Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Follow Me ;)

Wednesday, June 13, 2012

Selamat Pagi..


assalamualaikum.. selamat pagi... wahh pepagi da update blog. semangat ke ?? atau boring? hehehe... masa ni jamal dok tido lagi. 

nyenyaknya...
jamal ni kul 8 nanti baru dia bangun.. tak pon 8 lebih.. pastu baru kitorang siap-siap nak pergi breakfast..

bukak sliding door terus nampak laut... 
da nak masuk 4 hari da aku kat sini.. kulit pon da semakin kelabu warnanya.. haha.. balik KL nanti wajib scrub ni.. cewah.. macam la aku putih macam snow white... muahaha.. 

seronok berehat kat sini.. tapi otak asik teringatkan rumah.. huhu..

*pssstt... jap lagi nak pergi rumah kakak ipar nak buat blueberry cheese tart.. tapi tak tahu la kot kot dia da buat dulu.. melepas la aku nak belajar resepinya.. huhu..




Tuesday, June 12, 2012

berada di Avillion, Port Dickson

assalamualaikum.. lama nya aku tak update blog ni kan. memang bz betul la... last week ada dekat lumut, pas tu balik KL, entertain family yang datang kerumah aku... and now aku berada di Avillion Admiral Cove, Port Dickson. bukan bercuti yer.. sebab kalau bercuti, hubby perlu ada bersama.. tapi aku jadi pengasuh kepada si jamal tu la.. termasuk bonda aku sekali.. hehehe.. kebetulan mama jamal atau kakak aku tu ade kerja kat sini, dia angkut sekali la kitorang ni.. niat dihati nak bawa mak kitorang berjalan sekali..

bonda dilobi hotel
hotel  ni betul-betul menghadap ke laut. bilik kitorang ni pon, bukak-bukak je langsir kat sliding door ni trus nampak laut... kitorang sampai kat sini pagi ahad hari tu... hari ni kiranya da masuk hari ketiga.. encik abe tinggal sengsorang kat umah.. huhuhu.. sedih pulok.. tapi cik abe memahami.. thnx darling.. 

dok sini takde wat ape sangat..makan.. tido... makan tido..hahaha.. banyak kali dok berulang alik kat rumah kakak ipar aku la. 

permandangan dpn bilik

kat tepi kolam ni.. byk kapal layar landing

hoho.. katil ni tempat rehat dekat lobi
gambo tak berapa cun sebab guna camera handphone.. cable camera ketinggalan kat rumah.. *menanges... best ambil gambar kat sini...tunggu balik nanti baru nak upload gambar yang lebih clear ;)

owh kulit ku sudah merah-merah nak gelap.. haha..


Monday, June 4, 2012

Kenduri kenduriii... bukan kendurr..

assalamualaikum...

woahh.. cuti-cuti sekolah ni bukan main banyak lagi jemputan kenduri khawin kan.. aku dapat satu jemputan jer.. haha... dan secara tak dirancang aku dapat gak menghadirkan diri diatas jemputan tu.. 

balik manjung hari sabtu lepas, adalah dengan tidak dirancang. jalan raya dekat highway telah mengalami kesesakan lalu lintas paras hampir kritikal...pehh macam wartawan tak aku kasi laporan? 

macam balik raya jer hari tu. tak sangka lak jalan jem teruk macam tu. nasib baik kakak aku yg drive... dan nasib baik jugak kete auto... kalau tak.. mau nya tercabut kaki.. hehehe *tipooo tipoo..

jom layan gambo..

kalau bab bergaya.. bg kat dorang..

ini lah KAMI.. baru sebahagian jer ni.. 

tak sah kalau takde gambo JAMAL

UDIN nak pose utk ayah kat lubnan

tak sah jugak kalo kembo ni tak bergambo bersama...

orang kuat.. tahniah kak enah.. kerna susah payah merealisasikan majlis.. mesti arwah alang tenang disana..

nasi kenduri ngan air ben 10.. shedapp

pengantin... ni je gambo yg aku sempat ambil.. tahniah abg ngah.. comei wife  awak yer.. hihi

aku tak tunggu majlis ni habis.. sebab kakak aku merangkap driver nak balik rehat kat rumah mak. sebab petang nanti kitorang nak balik KL pulak... 

masa balik petang tu meredah jem gak sebelum sampai jambatang Teluk Intan.... incik hubby asik men'sms' tanya bila nak sampai.. sabo ler daling... huhuhu...

akhirnya sampai juga jam 12 malam.. alhamdulillah... udah jamal nangis nak tido umah aku... hai jamal.. jamal.. teman la mama tu ... huhu.. 

buat korang yang balik kampung untuk pergi kenduri atau cuti-cuti malaysia, hati-hati la semasa memandu tu ek.. jangan follow kereta dekat-dekat sangat.. sebab kadang-kadang kita tak perasan pun kereta kat depan kita tu brek secara tiba-tiba

'biar lambat.. asal selamat'

Friday, June 1, 2012

Snow White and The Huntsman

semalam, balik dari keje.. hubby sibuk suh aku mandi dan bersiap-siap. aku tanya nak pergi mana? dia kata kalau nak ikut, siap jer... pftttt~ jawapan yang tak memberansangkan lansung. so, aku pon bersiap lambat-lambat la kan. buatnya aku beria je siap, tiba-tiba dia kata saja nak kena kan aku... menangeh mak! *sebab da selalu kena la ni... haha.. 

pas tu bila da siap-siap, maghrib pon da siap, hubby pon da siap, bole pulak kitorang melepak lagi depan tv layan seindah sakura. *hubby den layan gak citer ni... hahah .. tapi best gak cite tu...

eh semalam hujan.. so, kitorang kuar masa hujan da surut sket da.. pergi terjah wangsa walk .. tengok wayang kat sana..

wayang start jam 9.55pm .. dok barisan depan lak tu.. sakit tongkok
sejak kitorang kawin, ni la 1st time kitorang tengok wayang bersama. masa couple dulu banyak kali je pegi tengok wayang. da kawin, nak kene merengek-rengek dulu baaaaruuu la dapat pegi tengok. tu pon kalau mood dia baik.. huhu sadis.. mula-mula hubby nak pilih citer MIB 3, aku lak nak tengok snow white. last-last dia pilih cerita yang aku nak tengok.. hihi ni yang sayang lebey ni..*tiba-tiba kan.. padahal memang i syg dia terlebey sgt pon.. hikss... geds

tapi memang tak menyesal lah pilihan aku ni..citer snow white ni memang best... kalau jamal ade ni mesti dia kagum giler tengok skrin besar... hahaha *tiba-tiba aku teringat jamal masa tu


kiri the huntsman, tengah mak tiri snow white, kanan snow white
mula dari cerita ni da memang start bestnya. dia punya gambar, sound system, weeehuu semuanya best. jom tengok trailer jap


pengarah cerita ni adalah Rupert Sander.

pelakon utama

pelakon utamanya terdiri daripada Snow White (Kristen Steward) The Huntsman (Chris Hemsworth) Queen Ravenna (Charlize Theron)

Mirror, Mirror Of the Wall! Who's The Fairest of Them All? kalau tengok cerita snow white mesti ada skrip ni kan.. kali ni cermin dia canggih sket. siap terkuar org emas. hehe.. cerita snow white ni lebih kurang sama dengan yang asli punya. snow white dengan epal beracun, dwarf, prince, ibu tiri yang nak bunuh dia, cuma ada banyak jugak kelainan dalam cerita versi 2012 ni. snow white yang agak mempunyai darah kepahlawanan, mak tiri atau permaisuri yang cantik dan ingin kekalkan kuasa dengan kecantikkan dia. dan cuba teka...siapa yang mencium snow white masa dia koma akibat makan epal beracun? bukan putera.... tapi.. hehehe saspen... 

dalam cerita ni, snow white dapat melarikan diri setelah permaisuri atau ibu tiri dia nak tangkap dia untuk ambil jantung snow white tu bagi mengekalkan kekuasaan dan kecantikkan permaisuri tu. fuh.. kejam gak ni nak ambil jantung. snow white dapat lari masuk ke rimba kegelapan. dalam rimba atau hutan tu sumanya memang gelap. kuasa sihir permaisuri tak berfungsi kat dalam hutan tu, so, dia upah seorang huntsman yang pakar masuk ke dalam hutan yang penuh mistik tu untuk cari snow white. huntsman tu pulak duda.. dan dia diberikan ganjaran dengan menghidupkan kembali isteri dia oleh permaisuri yang banyak kuasa sihir tu. bila huntsman tu dapat jumpa snow white dalam hutan tu, dari situ la bermulanya pengembaraan snow white dengan huntsman. beb.. mana la bole orang yang dah mati dihidupkan semula. so, sebab tu la huntsman tu tanak serahkan snow white kepada permaisuri..

dwarf? a'ah dorang jumpa dwarf... dwarf ni la yang banyak bangkitkan unsur komedi dalam cerita ni.. tapi, dalam cerita ni ada sorang dwarf yang mati... huhuh memang berlainan dari cerita yang asal.tapi yang bestnya bila dwarf ni bawak snow white dengan huntsman masuk kedunia pari-pari... weeee... cantik sangat tempat tu.. da la aku duduk seat depan, mendongak bila menengoknya.. macam aku masuk dalam tu skali.. hahaha

snow white da pensan mkn epal beracun

ni salah satu babak snow white dekat tempat pari-pari

huntsman dengan dwarf

bila snow white da 'mati' dan dihidupkan kembali dengan satu kucupan dari... ehem ehem... snow white jadi ketua kepada rakyat jelata yang ingin menentang permaisuri. permaisuri mati ditangan snow white sendiri... 

endingnya , snow white diangkat menjadi permaisuri kepada kerajaannya sendiri iaitu kerajaan bapanya dahulu. persoalannya sekarang, snow white benar-benar cintakan william iaitu sabahatnya sedari kecil atau pun huntsman ? keh keh keh... korang tengok la nanti ek.... 

selamat menonton!!

*fuh.. panjang lak entry aku kali ni.. ya ampunnn..