selalu kita selalu didedahkan dengan ayat kursi kan? dari sekolah lagi.. mesti ramai diantara korang yang da terror hafal... tapi.. korang tau ke apa maksud ayat kursi yang korang baca tu? sini aku nak kongsi ilmu yang aku dapat dari Al-Quran yang aku baca ni.. pada korang yang da tahu tu.. syukur alhamdulillah... tapi pada yang tak tau... ini lah maksudnya.. memang tak rugi korang menghafal dan mengamalkannya..... wallahualam...
(*) Ya'ni alam langit dan bumi itu.
(**) ini ialah "Ayatu'l-Kursi" yang masyur dan sangat besar kelebihannya kerana mengandungi dasar Tauhid dan menggambarkan dengan indahnya kebesaran, kekuasaan dan keluasan ilmu Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.
dalam hadith-hadith Nabi, (Bukhari, Muslim dan lain-lainnya) diterangkan : bahawa "Ayatu'l-Kursi" ialah "Penghulu ayat-ayat Al-Quran", dan sesiapa yang mengamalkannya akan terpeliharalah ia dari bala' bencana dan dari gangguan Syaitan, serta mendapat pahala yang besar.
Kelebihan "Ayatul-Kursi" telah dihuraikan dengan panjang lebar oleh Ibnu Kathir, Al-Alusi, Al-Qaasimi, dan juga Hujjatu'l-Islam Imam Ghazali dalam kitabnya "Jawahiru'l-Qur'an".
aku merujuk maksud Ayatu'l-Kursi ni dari Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada pengertian Al-Qur'an..
alhamdulillah... mari la kita sama-sama membaca Al-Qur'an yang mempunyai tafsirnya sekali.. sebab bila kita tau apa maksud ayat-ayat AlQur'an tu, secara tak lansung, kita akan lebih jelas lagi tentang agama Islam agama yang suci ini.... kalau ada kesalahan.. mohon diperbetulkan...
No comments:
Post a Comment