Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers

Follow Me ;)

Tuesday, September 16, 2008

balik manjung vs jenjalan kat sogo

ahad tu, aku masih lagi kat umah akak aku kat sunway. aku kunci alarm kat hp aku jam 4.30am. trus aku call hp mak aku. kejutkan dia untuk bangun sahur. salunya kalau kat umah mmg aku yang kejutkan dia. pas tu kak yati aku mangun siap-siapkan makan utk sahur. yang aku lak leh landing balik nak sambung tido. tengah nak terlelap 'oit ko tanak saho ke? tdo plak' kate kak yati. ngeeee... aku pon berpisat-pisat mata aku mangun ngan sedaya upaya untuk melangkahkan kaki ku yang berat ini utk sampai ke bilik air. macam jalan kaki nak pegi pudu raya je. padahal depan bilik je bilik air. huhuhu.. pas cuci muka n ape yang patut, aku join kak yati makan. nasi + sup sayur + ikan kayu goreng. makan depan tv. wuuu.. aku rasa macam makan malam la plak. makan sambil tengok tv. huhuhu.. kak yati aku makan abis nasik dia. aku tak abis. yer la.. manyak nasik kak yati aku letak lam pinggan aku. mane larat nak abis. pas sahur, tgk tv jap.... sambung tdo balik. ngeeeeee.................... terlepas subuh aku. aduh~ mangun balik jam 8am. kejutkan kak yati.. ti ti.. kui bape kite nak kuar ni? (malam tu ktorang plan nak pegi jenjalan kat sogo) akak aku ckp.. sesiap la.. pas siap kita kuar. aku pon siap-siap la. kul 11am baru ktorang kuar.

1st ktorang amik bas nak g kotaraya.. coz nak g pudu beli tiket bas aku nak balik manjung. aku dapat tiket balik jam 5pm. aduh.. bebuka lam bas la nampak gayanya.

2nd aku simpan beg kat kdai simpan beg kat pudu tu. tak larat aku nak bawak beg baju tu kehulu kehilir.

3rd ktorang amik lrt pegi ke sogo. uihhh.. ramai org dah ni.

masuk lam sogo.. redah-redah dalam tu nak pegi pintu keluar. fuh mmg ramai umat ari tu. aku da rasa penat da ni. jalan je kejenya. pas tu kuar je dari pintu sogo, ktorang cari port nak lepak. cari la tangga yang ayu sket utk aku ngan kak yati duduk. sambil duduk, sambil tengok gelagat org. hehehehe.. masa ktorang duduk kat tangga tu, kebetulan lak ade insiden yang tak dijangka berlaku depan ktorang. insiden perbalahan tu berlaku antara pemandu kereta honda civic baru tu ngan polis. dia tak puas ati kot sbb tak dapat masuk kat jalan utk parking tepi sogo tu. polis mmg berkeras tanak kasi dia. pas tu ... tah da penat kot pakcik tu..dia blah sambil mengeluarkan kata-kata yang kesat pada incik polis tu. incik polis pon ape lagi. ngan kuasa gaban yang dorang ade, dia jerit-jerit.. TAHANNN TAHANNNN.. maknanya dorang nak tahan la pakcik yg degei tu. ish.. macam-macam la. syok gak sesekali dapat tengok benda-benda cam tu ek. heheheh..

ktorang masih lagi melepak kat tangga tu. dalam kul 1 lebih baru bergerak bjalan ke gerai-gerai yang ade kat jalan masjid india tu. uhhhhhh~ aku da tak larat. penat, tekak kering, panas, pening tgk org ramai sgt, sesak-sesak, tade ekon, lapo... aaaaaa suma ade. terdetik gak ati aku yg jahat ni nak berbuka poser. konon-konon la.... pas penat jalan-jalan.. satu hape pon aku tak beli. tade mood nak membeli lansung. ngan keadaan yang macam tu.

pas tu ktorang masuk lam sogo balik. hajat dihati nak mencari tempat duduk untuk merehatkan kaki yang dah lesu. nak nak eskelator pon kene berbaris beb. ade pak guard jaga. kasi satu group lepas.. baru bagi group yg seterusnya plak. udah teman ghase macam naik tangga kat fun fair la pulak. huhuhu

sampai kata atas, cari kusi.. mmg takde.. so ktorang melepak la kat tepi-tepi pagar (mcm anjung tu) kat tingkat atas tu. tgk environment kat bawah. aduhhhh.. ramai sungguh umat. macam ulat dah aku nengok dari atas orang-orang yg rakus membeli-belah tu. sambil tengok-tengok gelagat orang, aku da mula mencangkung kat tepi pagar tu. mcm beruk dah. pas mencangkung, trus aku duduk bersila. hahahahah.. tak larat da. akak aku tgk je gelagat aku. last-last dia pon join aku. hahaha.. maka ktorang berdua berjemaah duduk bersila sambil melihat gelagat manusia yang sendang banyak duit untuk membeli dan blah. tak macam aku.. mampu tengok je. tanpa membeli tp rasa nak blah.


best tak tempat ktorang lepak ni? sambil bace surat kabo lagik tu. tgk la blakang ktorang.. tmpt jual ape tu??? nasi lemakk.. nasi lemakk.. mari mari mari.. murah .. murah... wakakakakak ramai lagi yg lepak ni.. tgk mamat tu pon same lepak situ. nak tgk pemandangan nasik lemak kot. miahahaha

mari atas... lihat lampu itu.. santikkan.. kak yati ckp.. dik kalau letak kat umah mak lampu tu cantik tak? agak-agaknya camne la rupanya ek. berangan beso sangat ni.

mari lihat di bawah plak.. tengok... mereka sedang berpusu-pusu memilih baju raye yang dirasakan murah tu.

agak-agaknya kalau sogo ni roboh time ni.. camne la ek.. uish.. nauzubillah... ha sogo sale sampai 5 oktober weh. ape lagik! pegi la sopinggg... hehehehe

pas lepak, ktorang g cari-carikan baju utk mak. tak jumpe. yang jumpe pon tade less. huhuhu.. pas tu gi balik ke pudu balik. g kfc jap. tapau nasi ayam utk aku berbuka mase lam bas nnt. mase tu jam baru menunjukkan pukul 4pm. lagi sejam nak tunggu. huhuh.. kak yati pon tunggu ngan bas ngan aku. sampai bas sampai baru dia blah. sian dia. tapi alhamdulillah.. pkul 4.30 bas da sampai. so.. tata akak ku... bermula la perjalanan aku balik ke perak......... dijangkakan sampai manjung pkul 9pm. uish seksa tul makan nasik ayam lam bas ni. aku selamat sampai manjung pkul 8. giler awal. laju kot bas ni. aku pon tak sedar. hahaha.. takpe.. janji selamat sampai... amin...

No comments: