Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers

Follow Me ;)

Thursday, November 27, 2008

jelajah pahang

huhuhu.. curi-curi masa nak apdet blog haku ni. sian tul. minggu lepas, aku telah menjebakkan diri aku untuk jelajah pahang darul makmur. g ngantor anak buah aku.. die kawin org pahang... hehehe... dari manjung aku naik bas g kl. dengan mak ngan akak aku. bertiga la. sampai kl, anak buah aku yg nak kawin tu amikkat jalan duta. sungguh la lambat itu polis. (anak buah aku keje polis) tak punctual lansung. penat aku call die awal-awal suh tunggu kat jalan duta. lambat gak die datang. huh!
sampai lak tu malam. trus die bawak g umah dia kat kuarters FRU cheras. pas makan, aku tolong kak long siapkan bunga pahar. ngan pakaikan inai kat jari anak buah aku (lelaki tau). malangnya jari anak buah aku tu tak merah. kenapa??? sebab mak die campurkan kunyit idop dalam itu inai. konon-kononnya nak bagi inai tu lagi merah. kunen ader laaa.. wakakakakaka saket perot aku gelak nengok jari die yg kunen mcm kene jondis. hahahaha
bisok pagi, aku merajinkan diri nak iron baju sape-sape yg nak iron. bosan seh tak wat hape. tmasuk baju perantin (baju istiadat polis) penat aku iron. silap baju rupanya. kak long aku punye pasal la. cet! plan nak btolak dari umah nak g pahang dalam kul 12. tapi hampeh... kul dua baru btolak kot. time tu la abalong (panggilan utk anak buah aku yg nak kawin tu.. anak sulong..) nak gunting rambut la.. time tu la nak beli baju baru.. waaaahh sengal sungguh!

naik bosan tunggu. ni la antara barang hantaran yg pihak lelaki bawak. patotnya tak bawak dah la kan.. sbb mase tunang da kasi. tapi... kak long berhajat nak bagi gak. bagi je la...


bunga pahar untuk pihak pengantin perempuan. santik.. tp jenuh nak cucuk masuk lam pasu bunga pahar ni. siap guna hammer ngan skru pon ader... wakakakaka

amende ni.. kerepek pisang yg di gulung2

halwa betik ni ye kawan-kawan. agak pupus dah skang ni.

potpori. den tak bekenan. huhuhu

dalam sibuk-sibuk ngan persiapan ni. sempat gak aku sound abalong. aku cakap 'long, ko jadi tak nak bawak 'tu' g pahang nanti?? ngan muke bkerut-kerut, abalong tanye aku balik. 'bawak ape acu??' tuuuuu moncong je aku tunjuk gambar kat bawah ni

trak FRU.... muahahaha.. bawak satu sedara mara kat kampung muat ni. baru dikatakan rombongan mengantor... hahahaha.. next entry baru aku nak citekan acara akad nikah pada malam tu.. cek it out!

No comments: