Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Follow Me ;)

Monday, September 9, 2013

Kenduri khawin

Semalam kami anak beranak pergi port dickson. Ada jemputan kawin dari kawan hubby. Kawan masa di kem pakit dulu. Da terbiasa panggil jon.. Aku pon terikut panggil jon jugak kawan dia tu. Kami pergi 3 buah kereta.. Dua buah kereta tu pon buddy dr kem pakit dulu. Memang kuat brother hood dorang ni. Nak pergi memana pon mesti nak sesama..

Sampai dirumah pengantin. Ngam2 pengantin pon sampai sama.. Kami dtg utk mkn je la.. Keokeokeo... Tema pengantin warna terkois.. Jiran depan blok rumah aku pon ade dtg. Ehh bole pulak jumpa kat situ kan. Hehe.. Si pengantin satu skot dgn dia kot... Lepas habis makan dan jumpa pengantin.. Aku ikut amy salah sorg isteri buddy husband pergi berehat kat rumah dia. Actually amy ni jiran masa kat pakit dulu.. Kawan aku jugak la namanya.. Hihi .. Sorg lagi kapt anis..

So kami pon melepakkan diri kat rumah amy.. Bawak anak2 kami sekali.. Dok bersembang kat situ... Banyak betul cerita.. Haha.. Husband masing2 masih dirumah pengantin. Oh yer.. Rumah amy kat dalam kem di PD tu.. Atas bukit.. Mengadap laut... Wuu memang best.

Dlm pukul 3 ptg.. Baru la grup husband balik kerumah amy tu.. Sambung sembang n lepak2 lagi.. Pastu baru balik kl.. Thnx amy sebab sudi layan kami ;-)
Next time bole datang lepak lagi.. Hehe

Dan selamat pengantin baru buat jon dan isteri. Semoga bahagia dan berkekalan sehingga ke jannah..


Friday, September 6, 2013

Handbag furla

Email me jika berminat adriea@gmail.com (free postage n free paper bag)







Handbag coach mampu milik yang berkualiti

Siapa yang berminat.. Bole email ke adriea@gmail.com dan nyatakan beg yg mana satu korang berminat nak beli eh.. Kualiti memang terjamin dan teebaikk.. Sebab aku pon da memilikinya.. Hihi... Jom grab!!