Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Follow Me ;)

Tuesday, February 28, 2012

Tangan da rasa gatal-gatal

rasanya macam da lama aku merehatkan diri.. kerja rumah ape pon tak boleh buat.. masak memasak pun emak yang amik alih.. memang aku rehat betul-betul ni... 44 hari kan..

to be me.. memang tak reti nak duduk diam sangat kot.. rasa hidup ni takde erti lansung kalau takde buat apa-apa kerja.. so, time rehat ni dok ngadap laptop ngan baca buku je la.. tu satu kerja gak kan... keh keh keh...

tapi da nak dekat habis pantang ni... mula la tangan da start rasa gatal-gatal *da la mula.. start lak tu? apekah? ..bukan  gatal kena ulat bulu.. tapi da rasa gatal nak menjahit.. memasak.. mengemas.. terutamanya nak menjahit manik... huhuhu...

hasil tangan kerja aku yang terakhir sebelum rehat-rehat ni


ni kat tudung aku ni... kasi upgrade sket.. 


close up


jahitan manik berbentuk gelang di bahagian tangan.. baju ustazah hasma.. 


ni lak baju my kakak ipar... alhamdulillah siap gak akhirnya.. sebab time awal pregnant aritu adelah kemalasan sket nak bermanik..

lepas habis pantang ni aku nak mula bermanik balik! semangat sedang berkobar-kobar ni... hehehe... 


*kontena sudah sampai... mau suruh incik hubby ambik baju-baju aku yang da masuk lam kotak tu... macamana la rupanya dia susun ek.. huhuh



Thursday, February 23, 2012

Al-Fatihah...


Allah lebih sayangkan Faris. Dia telah pergi buat selama lamanya.
Al-fatihah.

 
...
tiada kata yang dapat aku huraikan...

Wednesday, February 22, 2012

adik Faris Nur Daniel perlukan bantuan..


berat mata yang memandang... berat lagi bahu yang memikul.. 

Faris Nur Daniel, 6 tahun disahkan mengidap HLH (Hemophagocytic Lymphohistiocytosis)ringkasnya, barah darah. Penyakit dilaporkan mampu mengancam nyawanya. Kini dirawat secara intensif di Subang Jaya Medical Center.

Menurut doktor yang merawat paru-paru adik Faris tidak begitu berfungsi dan hati dia bengkak.

Bapa kepada adik Faris iaitu Shamrulismawi Ismail dan keluarga memerlukan lebih RM30,000 lagi untuk membiayai kos perubatan anak bongsu mereka.

Bapa kepada 3 orang anak iaitu 13 tahun, 10 tahun dan 6 tahun ini amat memerlukan sumbangan kepada sesiapa yang sudi & bermurah hati. Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Maybank milik ayah Faris 1628-5200-2738 (Shamrulismawi Ismail).




mesti ramai yang sudah tahu mengenai berita adik faris ni kan.. Allah... memang sayu hati aku bila tengok dan baca berita ni. setiap hari ayah kepada faris akan update tentang perkembangan si kecil..

yang terbaru..

22 Feb 3:00pm Doktor kata organ2 Faris sudah mula damage. Paru2 semakin teruk, hati makin membengkak, urine ada sikit darah, slowly deria dia juga akan effect.... Tadi suhu badan dia jatuh so terpaksa guna warmer.....tapi alhamdulillah oksigen level dia naik ke 48%... Buat Faris anakku tercinta, ayah akan terus berikhtiar,berusaha & berdoa semoga anak ayah akan kembali sihat seperti sediakala.... Selebihnya ayah bertawakal kepada Allah.. namun jika ditakdirkan Allah lebih sayangkan faris...maka ayah redha... Ayah redha!.... Ya allah, ampunilah dosa hambamu ini, tabahkanlah aku & keluargaku sebagaimana tabahnya anak aku menghadapi penyakitnya.... Aminn

teringat pula pada arwah Qaisara hari tu... memang kuman akan menyerang setiap organ yang ade dalam tubuh dia.. Allah.. aku memang tak bole nak kata apa.. melainkan hanya memberi sedikit sumbangan yang termampu dan berdoa semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah..

jom sahabat...
kita sumbangkan apa yang termampu...

Masakan pertama bersama jiran

tahun lepas
jiran : ustazah hasma (from kelate)
anak : arisya (pandai ckap ate ate ate time tu..from perak ke? ate... hehe)

dialog :
ustazah : kak as.. jom kita buat nasi kerabu nok? 
aku : bole gak. ustazah reti ke? (sambil teruja)
ustazah : saya tak panda sangat kak as.. tengok resepi gak.. 
(kami berdua ketawa)
aku : takpe2.. ok gak tu.. sama2 belajar.. abih tu, bila kita nak buat? 
ustazah : hari minggu la kak as .. time saya cuti .. nanti kita g pasa beli barang2.
aku : okeh.. minggu ni set!
(aku tak ingat lak tarikh bila kitorang buat projek masak-masak ni.. tapi masa tu hubby kitorang masuk operasi..)

ni la aktiviti sampingan kalau tinggal sorang-sorang kat umah. 


 (gambar di atas)
ni la hasilnya.. sedap gak.. masa ni aku pregnant berapa bulan tah.. kitorang buat dalam kuantiti yang agak banyak gak. sebab tak reti nak mengagak nak buat banyak mana.. huhu


(gambar di atas) 
hoho.. licin... masak kat umah ustazah.. makan pon kat umah ustazah.. seronok sebab sambil melayan arisya.. =)


(gambar diatas)
budu cap ketereh ni .. tak bole tinggal!! kat rumah aku memang tak sah kalau takde budu ni.. 
*saya da pandai makan budu .. hiks 

berkat pengajaran bersama ni.. aku da pandai buat nasi kerabu sendiri.
bole dikatakan tiap minggu hubby suh buat masa kat kem tahun lepas (kami buat sesama.. tp hubby dok amik tugas membako ayam or daging je.. abis berasap satu umah)
tapi masa aku tak larat.. aku tak buat la.. ye la time pregnant masa tu kan..
agaknya.. sebab tu la badan hubby membesar dengan jayanya.. huhu
tapi skang kami sedang berusaha untuk mendapatkan berat badan yang ideal 
*kami tuuu.. termasuk aku la.. hehehehe.. 

last but not least.. terima kasih kepada adindaku ustazah nor hasma... for everything.. 

rindu sangat dengan 

|
|
|


arisya <3

Nokia Lumia 800

IKLAN SKET..

 eh comel kan? ade antara korang yang nak tukar hand phone baru? orang zaman sekarang ni kalau tukar hand phone macam tukar baju je kan.. hehe.. ni produk baru dari nokia.. 

 ade 3 warna.. so sweettt... *aku nampak yang kaler pink tu jer.. hehe.. 
so, kalau korang nak tau lebih lanjut mengenai hand/smart phone ni.. 
bole la klik kat sini ---> Nokia Lumia 800

selamat menjamu mata!!

Tuesday, February 21, 2012

Renungan Buat Ibu Qaisara..



di saat kita mohon pd Allah utk setangkai bunga segar; Dia beri kaktus berduri.
di saat kita idamkan seekor rama2; kita diberi ulat bulu.
kita jadi sedih & kecewa.

tp tanpa kita sedar & setelah beberapa lama,
kaktus itu berbunga; cukup indah sekali. 
ulat bulu bertukar kpd rama2; cantik & berwarna-warni.

knp begitu? 
sebab Allah tidak memberi apa yg kita harapkan; tp Dia beri apa yg kita perlukan.
kdg2 kita sedih, kecewa & terluka; tp jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yg terbaik dlm kehidupan kita.

khas buat adik2 yg tersyg Zubaidah Jamaluddin & Hasni Qaisara Zamri:
"La Tahzan, InnaAllaha Maa'na = Jgn Bersedih, Sesungguhnya Allah Bersama Kita".

terima kasih kak zue.. kasih sayangmu tiada nilainya... 

Titipan Buat Qaisara..

sebenarnya titipan ni da lama .. tapi baru sekarang aku mempunyai kekuatan untuk dikongsikan bersama..terima kasih adindaku Najiyyah..



to Qaisara from mummy Ayatul Husna..


Qaisara

Qaisara... walaupun kita tak sempat bersua, pasti wajahmu indah, seindah namamu..
Semoga sayang tenang bertemu Sang Pencipta..
Syurga menanti buatmu sayang..
Ayah ibumu insan terpilih mendapat syafaat di hari pengadilan
Kenangan indah bersama ibumu sewaktu ibumu mengandungkanmu di bumi Pakit tak pernah terluput..


Tenanglah Qaisara sayang di sana... Semoga Allah memberi segunung ketabahan kepada ayahanda dan bondamu merelakan pemergianmu ke alam yang abadi. Pasti Qaisara menanti kalian di pintu syurga...

:dedikasi buat kekanda yang dikasihi Kak Asni, seorang teman yang baik aku kenal di Kem Pakit, salah seorang isteri army officer. Sama-sama pergi check up pregnancy di klinik kem .. berkongsi kisah suka duka kehamilan menanti kehadiran orang baru yang pertama. Namun Allah lebih menyayangi anaknya Qaisara yang hanya sempat dirawat di ICU selama 3 hari kerana jangkitan kuman dalam darah. (19 - 22 Jan 2012). Al-fatihah...

Sedang ingin bercinta


aku sekarang da jatuh cinta ngan english style home deco nih... dari last year lagi aku da simpan hajat nak deco rumah sikit demi sedikit diselitkan dengan bahan-bahan english style tu kan.. *verangan.. tapi aku macam nak merealisasikan angan-angan aku tu.. sampaikan barang baby pon aku belikan dia quilt untuk bed sheet dia.. ape kan daya... takde rezeki qaisara.. simpan je la.. 

so, sekarang dok tunggu dapat umah je ni..... 
*verangan lagi.. bila la nak dapat umah ni... 
berangan tu kan free =) 

Monday, February 20, 2012

Doa Untuk Ibu Mudah Melahirkan Anak

walaupun sudah melahirkan.. tapi ni sebagai panduan pada diri aku jugak untuk next pregnancy.. insyaAllah..




[Nota: Sesiapa yang tidak mampu membaca doa di bawah dalam Bahasa Arab, boleh sahaja berdoa dalam Bahasa Melayu... asalkan ia difahami dan mampu dihayati ketika berdoa. Sesungguhnya Allah itu memahami semua bahasa. Yang penting, selepas ini, tetap diusahakan agar pandai membaca al-Quran kerana al-Quran adalah cahaya hidup kita. Jika pandai membaca al-Quran, insya Allah, doa ini juga bisa dibaca kerana ia sudah berbaris. Harap maklum.]

Bismillahirrahmanirrahim...

************************************

اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَا دَاْمَ فِي بَطْنِي

وَاشْفِهِ أَنْتَ شَاْفٍ لاَ شِفَاء إلاَّ شِفَاْؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَاْدِرُ سَقَمًا

اللَّهُمَّ اخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِي يَوْمَ وِلاْدَتِهِ سَهْلاً و تَسلِيْمًا

اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَاْمِلاً حَاْذِقًا عَاْقِلاً عَاْلِمًا زَكِياًّ مُؤْمِنًا صَاْلِحًا

اللَّهُمَّ احْسِنْ خُلُقَهُ وَافْصَحْ لِسَاْنَهُ وَاحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَآءَةِ

الْقُرْآنَ وَالْحَدِيْثَ بِبَرَكَةٍ مُحَمَّدٍ صَلَّى الله ُعَلَيْهِ وَسَلَّمْ



Maksudnya:

Ya Allah, Peliharalah anakku selama dia berada dalam kandunganku,

Dan sembuhkanlah ia, Engkaulah Maha Penyembuh, tiada penawar melainkan penawar Engkau, penawar yang tidak lagi mengundang sebarang penyakit,

Ya Allah, keluarkanlah dia dari kandunganku pada hari kelahirannya secara mudah dan selamat,

Ya Allah, jadikanlah bayiku sihat, sempurna, pintar, berakal, berpengetahuan, cerdik, beriman serta soleh.

Ya Allah, perelokkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, merdukanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan al-Hadith dengan berkat Muhammad S.A.W

Qaisara..


umur arwah Qaisara da genap sebulan..
terfikir juga.. dia da pandai buat ape sekarang ni ya.. 
mesti anak ibu da pandai senyum..
semoga bidadari ibu gembira disana... 

*rindu kembali bertamu

Sunday, February 19, 2012

Kiri Kanan Kiri

macam da lama je tak dengar alunan suara yang menyebut 'kiri kanan kiri' berulang-ulang kali.. rindu lak rasanya.. tahun lepas kalau aku duduk rehat sorang-sorang dalam rumah tu.. mesti tiba-tiba ade je dengar mereka berkawad.. mana tak nya.. rumah betul-betul berdepan dengan padang kawad.. tapi sekarang semua tu tinggal kenangan.. eh tapi sebagai seorang isteri pegawai tentera, igauan tu takan berakhir selagi si suami masih berkhidmat yer.. cuma sekarang aku duduk kat kampung je.. sebab tu takde terlibat dengan askar-askar tu.. hehe..  



kiri kanan kiri... perbarisan ni semasa hubby terlibat sama sempena hari ulang tahun briged last year di kem 11 RAMD Kuching.. 

* nampak sama je kan... where is my hubby? hehe.. minute 0.32 yg paling tinggi skali :P

Happy Birthday!!


Happy Birthday to Nuffnang!... 
wish u all the best in future =)

Saturday, February 18, 2012

Layang-Layang itu..


hurm.. orang lain masa berpantang sibuk dengan baby masing-masing.. aku? terpaksa la cari alternatif sendiri untuk mengisi masa yg tersangat lapang ni... nak wat keje umah pon tak bole kan.. sabar je la.. 

novel ni salah satu yang aku baca wat masa sekarang ni.. da lama da beli .. skang baru nak baca.. 

sinopsis :

Manja, si anak kecil Tengku Shariman yang dikurung dalam sangkar emas sering bermimpi dapat bermain layang-layang sepuas hati. Apabila dia mendapat peluang dengan bantuan Pak Jusuh, pemandunya, kesempatan itu digunakan sepenuh hati.

Sesekali dia melihat layang-ayang itu mundur dan sesekali maju. Kadangkala dia terkejar-kejar dan kadangkala dia cuma berdiri tegak. Ketika itu barulah manja tahu, mengendalikan layang-layang bukanlah mudah.

Tidak bijak menganggar, layang-layang akan terjunam. Tidak pandai memegang tali, layang-layang akan mati. Hidup bagi Manja, seperti layang-layang. Memerlukan kebijaksanaan, memerlukan kesabaran.

Bagi Manja, bermain layang-layang adalah satu kebebasan yang hakiki. Di padang itu dia boleh berlari, terbang bebas sepuasnya. Dan disitulah dia bertemu cinta sejati.

aku baru je baca buku ni... sinopsis agak menarik.. so, harap-harap menepati citarasa aku la kan.. kalo jiwang sangat aku tak berapa suka... huhuh... ok jom baca!! =)


*psstt.. aku ade Facebook penulis ni.. aku panggil dia kak yati... kalau la.. ni kalau la kan.. kak yati terbaca blog aku ni... aku nak bagitahu dia.. sebab sukakan nama anak dia si teta tu.. Qaisara.. maka aku mencari maksudnya dan terus suka.. sebab tu aku letak nama arwah anak aku Qaisara... :) Permaisuriku...

Terima kasih Nuffnang!


Thanks Nuffnang!! walaupun tak banyak.. alhamdulillah.. rezeki.. pas ni haruslah rajin lagi mengupdate.. 
Insya-Allah! 
<3 

Friday, February 17, 2012

Kamu Nak Tahu Lagi?


Sesungguhnya manusia dijadikan bersifat keluh kesah, apabila dia ditimpa kejahatan, dia berkeluh kesah, dan apabila dia mendapat kebaikan (harta), dia enggan (bersedekah), Kecuali orang-orang yang sembahyang, yang mereka itu berkekalan (melakukan) sembahyang, dan orang-orang yang dalam hartanya ada hak yang tertentu, untuk orang yang meminta dan orang miskin yang tidak mahu meminta, dan orang-orang yang membenarkan hari pembalasan, dan orang-orang yang takut akan seksa Tuhan mereka. sesungguhnya seksa Tuhan mereka tidak dapat orang merasa aman (amat ditakuti), dan orang-orang yang memelihara kehormatannya (tidak berzina), Kecuali terhadap isterinya atau hamba sahaya yang dimilikinya, maka sesungguhnya mereka tidak dicela. Barangsiapa menuntut selain daripada itu, maka mereka itu orang-orang aniaya (melampaui batas). Dan orang-orang yang memelihara amanah dan janji mereka, Dan orang-orang yang memberikan kesaksian (dengan benar), Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya. Mereka itu dalam syurga, mendapat kemuliaan.

(Surah Al-Ma'aarij : Juz 29 : Ayat 19-35)

Keterangan Ayat :

Umumnya sifat manusia itu ialah keluh kesah, bila ditimpa bahaya dan malapetaka, dan bakhil serta kikir apabila mendapat kekayaan, kecuali orang-orang yang sembahyang, yang tetap mengerjakannya, serta memelihara syarat-syarat dan rukun-rukunnya, mengeluarkan zakat hartanya untuk orang-orang miskin yang meminta-minta dan yang tidak meminta, membenarkan adanya hari pembalasan yang adil (kiamat), menjaga kehormatannya (tidak berzina), membayar amanah kepada yang berhak menerimanya, dan menjadi saksi yang benar (bukan saksi palsu). Mereka tidaklah bersifat demikian, kecuali apabila ditimpa bahaya, diterima dengan sabar dan dada yang lapan, dan apabila mendapat kekayaan dia bersifat pemurah, suka menolong fakir miskin dan orang-orang yang melarat dalam kehidupannya. Disini nampak bagaimana besarnya hikmah sembahyang untuk membaiki budi pekerti seseorang. Tetapi, hanya bagi orang-orang yang benar-benar sembahyang, bukan sembahyang dengan semata-mata berdiri tegak, rukuk dan sujud sahaja, sedang hatinya melayang kesana sini, tidak menghadap Allah swt.

sumber rujukan : Tafsir Mahmud Yunus , Al-Quran Nul Karim Rasm Uthmani

Kamu nak tahu?


saat berpantang bersalin ketika tiada sikecil disisi amat memeritkan hati.. astghfirullahalazim.. kalau kamu nak tahu.. beristighfarlah ketika kita rasa diri hanyut dibuat perasaan yang bole memesongkan hati kita. 

aku selalu macam tu.. tak dinafikan.. lagi-lagi bila dok sorang-sorang.. 
tapi kerap kali berfikir sendiri.. kalau kita rasa Allah itu ada disisi kita.. ape perlu kita bersedih ketika kita ditimpa dugaan? aku hanya mampu berzikir dalam hati untuk mengisi kekosongan jiwa masa berpantang ni.. dengan memohon kepada Allah supaya memberi kekuatan jiwa rohani yang kukuh buat diri ini. percaya dengan sepenuh hati bahawa setiap dugaan yang Allah beri tu ada hikmah disebaliknya... dan Allah pasti beri ganjaran pada kebaikan, keikhlasan dan kesungguhan kita dalam melakukan suruhanNya.. redha juga perlu.. ya.. aku redha.. aku perlu redha dengan seikhlas hati aku.. 

terbaca sepotong kata-kata hikmah didalam satu sumber bacaan 'Redha juga mestilah pada hati dan juga redha pada perbuatan. jangan mulut saja redha tetapi hati berbunyi. bila kita redha, kita mesti redha semuanya, baik pada perbuatan, mulut dan hati. Insya-Allah, kita akan mendapat keredhaan Allah di akhirat kelak'.

semoga pengalaman ini mematangkan lagi hidupku... 

'Be strong' 

Monday, February 13, 2012

Berpantang

lama da aku tak update kat sini kan.. setelah pengalaman yang terbesar terjadi dalam hidup aku.. aku mengambil keputusan untuk meredakan dulu hati aku..

hari ni.. aku masih lagi dalam tempoh berpantang..
ya.. aku telah selamat melahirkan seorang puteri pada malam jumaat bertarikh 19 jan secara caesarean ..
tapi.. Allah lebih menyayangi puteriku.. Nur Iffah Qaisara telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 22 jan.. masa tu Allah saja yang tahu macamana perasaan aku sebagai seorang ibu.. Qaisara dilahirkan dengan cukup sifat.. comel sangat.. aku ngan hubby je dibenarkan untuk melawat dia kat icu kanak-kanak tu.. akibat jangkitan kuman dalam darah.. Qaisara lemah.. ibu tak dapat nak buat apa masa tu.. ibu lemah.. hanya pada Allah ibu berserah.. dan kini.. ibu redha dengan pemergiaan Qaisara.. ibu redha Qaisara telah menjadi bidadari syurga ibu dan abah... semoga Qaisara tenang disana sayang... kenangan bersamamu semasa ibu mengandungkanmu akan ibu bawa sampai kehujung nyawa..

untuk keluarga dan kawan-kawan yang tersayang... terima kasih di atas kata-kata semangat yang diberi.. hanya Allah sahajalah yang mampu membalasnya..

InsyaAllah.. saya tak akan berhenti mencuba... hanya Allah jualah yang menentukan segalanya nanti..

doakan yang terbaik untuk saya dan suami ya... saya jua mendoakan kebaikan untuk kamu semua..

*maaf pada kawan-kawan yang bertanya... saya tak mampu untuk menjawab soalan kalian... sebab hati saya masih pilu.. harap kalian faham situasi saya......