Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Follow Me ;)

Wednesday, June 16, 2010

Lagu Motivasiku

pe? ingat lagu motivasi kat skola ke? masa kat skola dlu memang aku ade pegi motivasi.. tapi lagu motivasi aku masa tu.. lagu gemilang - ella... tatau la skang ni guna lagi ke tak lagu tu... haha...

tapi ini adalah citer skang.. lagu yang bole muhasabahkan diri aku ni... mau kasi naik semangat la konon.. ada down ka wa punya semangat?? kusss semangatttttt ade la.. salu bila lagu ni berkumandang kat radio... aku tak wat peduli sangat. tapi bila pagi tadi ondewey (on the way) ke opis.... aku denga lagu ni secara terperinci *pehhh ayat surat rasmi da kuar...

korang nak tau lagu ape?? meh aku kongsi same2 ngan korang.....

Lirik Pelita – A.P.I (OST Hooperz)

Tak pernah sesaat daku meragui
Apa yang telah daku temui selama ini
Tak pernah sesaat daku menyesali
Apa yang telah aku nikmati
Apa ku alami
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Tak pernah sesaat aku mencurigai
Apa yang telah aku kecapi setakat ini
Tiba saatnya kan ku tangisi
Pada yang pergi takkan kembali
Kembali lagi
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Selagi jasadku belum terkubur
Selagi tubuhku belum ditimpa uzur
Pantang datuk nenek moyangku berundur

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke seluruh dunia
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke serata dunia
Seperti cahaya

ni lirik dia je... cam best sangat ... nak denga lagu??? KLIK SINI

enjoiyceeeeeee (enjoys)

Friday, June 11, 2010

twitter?

menarik tak twitter ni? aku tengok ramai yang dok wat twitter sendiri dah. aku ni.. patung twetty pon takde. hmmm.... rasa teringin gak nak menjelajah ke sana... tengoklah nnt.. akan ku pertimbangkan..

kesihatan mak

pagi tadi aku bawak mak g HAT. nasib tak ramai sangat org kat klinik biasa.. nombo je banyak... tp orangnya takde.. so tunggu pon kejap je la..
keputusan terkini, darah tinggi mak stabil kat 150 gak.. kira better dari mula-mula hari tu ngan bacaan 170. so doktor suh mak makan ubat tu untuk 3 bulan... pas tu datang cek lagi. then dokto pon ade bagi mak ubat demam, selsema ngan batuk. harap-harap mak lebih sihat lagi pas ni. kesian lak adik tengok mak tido je. ubat tu ngantok sangat la tu.. tak mak... rehat la secukupnya... asalkan mak sihat macam selalu..

hmmmm... dok terfikir.. nanti bila da jadi isteri orang... sape nak bawak mak g hospital......*nanges..................

Wednesday, June 9, 2010

ape khabar?

korang sihat? aku sihat... cuma mak aku yg tak bape sihat.. sedih aku tengok mak. darah tinggi naik sket ari tu.. so tiap-tiap hari selama seminggu bermula dari jumaat lepas aku bawak mak g klinik untuk cek blood pressure (BP) dia. alhamdulillah.. dari 170.. skang da turun 150.. tapi yg merisaukan aku.. mak demam lak. adekah sebab ubat yg terlalu banyak mak makan tu? huhuhuh... pagi esok aku nak bawak lagi mak g Hospital Tentera Lumut. harap-harap mak cepat sembuh... risau sangat bila tengok mak tak sihat macam tu... walaupun demam je..

waktu aku tulis blog ni pon.. mak da tido... hari lak ujan.. katak lak bunyik ngeng ngong ngeng ngong... memang merdu katak nyanyi.. sampaikan aku pon jadi ngantok same..