Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Follow Me ;)

Showing posts with label snow white and the huntsman. Show all posts
Showing posts with label snow white and the huntsman. Show all posts

Friday, June 1, 2012

Snow White and The Huntsman

semalam, balik dari keje.. hubby sibuk suh aku mandi dan bersiap-siap. aku tanya nak pergi mana? dia kata kalau nak ikut, siap jer... pftttt~ jawapan yang tak memberansangkan lansung. so, aku pon bersiap lambat-lambat la kan. buatnya aku beria je siap, tiba-tiba dia kata saja nak kena kan aku... menangeh mak! *sebab da selalu kena la ni... haha.. 

pas tu bila da siap-siap, maghrib pon da siap, hubby pon da siap, bole pulak kitorang melepak lagi depan tv layan seindah sakura. *hubby den layan gak citer ni... hahah .. tapi best gak cite tu...

eh semalam hujan.. so, kitorang kuar masa hujan da surut sket da.. pergi terjah wangsa walk .. tengok wayang kat sana..

wayang start jam 9.55pm .. dok barisan depan lak tu.. sakit tongkok
sejak kitorang kawin, ni la 1st time kitorang tengok wayang bersama. masa couple dulu banyak kali je pegi tengok wayang. da kawin, nak kene merengek-rengek dulu baaaaruuu la dapat pegi tengok. tu pon kalau mood dia baik.. huhu sadis.. mula-mula hubby nak pilih citer MIB 3, aku lak nak tengok snow white. last-last dia pilih cerita yang aku nak tengok.. hihi ni yang sayang lebey ni..*tiba-tiba kan.. padahal memang i syg dia terlebey sgt pon.. hikss... geds

tapi memang tak menyesal lah pilihan aku ni..citer snow white ni memang best... kalau jamal ade ni mesti dia kagum giler tengok skrin besar... hahaha *tiba-tiba aku teringat jamal masa tu


kiri the huntsman, tengah mak tiri snow white, kanan snow white
mula dari cerita ni da memang start bestnya. dia punya gambar, sound system, weeehuu semuanya best. jom tengok trailer jap


pengarah cerita ni adalah Rupert Sander.

pelakon utama

pelakon utamanya terdiri daripada Snow White (Kristen Steward) The Huntsman (Chris Hemsworth) Queen Ravenna (Charlize Theron)

Mirror, Mirror Of the Wall! Who's The Fairest of Them All? kalau tengok cerita snow white mesti ada skrip ni kan.. kali ni cermin dia canggih sket. siap terkuar org emas. hehe.. cerita snow white ni lebih kurang sama dengan yang asli punya. snow white dengan epal beracun, dwarf, prince, ibu tiri yang nak bunuh dia, cuma ada banyak jugak kelainan dalam cerita versi 2012 ni. snow white yang agak mempunyai darah kepahlawanan, mak tiri atau permaisuri yang cantik dan ingin kekalkan kuasa dengan kecantikkan dia. dan cuba teka...siapa yang mencium snow white masa dia koma akibat makan epal beracun? bukan putera.... tapi.. hehehe saspen... 

dalam cerita ni, snow white dapat melarikan diri setelah permaisuri atau ibu tiri dia nak tangkap dia untuk ambil jantung snow white tu bagi mengekalkan kekuasaan dan kecantikkan permaisuri tu. fuh.. kejam gak ni nak ambil jantung. snow white dapat lari masuk ke rimba kegelapan. dalam rimba atau hutan tu sumanya memang gelap. kuasa sihir permaisuri tak berfungsi kat dalam hutan tu, so, dia upah seorang huntsman yang pakar masuk ke dalam hutan yang penuh mistik tu untuk cari snow white. huntsman tu pulak duda.. dan dia diberikan ganjaran dengan menghidupkan kembali isteri dia oleh permaisuri yang banyak kuasa sihir tu. bila huntsman tu dapat jumpa snow white dalam hutan tu, dari situ la bermulanya pengembaraan snow white dengan huntsman. beb.. mana la bole orang yang dah mati dihidupkan semula. so, sebab tu la huntsman tu tanak serahkan snow white kepada permaisuri..

dwarf? a'ah dorang jumpa dwarf... dwarf ni la yang banyak bangkitkan unsur komedi dalam cerita ni.. tapi, dalam cerita ni ada sorang dwarf yang mati... huhuh memang berlainan dari cerita yang asal.tapi yang bestnya bila dwarf ni bawak snow white dengan huntsman masuk kedunia pari-pari... weeee... cantik sangat tempat tu.. da la aku duduk seat depan, mendongak bila menengoknya.. macam aku masuk dalam tu skali.. hahaha

snow white da pensan mkn epal beracun

ni salah satu babak snow white dekat tempat pari-pari

huntsman dengan dwarf

bila snow white da 'mati' dan dihidupkan kembali dengan satu kucupan dari... ehem ehem... snow white jadi ketua kepada rakyat jelata yang ingin menentang permaisuri. permaisuri mati ditangan snow white sendiri... 

endingnya , snow white diangkat menjadi permaisuri kepada kerajaannya sendiri iaitu kerajaan bapanya dahulu. persoalannya sekarang, snow white benar-benar cintakan william iaitu sabahatnya sedari kecil atau pun huntsman ? keh keh keh... korang tengok la nanti ek.... 

selamat menonton!!

*fuh.. panjang lak entry aku kali ni.. ya ampunnn..