Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Follow Me ;)

Friday, February 17, 2012

Kamu nak tahu?


saat berpantang bersalin ketika tiada sikecil disisi amat memeritkan hati.. astghfirullahalazim.. kalau kamu nak tahu.. beristighfarlah ketika kita rasa diri hanyut dibuat perasaan yang bole memesongkan hati kita. 

aku selalu macam tu.. tak dinafikan.. lagi-lagi bila dok sorang-sorang.. 
tapi kerap kali berfikir sendiri.. kalau kita rasa Allah itu ada disisi kita.. ape perlu kita bersedih ketika kita ditimpa dugaan? aku hanya mampu berzikir dalam hati untuk mengisi kekosongan jiwa masa berpantang ni.. dengan memohon kepada Allah supaya memberi kekuatan jiwa rohani yang kukuh buat diri ini. percaya dengan sepenuh hati bahawa setiap dugaan yang Allah beri tu ada hikmah disebaliknya... dan Allah pasti beri ganjaran pada kebaikan, keikhlasan dan kesungguhan kita dalam melakukan suruhanNya.. redha juga perlu.. ya.. aku redha.. aku perlu redha dengan seikhlas hati aku.. 

terbaca sepotong kata-kata hikmah didalam satu sumber bacaan 'Redha juga mestilah pada hati dan juga redha pada perbuatan. jangan mulut saja redha tetapi hati berbunyi. bila kita redha, kita mesti redha semuanya, baik pada perbuatan, mulut dan hati. Insya-Allah, kita akan mendapat keredhaan Allah di akhirat kelak'.

semoga pengalaman ini mematangkan lagi hidupku... 

'Be strong' 

3 comments:

gnik said...

alhamdulillah... smoga Allah tetapkan iman akak... iman kita semua.... pasti ada hikmah d sebalik semua yg berlaku..DIA tau apa yg terbaik utk kita... dan sntiasa menguji kita... syg akak... be strong..

Unknown said...

alamak yer ke,
nak kena amik tahu nie,
mudah utk masa depan nie,
:)

Unknown said...

to gnik : thnx anie... akak rasa anie faham ngan situasi akak.. sbb tu anie diam kan.. :) terima kasih banyak2 sebab da lama jd 'sahabat' n 'adik' akak.. ya.. semoga iman kita sama2 kukuh dan bertambah... amin..

to Cik Wanie Ghani :
ya sayang.. hati perlu sentiasa ikhlas untuk menerima setiap yang berlaku.. akak tau kisah awak yg satu tu.. akak pon 'kehilangan' anak akak.. to wanie.. be strong.. just let 'him' go.. Allah lebih sygkan dia.. jgn meratapi sgt pemergian dia k..