Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Follow Me ;)

Wednesday, June 5, 2013

Memanik

dari awal tahun.. aku dok memanik.. hujung bulan lepas baru settlekan baju customer. ingat nak stop kejap untuk tahun ni. sebab kemalasan melanda .. tapi aku buat untuk regular customer je.. untuk kakak-kakak aku dengan jiran kat rumah aku ni jer. tu pon jiran yang memang selalu hantar baju kat aku. ada lagi jiran yang nak hantar.. terpaksa aku tolak.. dan pada customer lain yang nak hantar tu.. terpaksa aku tolak jugak..  atas faktor aku nak tumpukan perhatian pada insan yang bakal dilahirkan... harap mereka memahami... insha Allah lepas da settle semua... boleh la hantar macam biasa yer.. :)

tahun ni tak banyak pon baju yang aku sulam.. dalam tak banyak tu berbulan gak tak siap. awal-awal lagi aku da remind kat empunya baju.. aku siapkan slow sket... sebab dorang setuju.. sebab tu la aku buatkan.. thehehe..

jom cuci-cuci mata... tahun ni banyak buat crumble dengan bunga yang simple jer.. atas permintaan customer  :)






ni jer yang aku buat setakat ni.. tapi... ade tapi tu.. hihihi.. aku sempat lagi memulakan sulaman kat baju sendiri.. nak cuba buat shimmering flora.. harap-harap sempat laaa siap sebelum deliver.. hehehe

semoga Allah permudahkan urusan bersalinku nanti.... bila la baby ni nak kuar.... kawan-kawan.. doakan untuk aku yer... terima kasih semua... 

No comments: