Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Follow Me ;)

Thursday, October 4, 2012

Koleksi Pinggan Mangkuk Polkadot Kak Intan

hehhe bukan koleksi aku... kak intan kamariah yang punya? sape dia tu? dia adalah salah sorang kawan blogger yang ade dalam bloglist aku. serta kawan dekat FB aku juga.. kak intan peminat gaya dekorasi english dalam rumah dia. kalau tengok gambar dalam rumah dia.. aduhai.. sejuk hati mandangnya.. pandai kak intan dekor rumah dia.. hari selasa hari tu.. kebetulan hubby beli suratkhabar metro.. ok kitorang memang bukan jenis beli suratkhabar setiap hari. bila nampak je baru beli.. hehe..

dan secara kebetulan pulak suratkhabar hari tu ada satu page cerita pasal kak intan kamariah. wow! rezeki aku untuk membaca. memang banyak koleksi pingan mangkuk polkadot dia. kalau nak tau.. sejak kak intan tunjuk koleksi dia dalam blog dengan FB dia, aku pon simpan hasrat dihati nak wat koleksi polkadot tu jugak. sebab aku minat polkadot gak. tapi terus terang aku cakap. memang susah nak cari pinggan corak polkadot dipasaraya. kak intan kata dia banyak beli secara online. wah.. ingatkan senang je nak cari. susah jugak. hari tu aku jumpa satu kat jusco. tapi.. kualiti da tak cantik.. :(

jom tengok gambar yang aku tengok dalam suratkhabar metro hari tu..





hmm terkedu aku tengok koleksi yang kak intan ade. kak intan penah cakap. dia beli barang yang mampu milik sahaja. maksudnya takde la mahal sangat. so.. pelan-pelan kayuh la yer.. thanx kak intan.. menjadi inspirasi saya untuk mengumpul koleksi secara berhemah. pandai nak membeli.. pandai-pandai la cari duit sendiri yer... hehe.. lagi satu kak intan ni pandai menjahit.. untung kak intan.. eh nama kak long aku pon kak intan dia pon pandai jahit. hehehe...

No comments: