Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers

Follow Me ;)

Friday, October 5, 2012

8 Tanda Kehamilan

Anda hamil? Atau anda tidak pasti anda hamil ataupun tidak. Sememangnya kita lebih mudah tahu kita hamil jika mempunyai pusingan haid yang teratur. Namun bukan semua wanita begitu. Ramai juga antaranya mempunyai kitaran haid yang tidak teratur.

Ada beberapa tanda lain yang boleh anda perhatikan yang memberitahu bahawa ada janin sedang mula berkembang dalam rahim anda. Bagaimana? Cuba perhatikan tanda-tanda ini.

- Kelelahan
Tiba-tiba anda mudah berasa letih dan lelah serta kurang bersemangat. Kadangkala mungkin anda menganggap ia tanda-tanda kedatangan haid, tapi ia juga merupakan salah satu tanda awal kehamilan. Ini kerana kadar hormon progesterone yang meningkat di awal kehamilan menyebabkan anda selalu rasa mengantuk dan tidak bertenaga seperti selalunya.

- Payudara bengkak
Tiba-tiba payudara anda seperti membengkak dan amat sensitif. Mudah terasa sakit apabila disentuh. Ini juga berlaku kerana faktor hormon dan biasanya terjadi setelah haid mulai lambat. Gejaka ini agak serupa dengan gejala yang dialami ketika hampir datang haid.

- Mual muntah
Juga salah satu simptom 'morning sickness'. Gejala ini muncul bila-bila masa. Ada yang mengalami tanda ini lebih cepat dan ada juga yang lambat. Apabila anda mula mengalami tanda ini sedangkan haid masih belum kunjung tiba, bolehlah anda membuat ujian kehamilan sendiri dirumah.

- Pendarahan
Antara 10 ke 13 hari setelah benih disenyawakan, mungkin anda perasan ada titisan darah kecil pada seluar dalam. Jika jumlahnya sedikit dan warnanya juga sedikit pudar berbanding darah haid. Pendarahan kecil ini berlaku kerana proses benih tertanam pada rahim. Jangan anda keliru dan menyangka ia adalah haid pula.

- Deria rasa
Anda lebih sensitif terhadap segala bau disekeliling anda berbanding sebelum ini. Kadangkala bau tersebut membuat anda akan berasa loya dan mual. Keadaan ini disebabkan peningkatan hormon dalam tubuh.

- Kerap buang air
Anda semakin kerap ke bilik air membuang air. Ini kerana peningkatan pusingan darah dan cecair dalam tubuh selain proses uterus yang mula membesar untuk kehamilan.

- Suhu tubuh
Selalunya pada awal kehamilan, suhu tubuh anda akan meningkat daripada biasanya. Anda mungkin mudah berasa panas dan cepat berpeluh. Keadaan ini membuat anda tidak selesa dan selalu ingin berada di depan kipas atau suasana yang berhawa dingin.

- Tidak haid
Apabila haid anda tidak lagi kunjung tiba mengikut waktu sepatutnya, tibalah masa untuk anda melakukan ujian kehamilan bagi mengesahkan keadaan tersebut.


aku memang tunggu saat-saat macam ni berlaku lagi... tapi belum lagi terjadi lagi wat masa ni...

No comments: