"ya... siapapun ibu kita... ibu tetap ibu... menderhaka amatlah dilarang sama sekali.."
ini lah antara bait kata-kata yang terdapat dalam novel yang aku beli ni. satu lagi karya Ramli Awang Murshid yang aku beli. aku tak boleh nak menahan diri aku daripada tidak membeli karya beliau..
9 nyawa... antara mitos yang dikaitkan dengan kucing yang mempunyai hanya 9 nyawa. dalam novel ni banyak menceritakan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya yang tak ada galang ganti. dari kecil si ibu menjaga si anak sehingga meningkat dewasa. penyakit jantung yang dimiliki sianak amat membuatkan siibu takut tiap kali jantung anaknya berhenti berdegup. siibu amat percaya dengan mitos 9 nyawa yang ada pada sianak. siibu... puan azizah.. si anak.. intan suryani... mereka tak pernah berpisah. pn azizah sentiasa memantau pergerakan intan suryani sehinggakan intan suryani kadangkala merasa rimas dengannya... main ngan kucing pun tak boleh beb... bila baca bab tu.. aku merasakan pn azizah mempunyai penyakit. ye la... nak wat ape pon tak boleh, mesti la rimas. dorang ni dari keluarga yang kaya raya.. memiliki premis menjual barangan kemas... intan..berlian... suumo ado.... wah memang kaya... intan mempunyai bapa.. iaitu sanusi.. tapi da meninggal dalam kemalangan semasa dia berusia 9/10 tahun camtu la.. dengan kekayaan yang dorang miliki ni la... mat siam.. gelaran kepada seorang penjenayah yang ingin merampas kekayaan itu secara senyap... iaitu nak membunuh pemilik premis tersebut yang diberi nama d'diamond.
intan suryani yang tak pernah berpisah dari ibu dia... sampai bercinta pon tak boleh... akhirnya menemui cinta beliau... iaitu khairil.. yg kononnya mempunyai perniagaan sendiri... dan ibu bapa yang menetap di istanbul...
dalam cerita ni juga ada watak dr david chu iaitu pakar jantung. dan tanpa diduga, beliau sebenarnya adalah merupakan sahabat lama kepada arwah suami azizah. dalam masa yang sama, dokto tu pun menaruh hati dengan pn azizah. dan sepanjang pembelajaran beliau didublin, secara diam dokto tu da memeluk agama islam... very the baik tau dokto ni.. memang aku suka.. cewahh..
pastu watak istimewa yang ada dalam ni adalah hakim. seorang yang cacat penglihatan, tetapi mempunyai anugerah yang istimewa iaitu boleh mendengar suara roh mereka yang berada didalam koma. hakim mempunyai seorang adik iaitu shauqi. yang terlibat dengan kerja yang tak halal.. menjual barang seludup di singapura. eh.. dorang adik beradik ni memang duduk kat singapura pun... manakala hakim lak bekerja sebagai telefonis dekat hospital disingapura tu...
klimaks cerita ni memang menarik... dimana pn azizah yang tegas yang teramat sangat tu... telah kembali ke pangkal jalan.. dengan menunaikan ibadah umrah bersama dr david chu atau nama islamnya daud... intan suryani lak da selamat berkawin dengan khairil centa hati dia tu..
segalanya bermula apabila intan suryani dan suami dia berbulan madu dekat singapura. masa tu mak dia ade kat tanah suci menunaikan umrah. so masa tu la intan suryani dapat merasakan kebebasan yang selama ini ingin dia kecapi iaitu berjauhan dari mama dia... mama dia call pon tak angkat beb... mak dia sedih giler sebab anak dia sanggup lakukan begitu..
sampailah satu masa intan suryani koma sebab sakit jantung masa honeymoon dorang tu.... hahhhh! masa ni la segalanya terbongkar. ishhkkk memang sakit ati bila dapat tahu... yang khairil tu sebenarnya bapak penjenayah.. benda ni suma terbongkar bila intan suryani koma.. roh dia berkeliaran.. ibarat mesin putaran waktu... semua itu tergambar dan terbongkar... khairil tu la pembunuh, penipu.. ye la bapak segala jahat. dia la yang upah mat siam tu... amacam?? terkujat tak? hakim.... hakim tu la yang jadi pengantara intan suryani dan mama dia... masa intan suryani koma... bentuk badan dia berubah hitam... rupanya ibu dia kecil ati masa intan suryani tak angkat phone dia ari tu... roh intan suryani minta tolong pada hakim supaya mama dia maafkan dia.. selepas mama da maafkan dia, barulah roh intan berubah kepada asal... beb, sebab tu la tajuk aku begitu... jangan sakiti ibu kita... derhaka beb... leh masuk neraka... nauzubillah...
aku bagi 4 bintang dari 5 untuk novel ni. lagi satu bintang tu ilang sebab permulaan cerita agak sedikit lembab dan membuatkan aku tertido masa membaca... ujung-ujung baru best.. huhuhu..
untuk tahu dengan lebih lanjut lagi ape kesudahan cerita ni.. dapatkan la di kedai yang berhampiran. aku gerenti memang takan rugi kalo korang beli. ok, aku akan sisipkan sinopsis kat blakang novel ni utk korang ek... manala tau.. korang tak paham ape yang aku citer.. muahahah... layannn...
sinopsis cerita 9 nyawa :
intan suryani
Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula.... menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mempunyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah 'nyawa' yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. sungguh dia tidak percaya... ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri terbujur kaku.
Hakim
Sibuta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. anugerah TUHAN.. mata hatinya lebih celik. dia bisa mendengar suara mereka yang berada disempadan, antara hidup dan mati.
Mereka berdua bertemu jua... di alam paranormal. pertemuan itu merungkai sebuah kisah disebalik cerita. kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka terungkai. dan satu persoalan lain pula muncul. mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?
sekian......
*kadang-kadang mak kita marah bukan sebab dorang benci kita... kadang-kadang mak kita tak bagi kita buat sesuatu tu.. bukan sebab dia tak suka... dorang buat macam tu sebab kita ni anak dia.. sebab dia sayang kita.. sebab kata hati dia mengatakan benda tu tak elok untuk kita... mak kita percaya pada kata hati sebab.... kata hati tak pernah berdusta...