Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Follow Me ;)

Monday, September 8, 2008

Tanam Pokok Bunga

mcm nak tgelak pon ade ni. aku tanam pokok bunga?? hahaha.. sabtu yang lepas, aku ckp ngan mak nak tukarkan pokok bunga yg ade lam teko kat ngan ikan guppy tu. mak cakap, tukar la. nak tanam pokok ape?? aku ckp nak tangan pokok bunga kembang pagi. bunga ni mcm bunga ros bentuk dia. tapi kecit je. banyak kaler. santik-santik sangat kalau dia kembang. then aku buang pokok yang ade lam teko tu, cuci-cuci sket, masukkan tanah mengikut sukatan dari arahan mak aku. hehehehehe.. then..

taraaaaa..



da siap aku tanam pokok ni. aku patah-patahkan pokok ni kat lam pasu-pasu mak je. senang je tanamnya. then...

tataraaaaaa...



kat sini la aku letak teko tersebut. harap-harap idup la ko ek pokok bunga. tepi teko tu la contoh bunga yg aku tanam tu. aku petik kat pasu mak gak. hahaha.. nnt pas seminggu lebey, kita tengok perkembangan pokok ni ek. idup ke tak?? hahaha..

Taman Bonda

kat sini aku nak masukkan gambar-gambar taman mini mak aku. manyak woo pokok-pokok bunga yang ditanam. skang lak musim bebunga orkid-orkid mak tu. santik n sejuk je mata yang memandang. cewah. mak aku penggemar orkid, aku lak penggemar beli bunga mawar atau ros. tp yg jaganya mak aku. hihihihi.. manyak mati da.. adeii.. so, mari kita lihat gambar-gambar yang sempat aku snap ek ;) enjoy...



taman ni.. mak punye.. (tuka skrip dari eklan petronas.. hehehe) wuu ganas woo mak lipat lengan baju.. time ni mak malu-malu nak amik gambo. mcm nak tgelak pon ade mak tu. coz aku paksa dia posing. hahaha ampun mak..





simple rite? kecik je taman ni.. dalam pasu bunga putih besar tu.. menetapnya guppy yang telah dibeli hari tu. da beranak pinak dah guppy-guppy dalam pasu ni. manyak giler anak-anak die..



rumput n batu-batu ni kak yati aku yang belikan untuk mak. dia gak yg tolong susunkan.. nnt dia nak tambah lagi sampai penuh anjung kat depan tu.. ahaks.. i likee..

nak tengok bunga-bunga orkid mak yg baru berbunga?.. readyy...









harap maap. model berkenaan enggan disiarkan wajahnya. takot diserbu peminat. sekian.
ha.. ni la orkid-orkid mak yang sedang berbunga. ade lagi baru berputik. dah mcm nursery lak ek. hari tu lak mase kak yati aku ade, ktorang bertiga bergerombolan pegi menjengah nursery yang terpilih. maka terjadilah insiden membeli orkid lagik! hua hua.. tengok-tengok..



ni mak beli. tapi aku pilih. ngeeee~





dua-dua orkid ni kak yati aku yang beli. tapi.. aku jugak yang pilih. hahaha..

fuh.. tu la antara flora yang ade kat umah aku. mak aku ni rajin tanam pokok. kalau kawan-kawan die dtg lepak kat umah tu, ade je pokok yang mak aku bagi. heheh.. tapi di samping flora-flora yang ade kat umah aku ni, (umah mak daa..) ade sekor fauna ni begitu setia duduk kat taman mak aku ni. apekah fauna tersebut?? sila scroll down pleasee............



hehehe.. ni lah dia.. seekor sesumpah. yang begitu gagah untuk menyumpahkan diri beliau sendiri menjadi batu. sekian..

t-shirt kenangan..

hoh? mcm nak jual tshirt la plak ek. hehehe.. tade.. ari tu aku mengemas almari baju aku. da penuh da almari baju aku. mcm nak roboh pon ade di sebabkan baju-baju aku yang da penuh. hahaha.. so aku pilih-pilih la baju mane yang aku rasa da tanak pakai.. nnt akan aku rizab kan kepada anak-anak sedara aku. badan dorang pon beso aku je. hehehehe.. dorang tu pantang aku bagi baju yg aku tak leh pakai.. terima aje. huhuhu.. dalam dok mengemas baju-baju aku tu, aku terjumpa tshirt lusuh yang da agak lame la aku tak pakai. tgk dlu tshirt tu..





see?? comel tak kata-kata kat tshirt ni? hehehe.. ekceli, tshirt ni adalah pemberian ex-bf aku masa dahulu kala... hahaha.. time tu beliau ikut parents dia g London. so, tshirt ni la dia belikan utk aku. so nice. masa aku tgk tshirt ni terkenang la plak semasa dulu.. cewah.. kalau bf den baco ni.. ekau raso dio jeles tak??? miehehehe.. (kau tetap dihati ku wahai jeng..) tapi tshirt ni kisah lame.. tade jodoh kami bedua. beliau pon da kawin.. hahaha padan muka aku. so aku simpan je la tshirt ni.
tapi.. nak dijadikan cerita..... satu insiden telah berlaku. dalam seminggu or few days dari aku belek-belek tshirt ni, aku dapat perkabaran berita yang btol-btol mengejutkan urat sarap dan usus besar serta usus kecik den. seorang teman aku mensms kan aku berita kematian pemberi tshirt ni :( terkejut gila aku dapat sms tu. macam tak caya pon ade. aku tanye kat member-member skolah yang lain. sebenarnya arwah kawan sekelas aku masa kat smsm. kawan aku yang agak rapat ngan beliau mengesahkan pemergian dia....... innalillah .. semoga roh arwah dicucuri rahmat.. pemergian arwah pada 27 ogos 2008 betul-betul membuatkan aku terkejut. Allah lebih menyayangi beliau.. semoga keluarga arwah sabar dan redha dengan pemergian dia..

dari insiden ni aku mula berfikir tentang ajal yang datang tanpa mengira masa,usia, dan segalanya. huhuhu.. takot gak ni. amal ibadat tak banyak lagi. Ya Allah.. panjangkan lah umurku untuk mentaatimu dan rasulmu... Ya Rabb....

Salam Ramadhan Al-Mubarak

assalamualaikum sume.. aku mintak maap bebanyak coz da lame tak menulis kat blog aku ni(erk...leh tulis ke??)
ekceli aku sehat walafiat .. insyaAllah.. cuma masa tak mengizinkan aku nak bermanja-manja ngan blog aku ni. eee skemanya ayat. miahaahahaktui! mmg aku tade mase. tatau la mane datangnya kebizian aku tu. lagi satu.. tade idea nak menulis pon ade. dok banyak pk kan hal yang lain. huhuhu..
so lupakanla pasal tu suma ek. yang penting, aku da kembali! yeeeha..
1st skali aku nak mengucapkan beribu-ribu lemon keatas blogger-blogger yg sudi menapakkan ucapan-ucapan dan mata dorang kat blog aku ni. terharu jugak aku. coz ade gak yang sudi menjengguk blog aku ni ek. ahaks. lagi satu aku saje je nak letak entry award tu lame-lame sket. bangga la konon. muahahaha.. nak tgk kak tipah sudi tak amik award yg aku kasi tu.. hihihi (lupe kot?)
then aku harap tak terlewat lagik untuk aku mengucapkan salam ramadhan kepada suma umat islam yang wajib untuk menunaikan ibadah ni. alhamdulillah.. aku tak tinggal lagik puasa. sume full. ahaks.
hari pertama puasa, aku teruja nak jenjalan kat bazar ramadhan. coz time ni barang sume fresh kan? tade la kuar yang basi-basi tu. kat tempat aku ni manyak tapak bazar ramadhan yang ada. ada kat sitiawan, manjung, belakang billion. area lumut sane aku tak tau la plak ade ke tak.. so hari pertama, aku ngan kak yati aku g terjah bazar ramadhan kat sitiawan dulu. coz kakak aku ada meniaga kat sane. yer la.. depan restoran die gak. manala tau dapat murtabak pree ke.. miahahaha



ni la suasana kat bazar ramadhan sitiawan. org2 yang berbaju kunen suma tu takde kene mengena ngan kehidupan aku pon. tuuu yang dok intai tu.. kak yati aku. seram lak tgk mata dia. nyebokkk je time aku nak amik gamba. hahaha..

waa.. mase ni manyak tul juadah yang ader



tinguk! ni baruuu seciput. baru satu kedai... santik tul kaler-kaler kuih ni kan.. hehehe.. aku tanak amik gambo makanan manyak-manyak. kang makhruh lak.. bley?? heheheh



ha.. ni la gerai kakak aku. yg tgh wat murtabak tu abg ipar aku. yg dok sengih tu plak anak akak aku. a.k.a anak buah aku la kan. ni name nye seksen murtabak. mari mari marii murtabakk murtabakk (ni la aku jerit dlu.. mase aku tlg kakak aku taun lepas... ahahaha..aku jerit lam ati je wei)



haa.. yg montel tu kakak aku..yg tangan kebelakang tu anak kakak aku gak. ble lak name die ngan name aku same. sebijik! nor hasni. duh~~ mcmana kakak aku leh lupe name adik die pon aku tak tak tawu.. eh masuk cite name lak ek?? hua hua... aa kat seksen ni namenya seksen lauk-pauk, mee goreng ke.. bla bla, nasi ayam, nasi tomato.. (kalau akak aku bace blog ni mesti die banggakan adik die tlg pomot..hahaha.. tade maknanya akak aku nak bace blog ni. bukak pc pon tatawu. wakakakak)

so kepada blogger-blogger yg duduk berdekatan kat area penempatan aku (wah!) sile la sudi untuk menjenggah, menghirup bau dan membeli di kedai kakak saye yer.. hehehe.. saje nak pomote secara sukarela.. aku kan adik yang baik... ahahaha..

salam ramadhan skali lagi utk sumer.. banyak lagi entry yg aku nak masukkan ni. tungguuuu..