Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Follow Me ;)

Wednesday, April 4, 2012

7 info sihat bayi

auto publish

snap dari majalah yang salu aku rujuk 

jom tengok apa info yang aku dapat kali ni =)

1. Jemur bayi waktu pagi
Sesetengah orang percaya amalan menjemur bayi waktu pagi adalah baik untuk kesihatan bayi. Sebenarnya, boleh untuk anda ikuti amalan ini namum tidak perlu setiap hari. Anggapan yang mengatakan bayi perlu dijemur setiap pagi tidak betul. Jika anda melakukannya pun, tidak perlu lama. Cukup sekadar antara 10 hingga ke 15 minit pada jam 8:00 pagi. Sedikit sebanyak ia membantu bayi yang baru lahir terutama yang menghidap penyakit kuning (jaundis). Ini kerana sinar matahari pagi membantu menguraikan bilirubin yang akan larut dan dikeluarkan sebagai urin.

2. Membiarkan bayi tidur dengan susu botol.
Ramai orang tua beranggapan membiarkan bayi menghisap susu botol hingga dia tidur akan lebih memudahkan tugas anda terutamanya dimalam hari. Bayi yang terjaga apabila diberi susu botol akan mudah menyambung tidurnya semula. Namun mungkin anda tidak ketahui bahawa cara ini boleh mengganggu perkembangan bayi. Dengan membiiarkan bayi tidur bersama susu botolnya, susu akan terkumpul di gusi bayi. Selain itu, bayi mudah terkena jangkitan telinga kerana susu tersebut boleh memasuki saluran 'eustachius'. Kerana itu, pastikan anda segera mengalihkan susu botol sebaik saja bayi selesai menyusu atau selepas saja dia tidur. aku nak tambah sket.. mungkin dengan cara ini boleh mengundang bahaya gak. macam sekarang ni ramai bayi yang mati akibat tersedak susu. so, tak payah la biarkan baby isap botol susu tanpa dipantau.. 

3. Mandi air sejuk menjadikan bayi kuat.
Ada kepercayaan kononnya memandikan bayi dengan air sejuk boleh membuat daya tahan tubuhnya meningkat. Sudah tentu pendapat ini tidak benar. Malah, air sejuk boleh membuat metabolisme dan pembakaran dalam tubuhnya meningkat menyebabkan makanan yang diserap tubuh bayi cepat habis kerana digunakan untuk menyeimbangkan semula tubuh bayi. Ini menyebabkan bayi mudah hilang tenaga, cepat lemah dan berisiko jatuh sakit. Sebaiknya mandikan bayi dengan air suam yang tidak terlalu panas. Namun, jangan terlalu lama agar tubuh bayi tetap seimbang kehangatannya. 

4. Air liur meleleh
Sebenarnya perkara biasa apabila air liur bayi sering meleleh kerana pada usia ini (sehingga 4 tahun), proses penghasilan air liurnya memang aktif. Namun, jika air liurnya keluar berlebihan, ia berisiko menjadi radang atau jangkitan pada sekitar mulutnya. Penghasilan air liur berlebihan juga mungkin salah satu tanda bayi hendak tumbuh gigi. Air liur yang meleleh ini tiada kaitan dengan mitos yang mengatakan ia ada kaintan dengan si ibu yang gagal memenuhi keinginan (mengidam) sewaktu mengandungkan bayinya dulu.

5. Muntah setelah makan
Setelah makan atau minum susu, mungkin bayi akan muntah sedikit. Ini berlaku mungkin kerana bayi terlalu kenyang atau banyak udara yang masuk ke perutnya sebelum atau sewaktu sedang minum susu. Keadaan ini juga boleh berlaku apabila bengkung bayi dipakaikan terlalu kuat. Selain itu, mungkin anda memberi bayi makan dalam posisi yang salah, contohnya dalam posisi tidur terlentang. Kerana itu sebaiknya buatlah bayi sendawa setelah makan untuk mengatasi masalah muntah ini.

6. Mendukung bayi
Bayi akan berasa tenang apabila didukung namun cuba elakkan untuk menjadikan ia sebagai satu amalan untuk memanjakan bayi anda. Ini kerana bayi yang terlalu biasa didukung dalam semua keadaan tidak akan melatih emosinya untuk berdikari malah, akan menjadi manja dan setiap waktu hendak didukung. Ini membuatkan bayi menjadi malas dan anda sendiri juga yang akan mengalami kesukaran kelak. 

7. Berpeluh
Anda mungkin beranggapan bayi yang kuat berpeluh menandakan dia sihat. Tidak semestinya begitu. Adakalanya peluh yang keluar berlebihan mungkin petanda bayi mengalami gangguan tertentu seperti tekanan, fungsi kelenjar yang berlebihan, kadar gula yang rendah atau berat tubuh yang berlebihan

suka aku nak katakan.. bahawa maklumat-maklumat ni aku dapat daripada majalah yang aku rasakan bermanfaat untuk aku kongsikan bersama. kalau ada antara korang yang rasa ada fakta yang tak betul, kongsikanlah sekali dekat komen-komen dibawah tu ek.. supaya dapat kita bersama-sama timba ilmu =)
<3 sharing is caring <3

Tuesday, April 3, 2012

Seluar Jeans Manik


Kali ni aku sulam manik kat seluar jeans kakak aku


bunga-bunga ni yang aku pilih


bunga ni nampak timbul dan nampak macam terletak jer kan


hopefully my sis will love it =) 

kalau nak tempah.. leh hantar kat aku.. design macam ni aku charge RM25.00 only.. tapi kalau korang jauh.. boleh pos.. duit pos di tanggung sendiri ek.. =)

Monday, April 2, 2012

BerBawal Kembali

tajuk tak hengat.. hehehehe...

ingat tak entry yang lepas.. aku balik manjung.. entry yang ini . balik sana aku habiskan masa aku untuk mengemas bilik emak aku. selalunya dari anak dara lagi.. masa aku tinggal dengan mak.. tu la keje aku. bukan mak malas nak kemas bilik dia. tapi biasa la orang tua.. mata mak pon tak berapa nak nampak. so, habuk-habuk semua tu dia buat tak tau je la.. sebab tak nampak kan.. ok.. cerita macam da nak kelaut.. dah lari dari bawal tu kan. ish ish ish.. kisahnya masa aku kemas almari emak, aku terjumpa balik tudung-tudung bawal aku. sejak aku pakai shawl, tudung-tudung bawal aku yang lama tu semua aku bagi pada mak. alhamdulillah... mak tak bagi pada sesiapa pun tudung tu. so, dapat la aku memperagakan balik tudung tu.. ahhh ayat persis model.. T.T termenanges..

tak semua yang aku ambil.. disebabkan aku fikir balik nak mengangkut beg kain aku naik ketingkat lima rumah kakak aku kat shah alam tu.. aku batalkan hajat yang baik itew.. huhuhu.. tunggu next round balik manjung pulak la aku pilih-pilih semula tudung tu.. memang senang je pakai tudung bawal ni. masa mula-mula pakai shawl, aku agak terbelagak sikit dengan tudung bawal. haha.. tapi sekarang ni tersayang balik kat dia..

so.. korang tak nak try balik tudung bawal tu? cuba la.. gayakan ikut trend sekarang.. sure meletops.. hiks


semalam bersiap-siap nak pergi KL aku gayakan tudung bawal.. =D
nampak macam orang dolu dolu ke... hihi


usaha untuk mengambik gambo penuh.. 

mr hubby tak tengok lagi aku bertudung bawal.. minggu ni tak berdating dengan dia.. tunggu next week lak.. hihi nebes..nebes... *tah..tah.. dia wat dek je... huhuhu

psstt.. semalam kat SOGO ade spring summer sales!

oh Nasi Lemak


setelah 2 minggu aku ngidam nak masak nasi lemak (jgn timbulkan spekulasi bila nampak perkataan ngidam disitu) hari ni baru aku dapat buat.. sebelum ni masa aku nak buat je.. daun pandan takde.. takde feel la kalau masak nasi lemak without daun pandan... tak syiokkkk bau dia.. alhamdulillah.. pepagi aku bangun untuk masak nasi lemak ni.. dapat aku bekalkan untuk kakak aku bawak pergi opis dia.. nak resepi? ala.. aku rasa korang pon tau macamana nak wat nasi lemak tu kan.. hehe.. lagi pon sekarang ni zaman canggih.. taip je kat search engine.. semua korang leh dapat kan.. selamat menjamu mata.. wink~ wink~