Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers

Follow Me ;)

Monday, October 14, 2013

kampung ipoh, tanah merah, kelantah

tajuk da macam nak bagi alamat je ek. nasib baik tak lengkap. hehe.. terlebih dahulu aku nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha buat semua keluarga.. sanak saudara.. para sahabat dan juga pembaca blog aku..

sekarang ni aku bersiaran dari kampung hubby dikelantan. walaupun tak dapat cuti panjang.. kami balik jugak untuk meraikan bersama keluarga kat sini.

waktu sebelum berkawin dulu.. banyak romours yang mengatakan sambutan raya haji dikelantan la yang paling meriah. masa on the way balik semalam.. aku ngan hubby sembang pasal topik ni. hubby cakap dia pon heran kenapa orang cakap macam tu. dia rasa macam biasa je. takde la meriah sangat pon. hehe.. pastu aku mencelah. memang macam biasa pon. tapi pada aku kelainannya korban banyak dibuat dekat rumah kat kelantan ni. pastu kalau ade korban.. mesti ada buat kenduri makan-makan. kalau kat perak.. aku rasa macam biasa jer.. daging korban tu wat masak untuk sendiri-sendiri je. tak tau la pulak kalau orang lain kan.. hee...

last but not least.. aku tepekkan gambar aku ngan aryan kat atas gunung banjaran titiwangsa. sejuk giler masa ni. sebab baru lepas hujan.

esok da nak balik kl. balik ni nanti terus nak fokus kat tempahan manik. coz banyak da que sebab ade je yang datang rumah hantar baju. alhamdulillah.. rezeki aryan.. ade lagi satu baju pengantin nak dimanikkan... i'll try the best! insyaAllah..

anything nak tanya atau apa2 je lah.. leh email me adriea@gmail.com


No comments: