Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers

Follow Me ;)

Wednesday, February 13, 2013

Al-Fatihah Ahmad Adam Syukri

walaupun anak syurga ni telah pergi ke sisi Allah maha penciptaNya.. tapi aku rasa ingatan pada arwah tetap segar dalam ingatan.  dan walaupun dah lama aku tak update pasal adik adam... aku masih mengikuti perkembangan dia dekat facebook. sebelum arwah meninggal.. ibu arwah ada update dekat status pasal nak membuat pembedahan dibahagian tekak, perut dan juga matak. tapi disebabkan suhu badan adam yang kuat.. ianya telah menyebabkan jangkitan pada paru-paru beliau. hmm teringat aku pada arwah qaisara.. sedikit demi sedikit jangkitan merebak dalam badan anak aku.. sehingga meragut nyawanya..

sekarang ni qaisara dah ada kawan baru.. kawan baik-baik dengan adam yer qaisara.. :) semoga anak-anak syurga ni setia menunggu ibu di pintu syurga..

al-kisah.. sebelum arwah adam meninggal.. aku ada simpan niat nak jenguk dia kat HKL.. ye la.. bukan jauh sangat HKL dengan rumah aku. lagi pon aku ada appointment dengan pakar O&G nanti.. appointment apa.. tak perlu la aku ceritakan.. tapi hajat aku tu tak sampai.. adam pergi lebih awal dari tarikh appointment aku.. apa yang aku banggakan.. adam adalah seorang baby yang sangat kuat! ye.. sangat kuat.. sebab adam boleh bertahan selama 11 bulan 3 minggu.. lagi seminggu .. adam masuk usia setahun.. Allah lebih menyayangimu sayang.. aku dapat rasakan macamana perasaan ibu adam. sebab aku pon salah seorang ibu yang kematian anak juga... sabar ya ibu adam...

pagi tadi... rezeki aku nak tengok siaran terakhir berkenaan baby adam dekat MHI TV3.. saat adam hidup.. hinggalah adam pergi menghadap ilahi... dari badan adam yang kurus kering tu.. sampai la badan adam da berisi.. bam bam tau.. comel sangat.. apa yang terdetik dalam hati aku saat aku tengok muka adam setelah dikafankan.. hati aku berkata.. 'ya Allah... cantiknya adam..' ya.. memang sangat cantik muka ahli syurga itu.. bersih dan tenang je..

masa tu dijemput kakak angkat adam untuk bercerita mengenai adam.. kakak angkat adam cakap..sebelum adam pergi.. masa ibu adam baca yassin.. tiba-tiba adam angkat tangan dan pegang tangan ibu dia yang pegang yassin tu.. dan adam pegang yassin tersebut.. :) memang ibu dia terkejut sikit. sebab adam aktif masa tu..

senyuman terakhir dari adam.. 

memang tak boleh tahan air mata ni masa aku tengok cerita pasal adam dekat tv3 pagi tadi... cuba tahan .. tapi sebak je hati.. sakit woohhh kalau tahan-tahan ni.. last-last merambu je air mata. nasib baik tinggal sorang kat rumah.. hubby da pergi kerja.. huhu.. pengacara MHI pon semua nangis.. bersemadilah roh mu dengan aman di sana sayang...
al-fatihah buat ahmad adam syukri dan al-fatihah juga buat anak aku nur iffah qaisara bt zamri..

2 comments:

cha said...

Sedihnya baca kak. Bergenang air mata ni. Al-fatihah utk arwah adam dan qaisara

Adriea Jeng said...

amin.. thnx cha.... mmg sedih pon :(