Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Follow Me ;)

Wednesday, November 28, 2012

Hilang semangat

Beb... Semalam aku da syok guna broadband tiba-tiba elok je abis aku taip entry yang sebelum ni, line jadi macam siput. Sampai sekarang ni pulak tu.. Ni pon aku guna handphone gak. Ape ke masalah celcom ni. Apa pon tak bleyyyyy....

Da bagitau hubby tadi dia kata nanti tukar yang lain pulak.. Masalahnya line apa yang bagus kat rumah aku ni.. Haihhh....

Guna handphone pon handphone la... Huhu... Kat bawah ni ada gambar tudung yang aku jual.. Kualiti dan design dia lebih kurang tudung yang glemer tu. Tapi aku jual murah sikit dari yang mahal tu... Aku ambik stok banyak hari tu... Tapi da kena rembat.. Hehe...

Harga aku letak RM85.00 INCLUDE POSTAGE. kalau berminat just email me k... adriea@gmail.com


Tuesday, November 27, 2012

ahlan wasahlan..

phew.. banyaknya sawang... sapu-sapu sket kat blog aku ni.. kalau betul-betul ni.. mau penuh harta karun dalam idung akibat dari debu-debu yang banyak.. hehe..

alhamdulillah.. mood da kembali ok sket dari yang sebelumnya.. kenapa lame nau aku bercuti? saje nak abiskan cuti tahunan.. bole?

broadband yang lama pon hubby da terminate kan.. disebabkan bila dia tengok bini dia biarkan je broadband dia berabuk dalam bilik tak berusik... yang ni ambil yang baru.. guna nama aku lak.. dia yang beli.. tapi guna celcom gak.. disebabkan tak tau nak pilih coverage lain yang bagus kat area umah aku ni.. celcom pon celcom la... mula-mula aku cadangkan pasang streamyx je.. hubby da setuju da.. tapi aku cakap streamyx tu bukan broadband.. kena guna talian tetap.. so tak bole la nak bawak kemana-mana.. on the spot dia reject.. haha.. ingatkan dia tau pasal talian tetap ni.. hihi..

walaupon agak lama aku tinggalkan blog ni .. sampai laptop aku pon berabuk abis... alhamdulillah.. ade jugak lagi yang sudi jenguk blog aku ni kan.. aku tengok rating tetap ada.. BE nuffnang pon ada lagi!! alhamdulillah... thnx nuffnang... nak update guna handphone ni macam tak best je.. sebab tu aku malas.. guna laptop gak puas hati..

pasni aku nak mulakan balik rutin aku yang sebelum ni.. abis suma aku tinggalkan.. jait manik.. jual online.. aduh. nasib baik customer manik memahami.. so kena lajukan sulaman tu... huhuh.. diam tak diam da nak masuk bulan december da nanti.. Allah.. aku rasa macam baru je semalam lahirkan anak aku.. arwah qaisara.. nak diikutkan sekarang ni umur dia da 10 bulan... da besar anak ibu.. :)

duduk du bandar metropolitan kuala lumpur ni memang tak terasa pon masa berlalu... tau tau.. da abis tahun.. sibuk betul dok kat bandar ni.. dulu masa duduk kat sri aman, kem pakit... sibuk jugak.. sibuk membilang hari.. ahahaha.. tapi skang ni da rindu dengan susasana yang aman dan damai tu.. ha rasakan... ni la nasib seorang isteri pegawai tentera... baru nak panas bontot duduk disuatu tempat.. da kena pindah ke tempat yang lain.. lepas ni tak tau la kemana pulak aku ngan hubby berhijrah.. tapi alhamdulillah.. hijrah tu kan bagus... alhamdulillah juga sebab aku dapat merasa semua tu.. macam-macam rencah kehidupan yang dapat aku rasa.. terima kasih Allah..

macam da panjang je aku membebel ni.. nanti sambung pulak to the next entry.. ewah skiping london...


Monday, November 5, 2012

Nak tulis tajuk ape pon tak tau

Salam semua.. Huuu sori da lama tak berupdate blog aku ni. Penyakit M mula melekat dekat aku. Harapnya tak la lama sangat dia nak melekat. Sebab aku pun da mula letih ngan penyakit M ni.. Korang suma sihat? Rindu kat aku tak? Ceyyy bajet retis letew!

Banyak je cerita yang aku nak kongsi ngan korang. Tapi bila sign in blog ni je, aku pandang sepi semacam.. Huu tak bole blahh..

skang ni musim hujan da kan. Siang malam hujan kat sini. Sejuk beb. Bukak kipas kat nombo 1 pon still rasa sejuk. Penyudahnya tutup terus. Nak mandi pon bercinta sebab sejuk. Dasar kamben...

hari ni bebudak yang umur 17 tahun ambik spm kan? Gud luck kat dorang.. Aku doakan semoga calon-calon spm semua dapat menjawab soalan dengan jayanya...

Oklah nak merajinkan diri untuk mengemop lantai yang da lama tak berkilat....