Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Follow Me ;)

Saturday, March 26, 2011

Manjung oH Manjung

auto publish gak :P

wehuuu... skang ni aku da on the way balik kampung.. tak sabar rasanya nak lihat wajah kesayangan hamba. [bondaku] heheh.. eh.. hubby pon wajah kesayangan gak... ehhh.. suma la wajah kesayangan hamba.. dasarrr... thehehe... ye la aku sayang suma..

doakan keselamatan perjalanan aku balik ke manjung ek... terima kasih semua..

huuu... da mula rindu kat hubby... :(

Friday, March 25, 2011

Kuching oH Kuching

auto publish ok.. :P

saat ni aku ngan hubby da ada kat kuching. memang penat la perjalanan dari sri aman ke kuching. makan masa 3 jam. korang bayangkan kalau aku kerap kena turun BAKAT kat kuching. walaupun duduk je lam keta tu... penat jugak hokey.. struktur jalan tu yang buat penat... macam naik kuda wooo.. huhuh.. redha je la..

tapi kali ni aku g kuching bukan sebab ada BAKAT. tapi sebab hubby mau hantar aku ke airport. hah?? airport?? yeaahhhhh aku mau balik kampung.. yeayyy!! seronok.. tapi tak seronok gak sebab balik sorang-sorang.. huhuh... hubby hantar aku balik sebab dia duduk kat tempat operasi lagi nanti.. walaupun sebelum ni pon aku dok tinggal sorang-sorang nak dekat sebulan gak kat umah kat kem tu *bangga-bangga.. sebab leh survive duduk sorang-sorang... hiks..

tapi kali ni aku ngan hubby amik keputusan supaya aku stay kat kampung jap.. coz aku pon da bagitau kat mak, yang aku nak balik... so, tak baik hampakan harapan seorang ibu kan??? berdosa kalau buat ibu kita terasa walaupun sikit..

so, flight aku esok.. 26 mac, kalau sempat..insyaAllah.. harini mau shopping-shopping sket.. bawak ole-ole untuk famili kat kampung tu...

-gonna miss my hubby a lotsssss -
:(

Wednesday, March 23, 2011

PPDK

korang tau ape maksud PPDK? ye la.. macam-macam short form yang guna PPDK kan.. tapi PPDK yang aku maksudkan ni adalah Pusat Pemulihan Daerah Komuniti. pada 17 mac ari tu.. aku pergi kuching sebab attend aktiviti ni la.. pegi kat PPDK kem penrissen.. yang dihadiri oleh Datin Saimah. first time aku masuk PPDK tu.. wahh.. cantik tempat tu.. pusat ni adalah tempat pemulihan untuk golongan orang kurang upaya... ramai gak pelatih-pelatih OKU yang ada kat situ. jom layan gambar-gambar aktiviti yang dijalankan hari tu... seperti biasa... memang tak banyak gambar aku.. sebab aku yang sibuk ambik gambar orang... i low profile la... hua2.. podahh... ok.. dimulakan dengan ucapan daripada pengerusi BAKAT 13 RAMD iaitu Pn Dr Zaharah..


pastu ada sambutan hari lahir untuk pelatih-pelatih diPPDK itu


yeay! dapat adiah arijadi.. hehe.. hepi tengok dorang suma hepi..

then adik ni wat persembahan lak.. dia nyanyi lagu from wali band.. pastu satu lagi lagu iban.. tak silap aku tajuk dia senapang kayuh... ahaks.. eh sedap tau suara dia.. suma org terpegun ;)


ni dorang poco-poco.. masa ni aku pon disuruh join skali... tapi ramai2... bukannya aku sorang-sorang.. hehe


part ni aku tak leh tahan.... nangis... coz dorang suma nyanyikan lagu telalu istimewa.. from adibah nor tu... sedih.. cikgu yg tudung pink tu pun nangis sambil nyanyi... Semoga Allah Merahmati kalian semua.... Allah sayang kamu..

last but not least.. persembahan dari BAKAT.. kitorang nyanyi lagu hore-hore by sudirman tu.. blasahhh... takde praktis pun... hahahaha kelakar but fun!!dkt gambar yg ni je la aku ade.. tp gambar ni amik dari FB datin... mintak izin ye datin...



selesai je semua ni... macam biasa .. ada jamuan ringan.. makan-makan... then baru balik annex... rehat....

.: pengalaman mengajarku untuk lebih bersyukur :.

Hasil Memanikku

ni hasil memanik aku masa dok sarawak ni... bunga sisik ikan.. cantik tak???? ape pon korang jawab... aku ucapkan terima kasih.. heheh..

yang ni lak teknik gelang... aku dapat idea nak wat kat baju tshirt lengan panjang aku ni.. kosong sgt baju ni.. so aku tambah glass pearls kat hujung lengan dia bg nampak berseri sket..

taraaaaa!! peaace!!! hehehe... cantik tak??? cantikkkkk!! <-- ni aku yg jawab sendiri... muahaha...

gambar tak bape cantikkan??? huhuhu agak sedih disitu.. sebab tengok membe2 manik yang lain letak gambar dorang sume terang dan jelas. memang nampak menarik bunga-bunga manik tu.. ateee... teman guna camera handphone jerrr... mmg tak jelas la yong oi... hihihi... takpe la.. janji aku dapat berkongsi ngan korang hobi aku ni ;)

Tuesday, March 22, 2011

Wakaf Al-Quran


pepagi aku da blog walking.. eh.. kerja gak ni hokey... hehe.. tgh dok syok-syok jengah blog kengkawan, ternampak sesuatu yang menarik kat blog mama. pucuk dicita, ulam mendatang... dengan rela dan seikhlas hati aku nak kongsi ngan pembaca-pembaca blog aku gak..

so kepada sesiapa yang berminat untuk menambahkan pahala, sila la ke link WAKAF AL-QUR'AN ni ek... tak rugi pun kita menambah pahala yang sedia ada tu.. wallahu'alam.. :) ok.. selamat beramal...

Monday, March 21, 2011

Maksud Ayatu'l-Kursi

selalu kita selalu didedahkan dengan ayat kursi kan? dari sekolah lagi.. mesti ramai diantara korang yang da terror hafal... tapi.. korang tau ke apa maksud ayat kursi yang korang baca tu? sini aku nak kongsi ilmu yang aku dapat dari Al-Quran yang aku baca ni.. pada korang yang da tahu tu.. syukur alhamdulillah... tapi pada yang tak tau... ini lah maksudnya.. memang tak rugi korang menghafal dan mengamalkannya..... wallahualam...

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada dilangit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafa'at (pertolongan) disisiNya melainkan apa yang ada dihadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya(*). Dan Dialah yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). (**)

(*) Ya'ni alam langit dan bumi itu.

(**) ini ialah "Ayatu'l-Kursi" yang masyur dan sangat besar kelebihannya kerana mengandungi dasar Tauhid dan menggambarkan dengan indahnya kebesaran, kekuasaan dan keluasan ilmu Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.

dalam hadith-hadith Nabi, (Bukhari, Muslim dan lain-lainnya) diterangkan : bahawa "Ayatu'l-Kursi" ialah "Penghulu ayat-ayat Al-Quran", dan sesiapa yang mengamalkannya akan terpeliharalah ia dari bala' bencana dan dari gangguan Syaitan, serta mendapat pahala yang besar.

Kelebihan "Ayatul-Kursi" telah dihuraikan dengan panjang lebar oleh Ibnu Kathir, Al-Alusi, Al-Qaasimi, dan juga Hujjatu'l-Islam Imam Ghazali dalam kitabnya "Jawahiru'l-Qur'an".



aku merujuk maksud Ayatu'l-Kursi ni dari Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada pengertian Al-Qur'an..

alhamdulillah... mari la kita sama-sama membaca Al-Qur'an yang mempunyai tafsirnya sekali.. sebab bila kita tau apa maksud ayat-ayat AlQur'an tu, secara tak lansung, kita akan lebih jelas lagi tentang agama Islam agama yang suci ini.... kalau ada kesalahan.. mohon diperbetulkan...

Keliru

Terlalu banyak rasanya yang nak aku huraikan...
tetapi semuanya tak terucap...
jadi yang tak terucap tu aku simpankan saja dalam hati....
aku berharap apa yang aku lakukan semua ini di redhai Allah...
Amin..

Sunday, March 6, 2011

Entry Motivasi Diri Lagi


memang entry ni di tulis untuk dikongsi bersama... artikel dari iluvislam lagi..

tajuk : Air Mata Tak Selamanya Abadi

artikel bermula

Senyum. Bahagia. Tenang.

Ke mana perginya hari-hari gelap itu? Hilangnya tidak disedari. Lesapnya tidak mengesankan lagi.

Alhamdulillah. Akhirnya, detik-detik hitam itu sudah berlalu.

Pasti. Semua orang pastinya pernah diuji dengan pelbagai jenis dugaan. Semua tak terkecuali.

Namun, tanda perhatian dan kasih sayang Allah pada hamba-hamba-Nya ini seringkali disalah tafsirkan sebagai kemusnahan, disalah ertikan sebagai perhentian terakhir hidup bagi mereka yang lemah akal dan jiwanya.

Tidak, aku tidak akan sekali-kali menyalahkan mereka. Kelemahan adalah sebahagian 'anggota' manusia, ketidaksempurnaan pula ada 'nama timangan' mereka.

Dulu, ada satu kisah tentang rama-rama. Sering aku kisahkan cerita ini pada mereka yang dirundum kesedihan.

Dengan kisah ini jualah, terselit sekelumit harapan untuk menyisip secebis kekuatan buat mereka yang lemah.

Memang, aku tidak mampu menyanyikan lagu 'Semangat Yang Hilang' untuk mengobarkan kembali semangat mereka, aku juga tidak dapat memberi preskripsi ubat untuk menghilangkan ingatan-ingatan buruk itu, malah aku tidak akan mungkin punya kuasa ajaib untuk mengubah takdir jika bukan diri mereka sendiri yang ingin bangkit mengubah segalanya.

Rama-rama bagiku cukup simbolik. Ia lambang perjuangan hidup. Ia terbang mengibarkan kepak warna-warninya yang indah dan memukau setiap mata yang memandang.

Namun, dulunya rama-rama ini tak lebih dari seekor beluncas.

Ya, seekor beluncas yang dibenci, dianggap perosak dan sering dijauhi.

Namun, kemudian berubah menjadi kepompong sebelum bertransformasi menjadi seekor rama-rama yang cantik.

Kisah rama-rama ini kisah benar, bukan rekayasa atau hikayat dongeng penuh fantasi tetapi lebih kepada teori logik, sebuah cerita saintifik.

Pernah, terdapat sekumpulan saintis sedang membuat kajian terhadap rama-rama. Mereka memerhatikan dengan teliti proses bagaimana seekor rama-rama keluar dari kepompongnya.

Ia kelihatan seperti kepayahan, terseksa untuk mengeluarkan diri.

Berjam-jam lamanya, rama-rama ini mencuba, mencuba, dan terus mencuba untuk keluar dari kepompong yang kecil itu.

Akhirnya, ia berhasil. Rama-rama ini pun terbang ke sana dan ke mari seolah-olah meraikan kebebasannya.

Saintis-saintis muda ini kemudian beralih kepada rama-rama yang lain.

Mereka sepakat untuk membantu mengeluarkan rama-rama ini dari kepompongnya dengan menggunting kepompong tersebut.

Rama-rama ini berhasil 'di'keluarkan dengan mudahnya.

Namun, tahukah kamu apa yang terjadi dengan rama-rama ini?

Tidak, ia tidak mati. Ia masih hidup, ia meneruskan hidupnya dalam keadaan cacat seumur hidup.

Ia tidak berupaya untuk terbang, tidak akan pernah mampu terbang seperti layaknya. Bukankah ini lebih malang?

Ternyata, segala kesukaran serta kepayahan ketika berusaha keluar dari kepompong itulah yang memberi kekuatan bagi seekor rama-rama untuk terbang.

Hakikatnya, apa yang tidak membunuh kita itulah yang melangsungkan kehidupan ini. Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih.

Kitaran hidup ini perlu didalami, jatuh bangunnya, turun naiknya, takdir dan karma. Tentu, kata–kata ini sering kita dengar di mana-mana, "setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya".

Ini bukan kata-kata kosong yang palsu. Bukan. Tetapi, jangan pula tanyakan padaku, bila dan bagaimana?

Tetapi bersabarlah. Airmata tidak abadi, kering suatu masa nanti. Percayalah, keajaiban itu pasti ada.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan setiap yang berlaku.

Artikel berakhir.

aku setuju sangat ngan penulisan ni.. selama 30 tahun aku hidup dimuka bumi ni.. bermacam-macam dugaan yang aku hadapi. pahit, manis, suka, duka... semuanya membesarkan aku sehingga sekarang. syukur alhamdulillah aku diberi kesempatan untuk merasa semua tu.. dulu bila aku diuji dengan ujian yang hebat, aku rasa teruk sangat. aku selalu fikir.. kenapa aku yang perlu hadapi semua tu? ape salah aku?? memang aku sukar nak terima la..

tapi sekarang aku bersyukur kalau aku diuji dengan pelbagai musibah.. sebab aku rasa kalau aku diuji, maksudnya Allah ingin menduga keimananku.. maksudnya juga, Allah masih lagi sentiasa bersama aku.. pada aku, setiap ujian yang Allah beri tu adalah ujian yang mampu untuk kita hadapi. sebab Allah itu maha adil dan maha mengetahui.. subhanallah..

memang terkadang aku rasa berat sangat ujian yang diberi.. tapi semua tu aku hadapi dan aku pikul dengan redha... sebab lepas selesai setiap ujian tu, pasti bahagia yang kita terima... subhanallah... ingatlah bahawa Allah sayang setiap hambanya...

Malam Kejadian


citer ni seram pada aku je.. pada korang tak tau la plak kan... thehehehe
smalam sedap-sedap aku tido, tiba-tiba aku terkejut dengan bunyi petir. kuat giler.. aku tarik selimut je.. then bunyi lagi... huaaaa... kalau korang nak tau.. aku memang gayat ngan bunyi kilat, guruh semua tu... sebab umah kat kampung pon memang leh tahan bunyi guruh ngan kilat ni.

dulu.. masa aku bujang trang tang tang, aku memang penakut giler ngan bunyi guruh ngan kilat, sampaikan aku lari pegi bilik mak aku sebab aku ketakutan. mane tak takut.. sampai bergegar tingkap bilik aku ngan bunyi guruh tu.. huhuh.. lama kelamaan takut tu hilang sedikit demi sedikit... *tak hilang banyak pulak yer..

sekarang... semalam... tido sorang-sorang... lam rumah agak besar pada aku ni.. rumah atas bukit.. *korang bayangkan yer... guruh dan kilat sambung menyabung... aku tutup muka dengan selimut je... da lama selimut.. rasa panas lak.. aku bukak sikit muka aku... tiba-tiba... maakkkkk! gelapnyaaa... takde letrikk... saboo je la.. menggagau aku cari handphone. *bukan nak call hubby aku la.. tapi nak bukak lampu handphone tu. kuatkan semangat, pegi cari lilin kat dapur. ni lagi satu hal.. nak pegi dapur pon aku berkira gak ni.. nak tak nak, aku masuk gak dapur cari lilin.. alhamdulillah.. da siap pasang lilin, aku baring balik tarik selimut. kak ekin, jiran blok aku sms tanya samada aku ok ke tak... alhamdulillah ok kak.. perempuan memang memahami perasaan perempuan kan? hehehe

call gak hubby, kot kot mane la tau dia bole tenteramkan aku... tapi.. hampeh... cakap macam ngigau je... aku kate takde letrik kat dia.. dia kate.. jap-jap lagi ade la tu... mungkin dalam tengahari... hahahahhahha.. dia ingat aku call siang hari.. sabo je laaaa... takpe la sayang... buat aku gelak je la... ish3x..

lepas call hubby, aku cuba-cuba tido je.. lama-lama aku tertido sendiri... tapi ada gak terjaga sebab dok berjaga ngan api lilin tu... pas tu.. hanyutt..... bangun-bangun je da subuh.. still takde letrik lagi..

saboo je la yerrr....
jangan marah.. ni bukan cerita hantu... tapi lam otak aku ade gak fikir pasal tu... huhuhu...

Thursday, March 3, 2011

nak duit??? klik klik klik link kat bawah ni ;)




nak duit tak? jom join CHURPCHURP sekarang!!! dari takde wat ape2 kan... join CHURPCHURP then u will get money ;)


Wednesday, March 2, 2011

Sunyi Kembali Menjengah...


tanpa dipinta..
sunyi kembali menjengah lagi..

tanpa diundang...
sunyi suka sangat datang..

sunyi...
terasa sunyi bila puteraku jauh pergi...

haihh... bersajak la plak kan... ehehehe... btul sunyi ni beb.. musim operasi sudah kembali! wahh macam slogan back to school lak.. tapi aku sendiri redha... aku ngan rela hati nak tunggu hubby balik end of this month ni nanti.. ikut perancangan awal, hubby suh balik kampung awal bulan mac ni.. tapi takpe la.. isterimu setia menanti wahai suami.. ihiks...

ni la pengorbanan aku sebagai seorang isteri untuk hubby.. memang seronok bila dengar balik kampung. tapi dalam hati, Allah saje yang tau.. rasa macam berat je nak tinggalkan walaupun hubby tak balik umah selagi dia sedang beroperasi..

tapi aku da fikirkan alternatif untuk isi masa lapang aku yang selapang padang kawad ni.. apa yang aku nak buat??? tungguuu........... nanti aku updatekan..

dan kepada para isteri 13md... tabahlah menunggu kepulangan suamimu... *termasuk la den ni ha... huhuh..



Mengapa Suka Cakap Belakang?

kat sini aku nak kongsikan artikel berguna dari iluvislam ngan korang. walaupun ramai jugak kongsi artikel yang sama.. tapi tak salah rasanya kalau aku pon memanjangkan ilmu ni untuk kesedaran kita bersama...

artikel bermula dengan :

Saya menerima sebuah e-mel daripada seorang sahabat. Sharifuddin menceritakan keadaan warga syarikatnya yang tidak sampai 10 orang itu hendak berhenti kerja secara beramai-ramai.

Puncanya kerana dia hanya memberi bonus sebulan gaji kepada kakitangannya.

Saya hairan kerana setahu saya, syarikat pembekal alatulisnya itu tidak pernah memberi bonus sejak mula beroperasi.

Mengapa pula mereka hendak berhenti kerja bila taukenya hendak memberi bonus?

"Aku pernah bersembang dengan seorang staf, niat aku hendak beri bonus kepada semua kakitangan aku. Dia boleh bawak cerita kepada staf yang lain yang aku nak beri bonus tiga bulan gaji. Bila aku beri sebulan gaji, masing-masing merajuk dan nak berhenti kerja. Mereka tuduh aku berbohong! Nasib baik aku panggil staf aku yang jadi penyebar cerita palsu itu menceritakan kepada semua staf dalam sebuah mesyuarat. Kalau tidak, aku boleh tutup kedai."

Alhamdulilah kerana Sharifuddin dapat menangani masalah di syarikatnya yang kecil itu. Fitnah yang besar di dalam sebuah syarikat yang kecil itu dapat dihidu dan disusur puncanya lalu diselesaikan.

Bagaimana pula kita yang bekerja di syarikat yang besar, kawasan perumahan yang besar atau kampung yang besar?

Yang pasti, saban hari berita benar dan palsu datang kepada kita bersilih ganti hingga kita tidak dapat mengenal yang mana satu yang benar dan yang mana salah.

Yang bahayanya, berita itu tiba dalam bentuk pertuturan, bisikan dari telinga ke telinga sehingga kita tidak tahu dari manakah sumbernya. Malangnya, kita mudah mempercayainya.

Mengapa? Di antara punca utamanya ialah sikap kita yang mudah menerima apa yang disampaikan secara cakap belakang-belakang.

Kita mudah menerima cerita yang disampaikan secara tidak rasmi ini kerana di dalam mana-mana kelompok manusia, akan terdapat seorang penyampai berita yang handal dalam mensensasikan apa jua khabar.

Lazimnya, si penyampai berita ini mempunyai cara pertuturan yang amat menyakinkan. Sesuatu berita disampaikan dengan intonasi suara yang memukau, mimik muka yang mempengaruhi si pendengar dan gerak geri yang dramatik.

Sudah tentunya penyampaian yang sebegini akan membuat kita terpesona dan terlupa rasional serta logika. Sehingga akhirnya kebenaran itu dikaburkan dengan kebatilan.

Kerana itu, di dalam sesebuah organisasi, seseorang yang bertukar jabatan kerana kenaikan pangkat boleh digosipkan sebagai seseorang yang diturunkan pangkat.

Orang yang mengundur diri daripada sesuatu jawatan kerana kurang sihat dikatakan sebagai dibuang dan orang yang mengubah pendirian kerana menghormati keputusan mesyuarat boleh dianggap orang berperangai lalang.

Si penyampai berita inilah yang menggodam apa yang benar kepada yang palsu. Malangnya, yang palsu inilah yang dipercayai.

Mengapa pula yang palsu ini dipercayai hingga ia menjelma menjadi benar? Ia terjadi kerana kita juga. Ramai di kalangan kita terdiri daripada mereka yang lebih suka mengangguk untuk mengiyakan.

Kita malas untuk berfikir sama ada apa yang disampaikan itu betul atau salah.

Lagipun, kita segan untuk mempersoalkan apa yang disampaikan kerana hendak menjaga hati si penyampai berita.

Akibat kasihan kepada si penyampai kerana tidak mahu dia malu alah jika kita bertindak dengan menyoal sumber berita yang disampaikan, akibatnya, kita memperoleh maklumat yang salah.

Oleh kerana kita perlukan maklumat untuk membuat keputusan, maklumat yang salah akan menghasilkan keputusan yang salah.

Sepatutnya, apabila kita memperoleh sesuatu khabar, perkara pertama yang harus kita lakukan ialah bertanyakan sumber berita yang diperoleh si penyampai.

Dengan maklumat itu, kita harus terus merujuk kepada sumber itu untuk memperoleh kepastian. Tindakan ini akan mematikan fitnah di sumber asalnya. Dan, yang lebih penting, kita akan disegani kerana berani memberhentikan cakap belakang daripada berleluasa.

Dalam pada kita berani menghentikan cakap-cakap belakang, jangan pula kita terjerumus pula menjadi salah seorang daripadanya.

Ini boleh terjadi jika pada mana-mana ketika, kita malu untuk mengaku yang kita tidak tahu mengenai sesuatu perkara apabila ditanya mengenainya.

Oleh kerana hendak menyedapkan hati si penanya, maka kita pun mencipta cerita yang kita rasa logik.

Tanpa kita sedari, tindakan itu akan menjadikan kita si penyebar fitnah. Sedar-sedar, rupa-rupanya, kita pun apa kurangnya?

- Artikel berakhir -

memang aku tak nafikan memang ada insan yang macamni di sekeliling kehidupan aku. bilamana aku sendiri difitnah dengan cerita yang aku rasa kurang tepat.. aku rasa orang yang macam ni adalah individu yang hipokrit. menceritakan perihal orang lain seolah-olah macam nak menutup kelemahan yang ada pada diri dia. dia merasakan yang dirinya hebat dan sukar untuk melakukan kesilapan. aku rasa orang yang macam ni gak tak sedar bahawa apabila dia memceritakan tentang hal orang, dia seolah-olah menceritakan keburukan yang ada pada diri dia sendiri. yang paling teruknya bila cerita tu di tokok tambah supaya cerita tu jadi lagi besttt... kalah cerita hantu kak limah balik rumah.

pada pendapat aku, tindakan yang harus aku lakukan dekat orang yang macamni adalah dengan ambil sikap 'Berdiam Diri'. sebab kalau aku balas balik, maka samalah sifat aku dengan dia yang kurang baik tu. dan pada masa yang sama, terbuka pula aib yang ada pada diri dia..

oleh itu, sikap berdiam diri adalah senjata yang terbaik untuk orang-orang yang macamni.. yang selebihnya, biarlah Allah S.W.T sahaja yang membalasnya..

renung-renungkan.. selamat beramal ;)

Tuesday, March 1, 2011

Sri Aman - Kuching - Serikin

hari khamis yang lepas, hubby bagitau yang aku kena pegi kuching atas sebab urusan BAKAT. mula-mula berkerut gak dahi aku sebab aku ingat aku kena pegi sorang... rupanya aku pegi ngan hubby. sebab dia pon kebetulan ada meeting kat kuching.


me n hubby on the way to kuching... weee...


hari jumaat tu.. sebelum subuh lagi aku da bangun nak menyiapkan diri. aduhhh.. masa tu malas tul nak bangun. ngan sejuknya.. pastu fikir lagi nak mandi ngan air sejuk giler tu.. huhuh... nak tak nak aku mangun gak la.. brrrr menggigil mandi air disubuh hari.. tapi kat sini pepagi memang sejuk sangat. kawasan bukit.. view luar pon penuh kabus lagi..

sementara nak sampai kuching, kitorang memang tak benti singgah makan pon.. trus straight to kuching. dalam 3 hours gak nak sampai. coz hubby nak pegi meeting trus. aku lak dia tinggalkan kat ANEX Kem Penrissen. dok la melepak aku kat situ.. nasib baik ade satu famili yang kebetulan ada dok kat situ coz tunggu flight nak balik kampung petang tu. aku dok main-main ngan anak dia je la.. aku duk situ dari 9am til 1130am.. memang bosan ... pastu hubby balik dari meeting, rehat-rehat jap kat rumah atas, baru kitorang kuar g makan. malam, jalan-jalan kat bandar kuching... masuk boulevard jap coz nak cari kasut sarung aku untuk BAKAT. yang nak dicari kasut.. tapi melarat pegi ke handbag, suar ngan sock... hihihih.. thanx hubby.. lebiu!! ok la boulevard tu.. standard shopping complex yang best gak. next time nak jalan kat The Spring lak...

nak dijadikan cerita, agenda aktiviti BAKAT aku hari sabtu. bila aku receive call dari kak lin (my naib pengerusi BAKAT) kak lin bagitau tak payah pegi... hoho... redha je la.. its ok kak lin... berita tu pon aku bagitau kat hubby... pastu aku saja la ajak dia g SERIKIN. coz ari sabtu da takde buat ape-ape dari melepak kat anex tu kan.. tak ku sangka hubby kata ok... huhuhu.. ni yang cayang lebey ni... hihih.. so, awal pagi sabtu tu ktorang berangkat la ke SERIKIN. kalau korang nak tau.. ape yang ada kat SERIKIN tu.. macam-macam ada woo... tempat tu border ngan Indonesia Kalimantan. peniaga-peniaga suma datang dari seberang. ngan produk-produk yang dorang jual asal dari seberang gak. so, memang murah-murah u'ollsssss... suar legging yg kain tebal tu pon leh dapat satu seploh hengget...


artis kat sebelah tu tamo mukanya diabadikan dalam potret ni..
abaikan jerawat yang bermaharajalela kat muka aku tu...



yeayyy.. da sampai!!


macamni la rupanya entrance kat sana.. memang ramai orang pegi sini nak memborong


sana tu .. eh bukan mr hubbyku yang dimaksudkan... aku nak tunjuk sana tu la tempat parking.. fenuh beb..


ni je la aku sempat snap. yang ni gerai mula. baru amik satu picca, mr hubby da sengeh2 tengok gelagat aku. sambil dia menuturkan skrip '*sayang ni da macam wartawan woo...' ampes jek... trus aku da malas nak snap..

huhuh.. ktorang tak borong banyak pon. sekadar beli barang keperluan yang mesti ada kat umah kitorang tu.... korang pegi la kat sini kalau ada kat kuching. from kuching lam sejam macam tu sampai la serikin. macam-macam ada wooo... *mcm ulang tayang lak ayat ni. baju, kain-kain ela, kain batik, peralatan dapur mcm periuk belangga, telekung, haaaa... cicak ape tu?? pokke ke??? menatang tu pon dorang ade jual.. huhuh... sila ke SERIKIN... aku akan ulang tayang lagi kot kesini... beli baju raya lak... thehehehe...