Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Follow Me ;)

Thursday, October 4, 2012

Tips Bayi : Bila Bayi Muntah

Bayi terutama yang baru lahir memang sering muntah. Namun, anda harus mengetahui apakah muntah bayi itu sesuatu keadaan yang normal atau bayi benar-benar muntah dalam jumlah yang banyak.

Bayi yang kenyang selalunya akan mengeluarkan sedikit susu yang telah diminumnya. Ia mengalir keluar daripada mulutnya tanpa menyakitinya. Ini adalah keadaan biasa dan sering berlaku pada bayi yang baru lahir dan tidak perlu anda risaukan. Ia adalah satu proses semula jadi untuk mengeluarkan udara yang ditelannya sewaktu menyusu.

Tetapi jika jumlah yang dimuntahkannya itu terlalu banyak, inilah yang benar-benar disebut bayi muntah. Apabila benar-benar muntah, cecair yang dikeluarkan itu seperti menyembur keluar yang disertakan dengan kontraksi dari otot perutnya. Malah, muntah itu juga boleh keluar daripada lubang hidung.

Muntah yang sebenarnya selalunya berlaku pada bayi yang berusia dua bulan ke atas. Ia mungkin petanda bahawa bayi sedang mengalami gangguan kesihatan atau gangguan pada fungsi pencernaannya.

Jika cecair yang dimuntahkannya itu berwarna pelik seperti hijau contohnya, ia mungkin bermaksud ada jangkitan atau luka didalam kerongkongnya yang membuatnya muntah. Anda harus segera membawa sikecil berjumpa doktor jika mengalami situasi ini.

Berikut antara cara yang boleh anda lakukan untuk membantu mencegah bayi daripada muntah

- Cuci tangan sebelum menyusukan bayi dan sterilkan botol susu sebelum digunakan bagi mencegah kuman dan bakteria.

- Sendawa bayi setelah minum susu sebelum meletakkannya semula. Dukung dengan cara menegakkannya dan disandarkan pada bahu anda sambil menepuk lembut belakangnya hingga bayi sendawa.

- Berikan bayi susu mengikut waktu rutin. sebaiknya jangan tunggu hingga bayi benar-benar lapar kerana ini akan membuatnya minum dengan terburu-buru dan terlalu banyak hingga mudah membuatnya muntah.

- Jika menyusukan bayi dengan susu formula, pastikan puting susu tiruan benar-benar masuk sepenuhnya kedalam mulut bayi dalam posisi tegak lurus bagi mengurangkan masuknya udara kedalam perut bayi sewaktu dia sedang menyusi.

- Susukan bayi dengan posisi yang sedikit tinggi. Anda boleh gunakan bantal dengan meletakkannya dibawah tangan anda yang mendopang leher dan kepala bayi agar sedikit tinggi sewaktu sedang menyusu.


* hari tu aku kan ada melawat anak kepada anak sepupu hubby yang sakit tu.. ENTRY NI ...mak baby tu cakap.. anak dia muntah dengan teruk.. pas tu terus bawak pergi hospital.. doktor check dalam kepala dia ada darah beku... terus kena operate... dan doktor suspek bayi tu penah jatuh atau digoncang dengan kuat.. hmm...hati-hati ya para ibu.. jaga anak kita elok-elok..

gambar ihsan dari incik goggle

No comments: