nyamuk tu serang rumah kakak aku.. huhu nauzubillah.. 

Selamat Hari Buruh

tu bahasa melayunya.. kalau bahasa english, happy labour day la ye dak? lambat beno aku update hari labour yang sepatutnya berlaku semalam... huhu.. bukannya ape.. time cuti tu la selalunya aku dok bz.. bz melayan orang yang cuti kekdahnya..

ye.. ini yang berlaku smalam..
update status timeline pon da macam update blog panjangnye kan.. haha.. korang pegi mana semalam??