Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Follow Me ;)

Tuesday, February 22, 2011

Mak

kat sini aku nak citekan pasal mak aku... 30 tahun aku duduk ngan mak.. tak pernah berpisah.. berpisah kejap-kejap tu ada la.. kalau pegi kl ke... pegi jb ke.. mana tempat aku g bercuti la.. dari aku bayi.. sampai da pegi sekolah rendah.. pegi sekolah menengah lak.. trus mula bekerja.. aku masih lagi menjadi teman mak.. walau aku mintak tempat keje lain.. aku dapat pon tapi tanpa persetujuan dari mak, aku tak pergi... aku ikut cakap mak...
so, aku kerja area sitiawan ngan manjung je la.. sitiawan kejap.. kat asas citra sdn bhd kompeni pembinaan. pastu tukar g lumut, kerja ngan sierra energy sdn bhd kompeni pembekal alatganti peralatan kapal tldm lumut. tempat keje yang paling lama aku bekerja. dalam tempoh bekerja aku jaga mak. mak pon jaga aku.. sama-sama kami menjaga atara satu sama lain.. arwah bapak dah meninggal semasa usia aku 15 tahun. rindu kat bapak sangat-sangat :(

sepanjang tinggal ngan mak, suma cakap mak aku ikut.. dari bab berkawan ngan lelaki, perempuan, suma aku cerita ngan mak. kalau mak tak suka, aku tak berkawan la ngan orang tu. pastu bila usia mak da meningkat, kesihatan mak pon da tak berapa nak elok. so, aku ulang alik bawak mak pegi hospital dengan harapan kesihatan mak akan bertambah baik. kat rumah tu apa-apa pun aku ngan mak. sampaikan kadang-kadang mak merasakan yang anak bongsu dia ni tak tua-tua.. umur tahap remaja je... hahaha.. *nasib baik bkan tahap kekanak ribena.. hehehe...

so bila umur da meningkat, kakak aku sorang pon da buat umah tepi umah mak.. time tu jodoh aku sampai... cantikkan peraturan Allah... sebab bila aku da mendirikan rumahtangga nanti, ada la kakak n anak-anak dia bole tengok-tengokkan mak... tiba hari kebesaran aku, mak macam tak bole terima yang aku da menjadi isteri orang. dah tiba masa aku berkhidmat untuk hubby aku pulak. sebab hubby aku keje kat sarawak. masa kenduri kat kelantan, aku ngan hubby pegi awal. masa tu mak lagi macam tak tentu arah. hari-hari menangis... sayu hati aku.... bila hubby da balik sarawak, aku tak ikut... so, dekat 2 bulan aku duduk lagi ngan mak. masa tu mak ok je... tak nangis-nangis lagi da... macam-macam aku pesan kat mak. sebab nanti hubby akan datang amik aku balik sarawak gak. aku pesan, ' mak jangan sedih-sedih, ada masa nanti adik balik jugak. lagi pun anak-anak mak ada dekat-dekat sini lagi.. dorang bole jaga mak.. mak jangan risau'... mak aku bila aku cakap, dia ok je..

tiba masa aku pegi sarawak, aku pegi kl dlu ngan hubby naik bas. masa tengok aku pegi pon mak nangis. sampai kl, kakak-kakak aku citer mak nangis lagi. aku tak bole nak buat ape... sampai sarawak, aku call da sampai ke destinasi.. sumanya ok... mak jangan risau..masa tu dengar suara dia macam tahan nangis... aduhai.. sayunya hati aku ni hanya Allah yang tahu... so, aku amik keputusan untuk tanak selalu call mak. nanti dia dengar suara aku, lagi dia nangis *anggapan aku je la ni... sampai suatu masa, aku lak sedih. sedih sebab ngan satu perkara ni. *biar aku ngan mak je tau.. aku sorang2 je masa tu. hubby kat kuching lagi.. takde tempat aku nak ngadu... aku call mak.. kami sama-sama nangis... aku mintak maaf kat mak ... memang sedih hari tu.. aku ingat abis kat situ je.. rupanya sampai ke petang mak nangis.. balik dari mesyuarat BAKAT, aku trus call mak.. pujuk mak supaya jangan menangis lagi.. ingat pada Allah yang satu... baca al-quran.. berzikir... alhamdulillah mak ok... so, aku kene beringat lagi lepas ni, aku tak boleh nak bersedih, kalau aku bersedih, mak lagi sedih...kalau mak sedih... aku takut dia sakit....Ya Allah.. kuatkanlah semangat ibu ku... aku akan cuba yang terbaik buat mak...

2 comments:

M.I.H said...

Semoga semuanya baik2 belaka.
Kita berjasa dengan Ibu Bapa kita, Allah akan pulangkan segala ganjaran yang baik untuk kita balik.
Im touch by ur story. i hope i can be more like u and ur mom even i am a guy..

:)

Unknown said...

terima kasih iqbal.. masa menulis td pon dok mengalir air mata je... uhuhu.. iqbal pon bole jadi anak n ayah yang baik ;)