Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers

Follow Me ;)

Wednesday, April 3, 2013

Sakit Tekak

Again! ... taun ni saje tak tau la da berapa kali aku kena sakit tekak ni.. bila da rasa sakit tekak ni.. mula la cik batuk menyinggah.. kalau tak elok lagi.. siap package dengan cik selsema dan incik demam.

kelmarin hubby dok ngadu dia sakit tekak.. tup.. tup.. semalam aku lak yang kena.. siap aku rebuskan air asam jawa untuk kami berdua.. aku punya lak siap hangus periuk sebab terlupa punya kes.. ahahaha.. mujur la tak tebako.. Allah.. cuainya la..

uhuk uhuk..

malam tadi tengah tidur.. aku bole terjaga sebab batuk menyerang.. sakit tekak sampai tak bole tidur.. pas tu siap termuntah-muntah.. hubby yang tidur kat sebelah tu bukan sedar bini dia dok muntah-muntah kat bilik air dalam bilik tidur kitorang tu.. aku kejutkan dia baru la dia sedar.. tu pon dia dok gosok-gosok belakang aku sambil mata dia pejam... haha.. tapi lepas muntah tu still tak dapat nak tidur.. aku sapu vicks kat tekak.. baru la dapat lelapkan mata... 

syukur ya Allah.. kau berikan aku sakit untuk aku mengingatiMU... semoga aku tabah dalam mengharungi apa jua dugaan dariMu.. 

nak kena rebus air lemon lagi ni.. sebab itu je la ubat aku masa batuk ni.. air asam jawa tu hubby je yang mintak.. 

*cuaca panas sekarang ni.. sampaikan kipas syiling da pasang tahap maksima pon macam tak de rasa apa. nak kena beli kipas duduk buat tambahan.. nak beli aircond mak cik tak mampu.. dok depan pintu ais yang terbuka tu je acik mampu... hehehe....

No comments: