Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers

Follow Me ;)

Tuesday, June 9, 2009

Utusan Semalam

Latihan tentera Malaysia-Brunei

MIRI 7 Jun - Tentera Darat Diraja Malaysia (TDM) dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) hari ini memulakan latihan bersama "Eksesais MalBru Setia Siri 9/2009", yang dikatakan antara latihan tentera terbesar dijalankan oleh kedua-dua negara.

Timbalan Pemerintah TDM, Leftenan Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd Zain berkata lebih 1,000 anggota tentera terdiri daripada 60 pegawai dan 820 anggota daripada Rejimen ke-20 Askar Melayu Diraja Malaysia berpangkalan di sini dan tujuh pegawai serta 127 anggota Batalion Ketiga ABDB terlibat dalam latihan selama dua minggu itu.

Bercakap kepada pemberita di sini, beliau berkata latihan bersama dwitahunan yang bermula sejak 1991 itu adalah sebahagian daripada kerjasama ketenteraan antara kedua-dua negara dan meliputi kawasan latihan antara bahagian Miri dan Bintulu.

Katanya latihan berkenaan akan berakhir di Taman Negara Similajau di Bintulu pada 15 Jun ini - BERNAMA

- Petikan dari Akhbar Utusan Malaysia



ni la kejenya si abe pegi miri. aku da baca paper smalam baru la aku tau. kalau tak, dia dok bagitau yang die ade eksesais jer. ketuk kang!!!!
ye la.. dia takmo cite sebab tanak nanti aku banyak tanya kot? kalo aku da start bertanya.. sure die malas nak layan. hahaha.. abeh tuuu kang aku tak tanye.. sesat jalan plak kan?? da sesat.. bawak ajaran sesat lak. sape susah???? abe gak susah.. hahaha

bosan la weh takde gamba nak tempek kat blog ni.

padahal manyak gamba lam kamera akak aku. weekend lepas aku pegi taiping. menginap kat kem RAD 22 taiping. coz malam tu ade bbq. makan je kejenya.... pagi ahad lak g zoo taiping. best wei.. rase macam kekanak ribena je bila aku ngan dua org akak aku jenjalan lam zoo tu. gelak-gelak bila tengok nama binatang yang pelik-pelik. contohnya.... BABI BODOH. wakakakakaka.. nanti kalau akak aku da balik kl, aku mintak gambo kat die.. tunggu je la..

to abe.. eksesais tu eksesais jugak.. ayg kat sini jgn lupe lak yer.. ngeh ngeh ngeh..

No comments: