Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Follow Me ;)

Friday, December 24, 2010

Menjelang 30!

genap 23 dec 2010 smalam.. umur aku da masuk 30 tahun. macam tak caya je aku da masuk 30 dah skang. rasa macam baru je masuk 20 tahun... hahah.. melampo je statement..
tahun ni adalah tahun pertama hari lahir aku jatuh semasa aku bergelar seorang isteri. walaupun camtu.. aku ngan hubby tak celebrate ape2 pon.. sebab masing-masing dok jauh.. huhuh sian pada diri sendiri..

dikesempatan ni aku nak ucap ribuan terima kasih pada semua sahabat yang sudi mendoakan dan memberi ucapan hari lahir aku kat facebook.. sayang kat korang suma..

dalam masa yang sama.. tak lama lagi tahun 2010 bakal meninggalkan kita.. tiba pula tahun 2011.. apa yang korang capai dalam tahun 2010 ni?

pada aku.. banyak kejadian yang berlaku dalam tahun 2010 ni.. pahit.. manis.. sumanya ada.. yang aku tak leh lupa, mak aku sakit teruk lam taun ni gak.. penyakit kencing manis ngan darah tinggi dia naik.. biasa la orang tua.. makanan kalau tak pantang sket, mula la penyakit datang menyerang.. tapi alhamdulillah.. sumanya da kembali stabil... tapi badan mak aku susut da skang.. tak macam dulu lg..

tahun ni jugak aku telah mendirikan rumahtangga .. alhamdulillah sumanya berjalan dengan lancar.. macam-macam kejadian yang berlaku sebelum kawin.. semuanya perlukan kesabaran yang kuat..

lepas tak sampai sebulan berkahwin.. aku disahkan mengandung.. tapi.. Allah lebih sayangkan zuriatku... dia pergi meninggalkan kami dalam usia 11 minggu.. aku redha..

terima kasih pada keluarga dan hubby yang banyak bagi sokongan moral dekat aku..

tahun 2010 ni jugak aku telah menamatkan pekerjaan aku dengan syarikat Sierra Energy Sdn Bhd. nak masuk 9 tahun aku berkhidmat dengan syarikat tu. memang sayang sangat nak benti.. tapi apakah daya... hubby suruh benti, ikut je la.. lagi pun, aku harus ikut dia pindah kesarawak..

terlalu banyak kejadian yang berlaku dalam tahun ni.. cukup la aku ceritakan serba sedikit.. yang tu pon da boleh menggambarkan macamana situasi aku ditahun 2010 kannnn..
*padahal da ngantok nii.. otak blur je berfikir.. hihihi...

so.. nak ucap happy birthday to me.. aku doakan semoga aku menjadi yang terbaik untuk suami dan keluarga.. dan semoga kami memperolehi zuriat lagi.. amin...

*time blur2 ni banyak lak ayat aku yg skema kan... blasahhh...

2 comments:

gannick said...

i like all the stetmen la akak... hahahaha..

/me aminkan utk akak gak suma doa2 akak tu.. hehehe.. amin...

Unknown said...

aik.. ingat da tdo da budak ni.. hahaha... tenkiu2..

/me pon amin gak.. heheh