Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers

Follow Me ;)

Friday, October 5, 2012

Spaghetti goreng

minggu ni bole dikatakan hari-hari aku masak spaghetti goreng. eh start dari hari sabtu yang lepas la.. disebabkan buntu otak nak masak ape.. so.. itu yang aku buat. tak sangka pulak hubby suka. da abis spaghetti kat dapur tu.. dia sendiri beli yang lain.. hehe suke yer..

benda yang simple nak buat.. senang sesangat. aku cuma olahkan sedikit je. tapi versi spaghetti aku bukan la macam omputih buat. takde cheese bagai. ni versi melayu punya.. sesuai dengan tekak.. hehe

ada dua cara aku masak spaghetti ni.. satu guna cili kering kisar. satu lagi kalau masak nak blend.. aku tumbuk cili api je..

yang ni versi tumbuk cili api

bahan-bahan

4 biji tomato ceri - di potong dadu
dua ulas bawang merah - 
seulas bawang putih
6 biji cili api
sebiji cili masak
dua biji telur - dipecah dan dipukul dalam mangkuk (macam nak buat telur dadar tu)
satu sudu sos tiram
garam dan kicap sebagai perasa
sedikit air
spaghetti secukupnya

cara masak 
mula-mula tumbuk dulu cili, dengan bawang sehingga hancur.. tapi takde la hancur sangat.. pastu rebus spaghetti sehingga lembut.. aku letak garam dalam air rebusan tu.
dalam masa yang sama.. letak minyak dalam kuali.. tumis bahan yang ditumbuk tadi, masukkan tomato.. masukkan sedikit air.. biar tomato tu lembut dan hancur. macam jadi puri... 
masukkan sos tiram, kacau sebati
kemudian masukkan garam secukup rasa. kacau dan masukkan telur.. biar telur masak .. baru masukkan spaghetti yang da masak atas telur tu... kacau sehingga sebati. kalau rasa macam tawar sket.. just renjis kicap secukup rasa... kemudian kacau sebati lagi..  siap!
untuk tambahan.. aku masukkan sayur butterhead. slalu org wat salad tu. tu pon gaul masa api dah tutup.. yea da boleh makan! selamat mencuba!



2 comments:

FEDO said...

erm...nampak sedap lah.... :) slurp

adriea said...

FEDO - mmg sedap. cuba la masak. mudah je =)