Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Follow Me ;)

Thursday, May 31, 2012

Ayam Kandar

macam biasa.. da jadi surirumah sepenuh masa ni.. lam kepala otak asik fikir menu nak masak jer... tapi sekarang ni lagi mencabar. sebab aku ngan incik hubby nak mendiet, so kena pilih menu masakan yang tak bole  mengemukkan... cewahhh.. haha.. kitorang ni bab makan memang banyak persamaan sket la.. hubby suka ayam. aku pon suka gak. kalau duduk umah kakak aku kat shah alam tu, mesti dia membebel je sebab aku selalu masak ayam je... hahaha.. sori sis.. chicken is one of my favorite.. eceh..

hari tu dok blog hop blog kengkawan. terjumpa menu masakan ayam kandar. bukan ayam kamdar ek.. wakaka.. aku tengok bahan ngan cara masakan pon macam senang jer. so, aku pon cuba la...

tarrrraaaa... ni la hasilnya
sedappp

rasa macam makan ayam kat kedai mamak :)
resepinya aku ambil kat SINI 

Bahan-bahan

1/2 kg ayam
6 ulas bawang putih/1 inci halia (tumbuk/blend) *masa ni stok halia takde.. so, xde gunakan pun
2 sudu besar kicap pekat *masa ni kicap pekat pon takde.. letak kicap manis cap kipas udang jer
2 sudu besar sos tomato *sos tomato pon takde. aku letak air asam jawa... hehe
2 sudu besar sos cili
2 paket kari daging babas *ikut suka nak byk mana.. tp jgn  banyak sangat
1 labu bawang besar (dimayang)
1 ulas bawang putih (dimayang)
kulit kayu manis dan bunga lawang
sedikit daun kari *ni pon tak masuk sebab kek mano den nak cari daun kari dokek ateh ni
garam dan perasa

cara-caranya

- tumis bawang besar, bawang putih kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau
- masukkan bawang putih dan halia yang diblend dan daun kari
- kemudian masukkan campuran rempah tadi (kicap pekat, sos dan serbuk kari) kacau sebati
- masukkan ayam, air dan masak hingga ayam empuk. *jangan hempuk lak ayam tu.. huhu
- masukkan garam dan perasa secukup rasa. kacau hingga kuah menjadi pekat. kalau nak ade kuah sket, letak air lebih sket la.. jgn lebih banyak sangat.

selamat mencuba!!

*psstt kalau takde bahan kat rumah tu, pandai-pandai la adjust ek... sure menjadi jugak ;) resepi ni memang sedap!! tenkiu kakak yang berkongsi resepi...

Wednesday, May 30, 2012

Al-Fatihah..

malam semalam masa nak membeli barangan dapur with hubby, kakak aku call dari kampung.. bagitahu pasal makcik aku iaitu mak lang tengah nazak. mak lang ni adik kepada mak aku. dekat sebulan lebih dia menderita dengan pelbagai penyakit yang menyerang secara tiba-tiba. masa aku balik kampung hari tu ada la aku jumpa.. masa tu alang kuat lagi. boleh bercakap, boleh duduk, boleh makan. tapi lepas dari tu, alang da susah nak makan.. apa yang dia makan mesti terkuar balik.. sian alang.. tapi semalam aku terkejut dengan berita yang kakak aku bagitahu tu... apa yang mampu aku buat, aku hanya berdoa pada Allah semoga alang dapat disembuhkan seperti sediakala... tapi jam 11.20 malam tadi, kakak aku call lagi bagitahu maklang aku tu da meninggal.. innalillahiwainnailaihirojiun...... Allah lebih menyayangi makcik aku... semoga roh alang tenang disana..

yang hidup haru meneruskan hidup.. kebetulan, kenduri kawin anak alang akan berlansung pada 3 jun 2012 ..hujung minggu ni la.. Allah... semoga kau peroleh kekuatan kepada anak mak lang aku iaitu abg ngah... semoga abg ngah tabah.. insyaAllah.. ibu dan bapa saudara serta adik beradik sepupu sepapat akan menolong masa kenduri abg ngah nanti...

Allah menguji pada hambanya yang mampu... semoga ujian ini kita ambil sebagai iktibar.. kehilangan memang amat memeritkan.. seperti aku kehilangan arwah Qaisara awat tahun hari tu.. Allah saja yang tahu. tapi hidup ini harus kita teruskan.. Allah dah menetapkan ketentuan buat kita..

tapi yang pasti, masa raya nanti mesti aku dan ahli keluarga yang lain akan merindu kuih sepit buatan alang. memang sedap. kuih sepit dia memang terkenal gak la.. ramai yang menempah..

abg ngah dengan abg long adalah anak lelaki alang... mak ngah n wan chik  serta mak aku adalah adik beradik kandung alang. mak aku anak yang sulung.. gambar ni masa kenduri kawin anak buah aku. 

semoga roh arwah mak lang ditempatkan didalam golongan orang-orang yang beriman.... semoga alang tenang disana.. kami disini pasti menyusul.. 

*kami sayang alang...

*penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang memang bahaya... kita yang ada ni haruslah menjaga kesihatan dengan sebaiknya....

Monday, May 28, 2012

persinggahan ke kedai buku MPH

kejadian ni tak ingat lak aku berlaku hari ape.. adush... kena setting balik memory lam otak aku ni.. sejak lepas bersalin czer ni .. cepat sangat aku lupa... sedih tul dengan effect yang macam ni.. da macam orang tua sangat da.. huhu takpe la.. ini yang dah ditentukan.. aku redha.. *ok da lari dari tajuk plak..

hari tu aku jalan-jalan ngan hubby, macam biasa bila nampak kedai buku jer mesti aku nak masuk. hubby aku biarkan je aku melayan perasaan... dia kata dia tak ghairah tengok kedai buku.. hampeh..

sorang-sorang je la aku melawat MPH tu.. yang dia lak tak tau kemana.. nanti pandai-pandai la kitorang jumpa balik.. selalunya macam ni la..

masuk MPH tu mula-mula aku cari novel yang dihajatkan.. iaitu Sunan Musafir hasil penulisan Ramlee Awang Murshid. ok takde lagi.. pas tu aku tertarik ngan buku ilmiah. mula-mula da pilih 3 naskah. tapi bila fikir bajet, aku tolak satu.. ambil dua. tapi sampai ke hari ni aku tak baca lagi buku ni. *bad habit ok! ape yang bestnya, aku nak kongsi gak ngan korang buku ape yang aku beli tu... hahaha poyo!

taraaa... ni la buku tu..

istikharah cinta

murah jer...
ku damba cintamu ya rasulullah...

murah juga..

semoga dengan buku ni aku dan hubby dapat menambah ilmu yang kitorang tak tau lagi.. aku janji, pas ni aku baca buku ni... 

*pstt.. macam da bertambah-tambah je buku lam rumah ni.. alhamdulillah :)

novel-novel aku kat kampung tu.. aku biarkan jer.. takpe la.. sape nak baca, baca je la.. semua tu untuk dikongsi bersama...


cuti-cuti sekolah..

wahh..macam la aku sekolah lagi.. tak pun, macam la aku ade anak yang da bersekolah.. ekeke...
saje je nak kongsi-kongsi kegembiran korang yang ada anak yang tengah bercuti sekolah tu.. tak lupa juga pada cikgu cikgi tu kan... korang pergi bercuti kat mana? aku takde la kemana.. kakak aku yang pahang tu balik bercuti kat manjung..

kat sini aku nak kongsi ngan korang tempat yang sesuai nak pergi masa cuti sekolah..

hoho jom ke genting!!

kebetulan ada iklan promosi cuti sekolah dekat blog aku ni kan... baik aku blogkan untuk korang refer nanti.. so.. klik je kat SINI untuk keterangan dengan lebih lanjut

best kan pegi genting ... dapat sejuk-sejukkan badan... hehhe 
jom ke resort world genting!!!