Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Follow Me ;)

Thursday, August 7, 2008

Check up

hari ni aku nak g Klinik Yasmin dkt ngan opis aku ni wat medical check up. Doakan semoga aku sihat sentiasa ya kengkawan.. really appreciate it.

Aku yang lemah tanpamu……..



masih jauhkan lagi perjalanan hidupku?.....

Sindarela [last episod]



Drama bersiri sindarela kat tv3 baru je katam minggu lepas (baru nak cite pasal ni ke?) ekceli aku tak brapa suka ngan ending drama tu. Bukannya ape… aku ingatkan si zoela akan selamat diijab kabulkan bersama tengku haidar. Tapi.. hampeh. Ngan husin mentibang pun tak. Ngan haidar pun tak. Tapi aku suke babak yang zoela berterus-terang dengan husin mentibang. Husin ni pemalu ke penakut ke pengecut ke aku tak tau la. Tapi aku sependapat dengan zoela. Husin belum cukup kelelakian dia untuk menjadi prince charmed princess zoela. Kalau aku… pun aku tak suke kat husin. Yer la.. dah suka kat seseorang wat pe nak pendam-pendam? Just straight to the point. Perempuan skang ni boleh dikatakan suka lelaki yang suka berterus-terang (macam aku la) kalau dah suka.. tapi tak luahkan isi hati tu, sape nak tau kan? Kalau nak berkias-kias baik g idup kat zaman hang tuah atau zaman cite p ramlee yang dangang pak malau dagang berlipat tu.
Bila dah terdesak, dah nampak pesaing terhebat kat depan dia baru nak kelam kabut nak berterus-terang. Ape? Ko ingat ko dah sakitkan ati seorang pempuan tu dengan membuatkan dia tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya mengharapkan jawapan yang pasti, pompan tu bole duduk terconggok je tunggu ko kat simpang ek? Come on la.. lain kali gentle sket. Be honest. (aku tujukan kata-kata ni kat husin mentibang la wei.. tp kalau ada yang terasa tu, paham-paham je la ek.. hik hik hik) kalau suka katakan suka. Kalau tak suka, straight to the point katakan yang ko tak sukakan dia. Kan senang? Takde la hati sesiapa yang terluka teruk sangat. Kalau skang zaman nujum pak belalang, senang la. Hantar je belalang dok kat tepi ko. Ha nnt senang belalang tu nak dapat jawapan then bagitau kat awek tu. Huhuhu.. emosional ke aku ni?
Aku bukan emosional. Cuma luahkan mengikut pengalaman orang-orang yang berada disekeliling aku dan pengalaman aku sendiri (bukan orang-orang kat bendang tu yer). Errr.. bebalik pada cita sinderela tu tadi. Bak kata bait-bait ayat yang aku sempat tangkap kat last cita tu… cinta pertama tak semestinya akan bersatu. Yes btol tu. Dan tak semestinya kita akan bersama dengan orang yang kita bercinta bagai nak rak. Aku ni bukannya terror sangat pasal bab-bab cintan cintun ni. Kadang-kadang ade gak lelaki yang tak paham aku. Yer la antara kawan lelaki (not special k) yang aku penah kenal, dia tak dapat terima perangai aku yang hu ha! Hahaha… kome tau ke perangai hu ha tu camne? Bukan la seorang gadis yang liar. Tapi seorang gadis yang mempunyai otak yang gila-gila yang kadang-kadang serius dan kadang-kadang leh jadi kanak-kanak riang. Kadang-kadang aku wat joke dia ingat aku serius. Dan kadang-kadang sebaliknya plak. Aku lak jadi kompius ngan dia. Ohhh tidak.. aku tak bole get long ngan guy yg macam tu. Pada aku kita harus bijak memainkan peranan kita mengikut masa yang sesuai.
Lebih kuang macam watak zoela tu la.. but no pengkid okey! Errr.. rambut pindik mcm zoela tu comel kan? Aku penah berambut begitu suatu ketika dahulu.. huahuahua..
So dari drama sinderela tu, tak semestinya princess akan bertemu prince untuk membina mahligai bahagia.. wahhh.. bila laaa prince aku nak kasi kasut kaca ni.. wakakakaka..

Tuesday, August 5, 2008

adikku.... dan kambennya...

hahahahaha.. lum taip lagi cite ni aku da gelak. adik? aku manada adik la.. cuma ada seorang insan yg dah lame aku kenal. aku anggap dia sebagai adik aku. berasal dari sabah, berumur ... ntah aku lupe da bape umo die ni. hahaha.. bernama anizan. aku panggil dia anie je. perkenalan kami bermula dalam alam cyber ni la. lame dahh.. dekat 3 taun dah rasanya. ke.. lebih?? hehehe.. tapi.. aku tak pernah bersua ngan dia ni. nape? lum sampai masanya lagi kot. wahh mcm org bercinta lak. yaaaaiiiiiii!! oi dia pompan la woi. ktorang ni boleh dikatakan sekepala la.
skang ni aku nak cerita kan serba sedikit tentang beliau. aku nak cite pasal dia sbb aku dah takde idea nak wat entry ape ni.. wakakakakakak.. tade lahh.. sbb aku nak bercerita pasal dia lahh!! aku teringin gak nak terbang ke sabah tempat minah ni. teringin nak kenal ngan famili dia. yer ar.. rasa mcm satu famili lak kan. walopon aku salu borak ngan die je.. ehh.. ngan c apek pon penah gak. (apek tu adik dia) hahaha..

kat sini aku nak masukkan gambar-gambar yang penah dia bagi kat aku. jaga ko anieee!! hahahah..

sebab ape tajuk adikku dan kambennya??? hahaha.. sebab kat kampung dia.. dikota belud, beliau adalah seorang penternak kamben yang berjaya. wakakakakaka. kamben kesayangan beliau bernama si belang. tp belang da arwah dah.. huhuh cian die.



ni ar gambo c belang. pandai btoi kamben ni tgk kamera ek? hahaha.. tp da mati.. huhu sob~ sob~

tapi!!! selepas pemergian c belang, anie tak berputus asa lagi untuk menternak kamben. wakakakaka muncul plak adik kepada belang ni. haku tak tau lak ape nama dia. hahah



ni ar adek kepada belang. eh same la muka dorang. kaler je lain. (mmg la kamben muke dorang same mangkok!) hahaha

mcmana la suasana umah dia kat kota belud ek? haaa.. untuk tak menghampakan harapan korang, aku masukkan plak gambo umah die kat KB tu. hihihi



nampak tradisional je umah die kan.. eh umah mak die.. (anie yg kate) hahaha.. anie kate depan umah dia ade swimming pool. begitu teruja skali aku mendengarnya.



ini la swimming pool tersebut. air kaler coklet. best ni kalau mandi. sure blonde je rambut. hahaha.. ha tinguk! kamben tetap enterprem.

tu kampung dia kat kota belud. tapi ada lagi satu tempat tinggal dia. kat kudat. kat kudat tu adalah tempat anie melepakkan diri sampai tak sedo diri mcm aku kat cc beliau.



ha sini la tempat ayang menetap. hahahaha.. manja tau nama tempat ni. ayang gitu~~
da lame da minah ni ajak g umah die. cuma aku je tak sampai-sampai. yer la.. die ajak guna air liur je. kalau ajak skali ngan tiket ngan duit belanja suma sure lame dah aku sampai kan? kalau da sampai sabah tu, teringin gak aku nak daki gunung kinabalu. wahhh tinggi tul hajat. tapi mmg aku nak daki gunung tu kalau boleh la.. kalau ade jodoh aku ngan gunung tu.. ahaks. so sapekah anie? dia adik angkat aku secara tak rasmi la. hehehe.. ramai lagi kawan cyber aku yang berasal dari sabah. antaranya alice, mor.. err.. leman nak masuk skali ke ek?? hahaha..



ni la anie.. bersama anak buah dia c fatin. hahaha.. xcusive woo gambar ni.. hahahaha.. wuuu sempat gak ko beli kete baru ek anie.. nnt jgn lume (lupe daa..mcm sengau lak lume) jemput akak kat airport ngan kete ni tau! wakakakkkaka
so adikku.. semoga persahabatan kita kekal selama-lamanya.. wei kalau anie g mane-mane ke.. jgn lupe akak haaa.. caaaayang dieee.. cewahh.. hahahaha



anie...

From Bangkok WIth Love

uih..nasib tak bersawang blog aku ni.. hehe. sori la.. da lame tak masukkan blog. bz sket.(alasan yang paling glemer)
Macam gempak je tajuk entry ni kan? Hek hek hek… ekceli (actually) entry ni bukan menceritakan tentang pengembaraan aku ke Bangkok pon. Takde kene mengena ngan travel aku. Hee hee..
Camni citernya.. akak aku baru balik dari wat lawatan kat Bangkok. Ape keje die? Tayah la aku citer. Huhuhu.. keje dia adalah mengawal keselamatan Negara. Wah~ hebatnye spekulasi.
So akak aku ni bila dah pegi ke Negara orang, mmg takan lupe kat adik bradik ksayangan dia. Especially aku.wahahaha.. giler pasan dah.
So ari isnin yang lepas setelah seminggu kot dia balik dari Bangkok, akak aku ade lak lawatan kat Lumut Naval Base. Dekat ngan tempat aku la tu.
Alkesah.. beliau telah pun memberi arahan kepada aku (memang keje die pon bab mengarah2 ni) untuk bawak mummy aku pegi ke Naval Base Lumut untuk berjumpe dengan beliau kat saner. Ade barang yang die nak kasi. Sambil-sambil tu die nak kenalkan kengkawan dia dari Negara luar kat mak aku. (kunun-kununnya la.. coz ni planning dia) then aku pon da dapat permisi dari bos aku untuk menskip kan diri diwaktu petang…
Kul 12pm aku telah memblahkan diri pegi ke pejabat pos dulu. Masuk-masuk je amik nombor. Nombor yang aku dapa 2044. bace betul-betul ye tuan-tuan dan puan-puan. Nombor yang sedang ade kat kaunter adelah 2002. kira betul-betul ye tuan-tuan dan puan-puan. Maknanya????? Aku kene tunggu berjam lagik laa… huaaaa… tak dapat lagi aku berurusan kat pejabat pos tu. Semenjak pejabat pos seri manjung ni ade aircond dan menggunakan sistem amik nombor, makin laaa ramai orang yang berurusan kat situ. Dulu takde pon cam ni. Huhuh takpe… tu namanya zaman da berubah.. (eklan berita harian)
Aku hanya berjaya mensuamkan kerusi kat pejabat pos itu sahaja. Kenapa? Sebab aku blah. Maleh aku tunggu. Da janji ngan akak aku kul 1pm nak gerak dari umah. Ni kl 12.30pm pon tak masuk nombo 2010 lagik. Mmg tak leh jadik. So aku pun balik umah nak amik mummy aku. Mummy aku da siap-siap dah. Semangat tu nak jumpe anak dia. Sape tak sayang anak oiiiii… (ingat sayang bini je leh ckp camtu??) hehehhe
So ktorang pon bergerak dari umah dalam kul 1pm seperti yang dijanjikan. Tu pun akak aku asik call je tanye bile nak kuar. Huhu.. lepas aku melepasi gate harimau berantai tu.. (ekceli aku lupe harimau ape name gate tu.. hentam je la.. hahaha) aku pon memandu pegi kearah wisma samudera. Atau lebih dikenali sebagai Mess (tempat pegawai-pegawai tentera melepakkan diri) seingat aku.. tah taun bile aku menjejakkan kaki aku kat situ. Lupe dah. Lame jugak la.. coz dulu akak aku bertugas kat HAT Lumut tu. Salu gak ikut dia g function. Hubby dia? Hubby dia ade kat taiping. Baru naik pangkat jadi C.O kat kem tepeng tu. Ape itu C.O?? Commander Officer kot. Err.. ntah! Hehehhe..
Then bila aku sampai je kat parking mess yang atas bukit tu, aku nampak dah akak aku lambai-lambaikan tangan beliau kat pintu masuk mess. Yang mummy aku tak nampak lagi. Mane nak nampaknya…. Akak aku pakai baju celoreng. Udah seghope dengan pokok yg ade kat situ dah. Hahaha.. then akak aku pon berlari-lari anak datang dekat kete aku. Zupp trus dia suh ktorang masuk kete balik. Ape ke hei nya yong??? Haha.. akak aku ckp.. “tak leh nak dok lam mess la mak. Ramai pegawai lam tu. Panglima suma ade. Siap karoke lak dorang. Nanti segan lak.” Lebih kurang gitu ler. Then dia ckp barang yang dia nak serahkan pada ktorang tu ade lam bas yang die naik. Tapi bas tsebut telah menghilangkan diri beliau dalam sekelip mata. Terror sungguh bas itu. Hahaha.. dia call orang-orang yang boleh dipercayai untuk mengesan dimanakah lokasi bas tersebut. Then pemberi maklumat tersebut memberitahu tunggu dekat KD Pelandok. Tempat stimulator? (macam salah je aku ni) Eh tah ape aku da lupe. Then aku pon bawak la g situ. Ingat nak masuk lam KD Pelandok. Tapi akak aku cakap jangan masuk la.. segan. Eii aper da.. name je askar.. Opss…. Hehe.. so aku pon memparkirkan kereta kat depan stadium. Selanjutnya informer akak aku ckp bas ade kat FOC (Markas Armada) huakkk.. akak tanye aku bole masuk situ ke?? Mmg la bole tp kene tinggal pas la.. bla bla bla.. ikut procedure dorang la. Pas tu bas pegi kat kapal la.. eii macam-macam. Err… name pon lawatan kan???? Haper la aku ni. Aku nengok minyak kete aku da nak merah. Lupe lak nak isi sblm tu. Last-last akak lanjer aku isi minyak.. heheh toceh-toceh. Then pusing lagi la Pangkalan TLDM tu…. Akhirnya.. ktorang bjumpa dengan bas kat tempat yang asal tadi jugek. Kat Wisma Samudera. Uhuhu.. sabo je ler. Akak aku kepanasan. Mane taknye baju tu dah la tebal. Bila bas da sampai, akak aku amik barang-barang yang die nak kasi. Walahhhhh~ manyak lak tu. Sampai 3 beg. (beg pakaian tauu.. bukan beg pastik) uhuhu.. satu beg tu dari akak aku sorang lagi yg dok sunway. Kirim skali la tu. Dua beg lagi dari akak aku yg tu la. Tak lame pon bermesra-mesra ngan dia. Sejam je. Ye la.. coz dia ade agenda lain. Ekceli mase tu pon dia tgh bertugas. So curi-curi la masa dia sket nak jumpe. (macam tak penah jumpe setaun…………..huhuh) so niat die nak memperkenalkan kawan-kawan seangkatan dari luar Negara kat mummy tak kesampaian.. takpe la.. tunggu la die grad nnt. (akak aku tgh study kat UM skang ni.. huhu)

ni la antara barang-barang or adiah yang akak aku bagi kat aku. sooo niceee~ ahaks



hoh.. manyak tak? hehehe.. kasut ader.. tshirt ade.. aku suke sgt tshirt tu. size m tau! ingat klu sape-sape nak belikan kat aku, pilih je saiz m. gerenti muat. hahah.. yang biru tu la kipas versi topi. cumil jek



taraaaa... da jadi topi. hehehe.. santik takk??



ni pon dia selitkan skali.. haha.. gambar akak aku ngan hubby dia. ahaks.. somelnyaa..

Bila barang suma dah selamat diagihkan, seronok sangat. Cayangggg kat akak aku. Untuk mummy dia belikan kasut ngan handbag. Untuk aku dia bagi kasut, baju, tshirt ngan topi vs kipas. Comei jek. Yang beg dari akak aku kat sunway, dia bagi baju-baju n suar yang masih elok. Kira pakaian basahan la… mmg dah bese dah. Dari kecik lagi aku pakai baju akak-akak aku ni.. hahaha.. yang selebihnya, banyak barang makanan. Macam kudap-kudap ler. Aku appreciate sangat ngan pemberian akak-akak aku. Walau sekecil mana pun… suma aku simpan. Baru la terasa betapa bertuahnya jadi seorang adik.. heeee… walaupun slalu kene buli. (buli manja gitew) tapi. Aku tau dorang suma sayangkan aku.. sob~ sob~ terharu la pulek… hihihi.. biasa la tu kan. Adik-beradik mane leh berpisah. Gadoh ke, kene marah ke, tu biasa. Tanpa mummy ngan adik-beradik aku yang lain.. siapa lah aku…………………………………