Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Follow Me ;)

Monday, July 2, 2012

terjah ke Penang


petang jumaat lepas, aku ngan hubby bergerak pergi ke Pulau Pinang.. pulau anak mami.. perjalanan adalah smooth je tak berapa laju. hubby pon ngantok.. kitorang berhenti jap tepi highway nak bagi laluan dekat kemengantukkan incik driver a.k.a hubby.

tempat kami berhenti.. pokok pon menjadi mangsa lensa camera aku

tempat kami berhenti ... highway pon jadi mangsa lens camera gak

pastu ambik gambo syok sendiri... sumpah boring.. kang aku snap gambo incik hubby yg tgh tido  takut aku kena tinggal kat situ lak.. eee atoottt..

ok.. tak bangun lagi.. aku makan putu buluh yang shedap ni.. beli kat jalan semarak

eh ade geng-geng askar lepak gak.. =) 


ni masa sampai kat ipoh.. ish tangan tu mmg suka kacau aku
 dalam setengah jam gak la kitorang benti.. macam-macam gelagat aku dapat tengok.. aku nak bawak keta tu hubby tak kasi.. huhu.. tah pesal suma tak bagi sekarang.. nak bawak moto pon tak bagi.. masa kat sri aman dulu lampu hijau jek.. *ok lari tajuk.. dari tempat kitorang berhenti berehat tu kitorang gerak ke Pulau Pinang terus.. jam 9.30 malam baru sampai.. ok biar lambat asal selamat.. tapi masa tu aku yang muntah kayak. disebabkan angin yang da masuk kebadan.. hampeh..

yang penting, hotel pon da dapat.. aku pon leh rehat. makan? hubby pegi tapau sorang-sorang..

dapat bilik yang ada 2 katil single.. kami single malam tu.. hahaha

permandangan luar hotel. adeh.. bumbung je ade
pagi keesokkannya baru aku segar sikit.. so, moralnya.. sila la alas perut anda dengan makanan.. bukan dengan alas meja.. *nyampah

ok gambo bosan tinggal sorang-sorang dalam hotel
pagi tu hubby keluar pergi menjalankan urusan yang sepatutnya dia buat untuk datang penang ni. aku ni ikut dia jer.. saje nak jalan-jalan... memang jalan-jalan betul la hari tu... sambung part 2 pulak yer... ewah ade part-part pulek..

Saturday, June 30, 2012

Manik Crumble

siyes kesian kat diri sendiri.. sebab baru merangkak-rangkak dalam ilmu memanik.. orang sekarang da advance dengan manik 3D.. mokcik baru nak try buat crumble biasa..itu pon belajar melalui tutorial yang dibeli melalui online suatu ketika dulu.. haha.. da bertaun beli skang baru nak try..

memula try jadi macam ni.. ni 1st layer.. banyak layer nak buat rupanya.. ni buat guna manik yang ade jer..walopon...

then try untuk kali kedua.. dan menderhaka sket dari tutorial yang dibeli.. aku tambah sequin... sebab material tak mencukupi.. tapi nampak lawa pulak.. *hahah puji sendiri..

pada pendapat aku.. memang susah sket kot kalau takde guru yang mengajar didepan mata. sebab kita tak tahu teknik-teknik yang betul dorang gunakan. tapi, hendak seribu daya... selagi minat, aku akan terus cari dan gali dan cuba buat jadi yang terbaik =)

*pstt.. memang saje je nak snap guna camera handphone.. sebab kasi blur sket hasil yang tak berapa nak cantik tu.. haha.. *nanges

Thursday, June 28, 2012

bunga merah itu...

jiran-jiran kat rumah aku sekarang berbeza dari jiran masa duduk kat kem pakit, sri aman. sebab jiran kat sini banyak senior.. kapt, mejar, Lt kol pon ade... motip aku cite pasai jiran? adeh.. tatau la.. just nak bagitahu dan memperingatkan pada diri sendiri.. jangan selalu mendongak ke langit.. nanti tersadung batu jatuh tersungkur.. tak pasal-pasal kene gelak.. mende la aku merepek ni..

jumaat lepas ade jiran datang bertandang kerumah aku. masa tu mak ade lagi. maka kami pon mula la bersembang.. pung pang pung pang pung pang, kakak tu mintak nak tengok contoh jahitan manik yang aku buat. so, aku tunjukkan la baju-baju aku yang da aku buatkan dulu.. berminat lak die tengok bunga-bunga manik aku tu.. so, petang tu dia hantar baju untuk aku manikkan.. for the 1st time aku dapat kain yang macam tu.. katanya kain sutera.. memang halus rupa paras kain tu.. nak tak nak, aku pon ambil juga ... dan bawah ni la hasilnya..

nampak tak tekstur kain tu? heee...

terpaksa guna teknik tampal bunga lace dulu baru jahitkan manik kat atasnya
alhamdulillah manik sempat siap mengikut permintaan. kakak tu pon cakap 'comei' .. alhamdulillah... ni ikut bajet dia.. RM30 only.. dekat lengan sahaja.. :D

kisah semalam dan semalam..

alhamdulillah tempahan jahit manik dan juga keronsang aku buat masa tak update blog ni da siap.. phew..~ jiran kat bawah rumah aku ni tiba-tiba datang rumah dan hantar baju untuk dimanikkan. alhamdulillah.. tak rugi kalau kita ni beramah mesra sesama jiran kan.. memang sebelum ni aku tak berjumpa lagi dengan jiran-jiran yang ada. sebab aku duk lam rumah jer.. huhu.. tapi hari tu blok kat depan tu anjurkan majlis pembacaan tahlil.. aku n hubby pon dijemput sama.. rupa-rupanya masa tu dorang wat sesi perkenalan untuk jiran baru macam aku n hubby serta lagi satu family.

to be me, kalau orang tu baik dan senang untuk bertegur sapa.. aku memang ramah dengan orang yang macam tu. tapi, kalau orang tu diam.. dan bila aku tegur pon dia diam lagi... memang aku pon diam banyak lak... thehehe...

sekarang ni aku nak siapkan tempahan manik untuk raya. kalau siap cepat, alhamdulillah.. boleh aku bagi kat customer dengan cepat gak. memang itu la perancangan aku.. nak siapkan cepat. insyaAllah.. semoga perancangan aku berjalan dengan lancar.. minggu depan, hubby da start busy outstation. ni la hakikatnya menjadi isteri tentera. duduk kat ceruk mana pon, tak sah kalau selalu kena tinggal... hehe.. alhamdulillah.. makcik ni da membiasakan diri da.

jom tengok iklan

hahaha so true!
my fren Jaja  yang send kat aku kat email... tapi tu la.. macam yang aku cakap kat die.. pompan lam gamba tu lagi strong.. manyak tatoo nya... hahaha.. 

eh ha.. hari tu aku aku ngan kakak aku merempit lagi pergi manjung hantar mak balik kampung... biasala mak dok umah aku ni paling lama pon seminggu.. tu pon die da rasa lama.. hehehe.. nanti datang lagi yer mak...

*buat keje kat meja dalam bilik ni menjadikan kerja-kerja aku lebih teratur la.. hihi besh beshh.. tapi ade je teddy bear tu datang mengacau kalau aku dok diam-diam lam bilik ni... ish3x.. jelesh letewww...