Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers

Follow Me ;)

Friday, April 4, 2014

update

Uish... Lamanya la tak menaip kat sini. Aryan pun da umo nak masuk 10 bulan.. Aik kejapnya kan? Tu la.. Diam tak diam.. Da beso da dia.. Akal pon makin berkembang. Da pandai gerak2 kan badan macam menari bila dengar lagu kat baby tv.. Haha kelako je aku tengok. Nasib baik comel.. Hihi..
Gigi pon da tumbuh 3 batang. Nasib la.. Nak mengigit je kejenya skang ni. Macam-macam aksi yang dia da pandai buat. Nak citer satu-satu ibunya malas.. Hihihi.. Tapi satu je tak banyak berubah aryan ni. Nak melekap je manjang ngan ibu tau. Agak susah bagi ibu nak buat keje. Huhu.. Jahit manik pon cecuri masa. *eh ade ke ayat cecuri? Haha..
Ni pon aku dapat naip kat sini sebab dia da tido. Itu pon banyak kali terjaga tadi masa aku sidai kain ngan kemas-kemas umah sket. Dia bukan boleh dengar bunyi bising sikit.gerenti akan terjaga.. Aduhai..
Aku ingat nak menjahit manik jap lagi. Pastu kemas-kemas bilik jait aku yang da macam kapal terbalik da. Eh bercakap pasal kapal.. Hari ni genap da kapal terbang mas mh370 hilang. Sedihnya la bila tengok berita pasal plane ni..takde lagi jumpa serpihan kat lautan hindi tu. Tah2 kapal terbang tu tak terhempas kan? Mana la tau... Kot2 dia ade kat somewhere yang kita tak jangkakan... Semoga Allah permudahkan misi mencari mh370... Amin..
Eh sebelum lupa.. Aku nak informkan ... Umah kitorang dkt melaka dah ade penyewa. Hari tu tak sampai sehari pon letak iklan depan rumah.. Dah ade org call nak check in sewa.. Kalau letak kat facebook ramai yang rajin suh pm je. Da macam jual tudung lak. Fedap aku nak layan. Hahaha..
Eh da macam-macam citer lak yang masuk dalam entry ni ek. Hehe... Janji aku update gak kan.. Raya puasa da nak dekat ni. Kalau rasa nak pakai baju raya yang menarik sket taun ni.. Meh bagi aku jait manik kat baju tu. Tak pun tambah lace ke. Ade macam-macam patern lace skang ni. Harap-harap aku sempat jait lace kat baju raya aku taun ni.. Weehuu...
Sebarang pertanyaan korang boleh send kat email aku yer adriea@gmail.com

*psttt kalau rasa korang ade berhutang ngan org.. Cepat langsaikan... Kalau tak mampu bayar sekali harung.. Bayar la secara ansuran.. Jgn la senyap je terus.. Aku x lupa bab hutang ni.. Opsss..

No comments: