Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers

Follow Me ;)

Sunday, December 16, 2012

Cuti-cuti Melaka .. sambungan..

 

hoho.. terlambat pulak nak masukkan entry pergi melaka hari tu… last week memang sibuk bercuti jer.. memang ‘tak kan’ la nak berupdate bagai.. so.. hari ni baru berkesempatan nak share kejadian dimelaka hari tu.. takde yang menarik sangat pon.. yang menariknya kitorang naik beca je.. haha..

dari port dickson, kitorang check out dari Avillion.,. trus drive pergi ke masjid tanah melaka. ada apa kat situ? rumah kitorang.. coz hubby nak settle kan urusan pemasangan lampu, air dengan grill rumah. bila da siap nanti bole la disewakan.. insyaAllah.. sampai dimasjid tanah.. berjam jugak la dok kat rumah tu. padahal aku ngan jamal banyak lepak dalam kereta.. coz rumah tu mana la sempurna lagi dalamnya.. hubby call budak pasang lampu, orang pasang grill…. bila da settle semua. baru la kitorang gerak ke bandar melaka… check in dekat equatorial hotel. entah la.. hotel tu je yang kosong kot.. blasah..

badan pon da penat.. perut pon da lapar. malas nak fikir banyak.. pergi makan … pastu balik bilik .. bummm tido.. jamal jer terlebih battery nya.. sedar-sedar je dia tidur sendiri..

C360_2012-12-04-19-54-26ni la hotelnya.. terletak betul-betul kat tengah bandar… 

esoknya.. macam yang aku ceritakan sebelum ni.. banyak lepak dalam bilik je sebab hubby pergi tengok rumah.. tinggal aku dengan jamal.. aku bawak jamal jalan-jalan dekat mall sebelah hotel tu je.. dataran laksamana mall.. huhu.. takde ape sangat pon.. jamal je banyak paw aku dengan mainan.. syabas beteh. pastu beli roti.. terus balik bilik.. rehat-rehat… tunggu hubby balik baru pergi kuar …

tu pon takde pergi mana gak.. makan.. pusing-pusing bandar… balik.. haha.. ohsem giler kan??

masa da check out keesokkan harinya baru la kitorang pergi jalan-jalan naik beca.. bergambar bagai.. jom.. layan gambor je la..

C360_2012-12-04-17-25-04 C360_2012-12-04-16-37-24 C360_2012-12-04-16-38-33 C360_2012-12-04-16-39-37 C360_2012-12-04-16-58-48 C360_2012-12-04-17-06-52 C360_2012-12-04-17-07-17 C360_2012-12-04-17-15-41 C360_2012-12-04-17-21-12 C360_2012-12-04-17-21-46 C360_2012-12-04-17-21-57 C360_2012-12-04-17-22-14 C360_2012-12-04-17-24-32

haha.. tengok sampai muntah… and for the first time nya aku tengok pokok melaka.. buah dia bulat-bulat mcm kuih buah melaka tu.. pokok dia kat gambar yang ada kapal terbang kat atas ni.. aku nak ambil gambar buah melaka tu.. tapi guna camera handphone ni memang failed la.. huhu

cute kan gambar jamal pakai baju askar naik moto jepun tu.. hahaha.. nak pulak dia bergaya.. sekali pakai baju dan posing bagai.. cas dia RM3 jer.. tapi ambil gambar guna camera sendiri la.. tak mahal mana pon kan..

pandai pakcik tu cari duit.. hehehe

lepas turun dari beca.. memang hubby ajak berjalan jer… letih mak…aku surrender terus.. dah la perut kosong.. ajak hubby pergi makan.. pusing punya pusing.. jumpa kedai asam pedas.. fuuuuuu… memang aku idamkan sangat tu bila sampai melaka.. makan asam pedas kepala ikan jenahak… sedappp.. kalo mak mertua lalu memang tak perasan la.. haha.. pas makan.. terus gerak pergi masjid tanah.. tengok-tengok rumah jap.. takat mana budak pasang lampu tu da buat kerja.. oo.. memang tak siap lagi.. so kitorang terus balik kl..

eh twitttt… sebelum balik kl.. singgah nilai jap.. thehehe… hubby dok mekap kereta… tunggu 2 jam tu aku rasa macam 2 hari… aduhai.. jenuh melayan jamal ngan teransfomer nye.. huhuh…

C360_2012-12-05-17-18-04 C360_2012-12-05-17-12-33 C360_2012-12-05-17-16-07 C360_2012-12-05-17-17-36

da settle kereta… baru la balik kl… sampai pon da malam… letih tu jangan cerita la.. aku tau la hubby yang bawak kereta.. tapi aku terima effect letihnya macam aku masuk lumba beskal.. huhuu.. tamat la sudah percutian dimelaka yang tak seberapa tu… maaf pada famili pak uteh coz aku tak sempat nak singgah dekat rumah dorang kat ayer keroh.. next time bole pergi. insyaAllah..

pas ni cuti pergi mana pulak? mana lagi… balik kampung aku la..

manjunggg… here we come!! hehe.. rindu mak!

No comments: