Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Follow Me ;)

Saturday, September 8, 2012

Selalunya...

selalunya.. bila aku buka blog aku ni, aku tengok perjalanan umur anak aku kat dalam blog aku ni.. lepas tu tengok tarikh anniversary aku ngan hubby...

kalau arwah ada.. dia da berumur 7 bulan lebih..
tu je la yang mampu aku buat... nak tengok dia membesar depan mata, memang takan dapat la.. sekarang dia da berumur 7 bulan.. eh anak korang kalau 7 bulan dia da pandai wat ape? mesti qaisara comel sangat.. 

usia perkahwinan aku ngan hubby pon da nak masuk 2 tahun.. tapi aku rasa macam da lama kitorang bersama :) 

semoga Allah beri lagi peluang kepada kami untuk menimang cahaya mata... 

ketidaksenggajaan

wohoo.. tiba-tiba tersepikan diri dari mengupdate entry buat seketika kan? ala korang bukan tak tau.. kalau aku da senyap secara tiba-tiba tu mesti korang otometik fikir aku sibuk jait manik kan? haaa memang betul la tu.. hahah... dok siapkan jait manik kat baju-baju kakak aku yang sorang ni.. bukan baju tau.. baju-baju.. maknanya lebih dari satu.. uhuhu... nak cepat.. alhamdulillah siap gak..

baju kakak aku lagi dua orang lom siap lagi.. huhuhu sian dorang... nanti adik siapkan ek... baju den gak takde manik lg ni.. keazaaman datang untuk memakai baju raya haji dengan bermanik.. ni azam aku.. korang ingat tu!! huhu *ni ayat orang frust tetonggeng sebab baju dia takde manik masa raya puasa.. huaaaa

cerita bab raya aku pon tak abis lg kan.. tapi kan.. tapikan.. aku rasa aku nak stop macam tu terus lahh.. aci tak?? hahahah ala.. korang mesti bosan je baca cita raya aku kan kan kan?? so.. disini aku umumkan.. cerita raya 2012 telah berakhir setakat ini.. suka-suka ati aku je... ahahah... fuh lega...

open house pon kitorang tak jadi buat... hihihi... sebab kawan-kawan hubby mesti da jenuh pergi open house kawan-kawan dia yang lain kan.... so.. open house raya post pone raya tahun depan.. ngehh..


sape datang beraya kat rumah aku, kuih raya je la jadi hidangan ek.. thehehe



Tuesday, September 4, 2012

Burger Bakar

minggu lepas.. tak ingat lak hari apa.. huhu aku ngan hubby try makan burger bakar. selalunya dok tengok je orang beratur beli burger tu.. tapi kali ni kitorang tengok takde orang pon yang beratur panjang... kitorang pon cuba la... tapi ni Rawang Burger Bakar. gerai dia betul-betul dekat tepi traffic light area wangsa maju tu je.. bukan dekat rawang ek... huhu...


ni nombor bertuah kitorang... hehe

tak ambil masa yang lama sangat masa menunggu...
mamak kat kedai depan tu pon tak sempat ambil order air..
da siap.. 
hehe
kitorang tapau je..

yang ni hubby punya.. burgembira namanya


yang ni aku punya.. top shot

sampai rumah, terus ngap! haha gelojoh! memang sedap dan mengenyangkan.. harga pon tak sampai RM20 untuk dua ketul burger ni... next boleh ulang lagi.. :)

Pendarahan pada trimister pertama



Pendarahan lazimnya adalah normal pada peringkat awal kehamilan selagi gejalanya sinonim dengan proses kehamilan yang sedang berlaku.

Namun, jika pendarahan it mulai menunjukkan kelainan, sudah tentu ia membimbangkan anda apatah lagi jika ia memicu ke arah faktor yang boleh menyebabkan keguguran.

Bagi ibu hamil yang baru merasai proses kehamilan untuk kali pertama, apabila berlaku pendarahan dalam trimester pertama ini, sudah tentu ia mengundang kerisauan, apatah lagi jika ia adalah kehamilan yang diharapkan dalam perkahwinan tersebut. Persoalan yang mungkin bermain difikiran anda, apakah sesuatu yang normal apabila mengalami pendarahan pada peringkat awal kehamilan?

Sebenarnya, pendarahan ini lebih bersifat variasi. Bermula daripada jumlah yang sedikit atau hanya bintik-bintik kecil darah pada seluar dalam, hinggalah berlaku pendarahan yang banyak diiringi dengan rasa sakit dan ngilu di perut.

Pendarahan pada awal kehamilan sering berlaku pada hampir 30% wanita yang baru hamil. Dan separuh daripada wanita yang mengalaminya masih dapat meneruskan kehamilan tersebut dan seterusnya melahirkan bayi yang sihat.

Pendarahan yang sedikir, contohnya seperti beberapa titisan darah pada seluar dalam merupakan perkara normal dalam proses kehamilan ini. Ia berlaku kerana implantasi embrio pada dinding rahim yang menyebabkan rahim melepaskan sedikit darah. Keadaan ini selalunya berlaku sekitar minggu ketujuh hingga minggu kesembilan kehamilan dan berlaku antara dua ketiga hari sahaja.

Ada antranya yang mendapati pendarahan kecil ini berlaku setelah mereka melakukan hubungan seksual, mengangkat barang berat atau setelah melakukan aktiviti lasa. ini kerana terdapat banyak pembuluh darah yang sedang dalam proses pelebaran untuk proses kehamilan dibahagian servik ketika ini yang menyebabkan mudahnya pendarahan berlaku apabila otot dipaksa bekerja keras untuk sesuatu perkara yang anda lakukan.

Kerana itu anda harus membatasi pergerakan dan mengelakkan melakukan aktiviti lasak atay kerja-kerja berat ketika ini. Malah hubungan suami isteri juga di nasihatkan tidak dilakukan secara 'kasar' ketika ini.

Tetapi, dalam sesetengah kes, pendarahan kecil ini juga boleh menjadi tanda kepada risiko keguguran. Anda mungkin mengalami keguguran apabila pendarahan menjadi bertambah banyak diiringi dengan gelaja sakit atau kram pada bahagian perut. Ini akan disertai dengan keluarnya ketulan darah atau jaringan fetus.

Kerana itu anda harus cepat berjumpa doktor jika gejala pendarahan yang dialami mula membimbangkan kerana ia mungkin tanda akan berlakunya keguguran atau mungkin juga akibat komplikasi lainnya.

*aku pernah kena macam ni masa mengandungkan qaisara. awal 6 minggu kuar darah warna coklat.. tapi alhamdulillah semuanya ok masa tu..