Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Follow Me ;)

Tuesday, March 1, 2011

Sri Aman - Kuching - Serikin

hari khamis yang lepas, hubby bagitau yang aku kena pegi kuching atas sebab urusan BAKAT. mula-mula berkerut gak dahi aku sebab aku ingat aku kena pegi sorang... rupanya aku pegi ngan hubby. sebab dia pon kebetulan ada meeting kat kuching.


me n hubby on the way to kuching... weee...


hari jumaat tu.. sebelum subuh lagi aku da bangun nak menyiapkan diri. aduhhh.. masa tu malas tul nak bangun. ngan sejuknya.. pastu fikir lagi nak mandi ngan air sejuk giler tu.. huhuh... nak tak nak aku mangun gak la.. brrrr menggigil mandi air disubuh hari.. tapi kat sini pepagi memang sejuk sangat. kawasan bukit.. view luar pon penuh kabus lagi..

sementara nak sampai kuching, kitorang memang tak benti singgah makan pon.. trus straight to kuching. dalam 3 hours gak nak sampai. coz hubby nak pegi meeting trus. aku lak dia tinggalkan kat ANEX Kem Penrissen. dok la melepak aku kat situ.. nasib baik ade satu famili yang kebetulan ada dok kat situ coz tunggu flight nak balik kampung petang tu. aku dok main-main ngan anak dia je la.. aku duk situ dari 9am til 1130am.. memang bosan ... pastu hubby balik dari meeting, rehat-rehat jap kat rumah atas, baru kitorang kuar g makan. malam, jalan-jalan kat bandar kuching... masuk boulevard jap coz nak cari kasut sarung aku untuk BAKAT. yang nak dicari kasut.. tapi melarat pegi ke handbag, suar ngan sock... hihihih.. thanx hubby.. lebiu!! ok la boulevard tu.. standard shopping complex yang best gak. next time nak jalan kat The Spring lak...

nak dijadikan cerita, agenda aktiviti BAKAT aku hari sabtu. bila aku receive call dari kak lin (my naib pengerusi BAKAT) kak lin bagitau tak payah pegi... hoho... redha je la.. its ok kak lin... berita tu pon aku bagitau kat hubby... pastu aku saja la ajak dia g SERIKIN. coz ari sabtu da takde buat ape-ape dari melepak kat anex tu kan.. tak ku sangka hubby kata ok... huhuhu.. ni yang cayang lebey ni... hihih.. so, awal pagi sabtu tu ktorang berangkat la ke SERIKIN. kalau korang nak tau.. ape yang ada kat SERIKIN tu.. macam-macam ada woo... tempat tu border ngan Indonesia Kalimantan. peniaga-peniaga suma datang dari seberang. ngan produk-produk yang dorang jual asal dari seberang gak. so, memang murah-murah u'ollsssss... suar legging yg kain tebal tu pon leh dapat satu seploh hengget...


artis kat sebelah tu tamo mukanya diabadikan dalam potret ni..
abaikan jerawat yang bermaharajalela kat muka aku tu...



yeayyy.. da sampai!!


macamni la rupanya entrance kat sana.. memang ramai orang pegi sini nak memborong


sana tu .. eh bukan mr hubbyku yang dimaksudkan... aku nak tunjuk sana tu la tempat parking.. fenuh beb..


ni je la aku sempat snap. yang ni gerai mula. baru amik satu picca, mr hubby da sengeh2 tengok gelagat aku. sambil dia menuturkan skrip '*sayang ni da macam wartawan woo...' ampes jek... trus aku da malas nak snap..

huhuh.. ktorang tak borong banyak pon. sekadar beli barang keperluan yang mesti ada kat umah kitorang tu.... korang pegi la kat sini kalau ada kat kuching. from kuching lam sejam macam tu sampai la serikin. macam-macam ada wooo... *mcm ulang tayang lak ayat ni. baju, kain-kain ela, kain batik, peralatan dapur mcm periuk belangga, telekung, haaaa... cicak ape tu?? pokke ke??? menatang tu pon dorang ade jual.. huhuh... sila ke SERIKIN... aku akan ulang tayang lagi kot kesini... beli baju raya lak... thehehehe...


No comments: