Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Follow Me ;)

Wednesday, October 3, 2012

Tin Tin Tin!

koleksi tin.. apekah? tiba-tiba je nak wat koleksi tin kan? entah.. aku rasa macam best je tengok ade orang kumpul tin yang pelbagai bentuk dan corak ni.. so, sekarang aku nak mencuba la rasanya.. agak-agak kalo da rasa macam menyemak.. kasi jual la itu tin.. cewah.. ade ke yang nak membeli..?? ahaha aku cite ni macam la banyak beno koleksi tin yang aku ade... tin biskut banyak la.. hahah.. bebaru ni aku terbaca berita kat suratkhabar pasal teh boh ade perkenalkan produk baru. aku tak eksited tengok berita tu.. tapi jadi eksited bila tengok tin dia cantik.. hahah bole centu??

ha tengok tin dia.. ade crown.. kan tantek tu... hehe .. ape?? kome nampak tak cantik? ah dulik!
tapi ade yang istimewanya pasal teh ni. limited tau teh ni... meh aku tulis sket isi kandungan berita tu...

'Boh, jenama terkenal menampilkan ciri anggun dan gaya bangsawan memperkenalkan produk terbarunya, Diamond Jubilee Blend, yang direka khas bagi memberi penghormatan sempena kedatangan Duke dan Duchess of Cambridge, Puter William dan Catherine, ke Malaysia baru-baru ini. Kedatangan pasangan diraja itu sempena ulang tahun ke-60 pertabalan Ratu Elizabeth sebagai Ratu England, mencetuskan idea yang melahirkan aroma teh yang menyenangkan hasil campuran teh yang digabung daripada bungaan berasal dari Manipuri dan Rajgur Jats bersama teh Boh di Taman Teh Sungei Palas, Cameron Highlands.

Diamond Jubilee Blend turut menampilkan rasa limau nipis dan limau mandarin serta sedikit rasa teh kegemaran rakyat Britain iaitu earl grey, yang menghasilkan teh yang penuh rasa dan ringan. Ketua Pegawai Eksekutif Boh Plantations Sdn Bhd (Boh), Caroline Russell berkata, adunan istimewa itu adalah bagi mengingati peristiwa bersejarah berkenaan. Ia juga melambangkan hubungan baik antara Boh dengan keluarga diraja dan Suruhanjaya Tinggi British di Malaysia yang mana adunan akhir dipilih sendiri oleh keluarga diraja. 

"Diamond Jubilee Blend dihidangkan pada majlis minum petang dikediaman Pesuruhjaya Tinggi British sebagai menghormati kedatangan pasangan diraja England itu. Ia juga dipersembahkan kepada mereka serta Ratu England sebagai hadiah daripada Boh. Teh ini adalah edisi terhad dan ekslusif yang mana keuntungan daripada jualan didermakan kepada Hospis Malaysia iaitu organisasi kebajikan yang mengkhusus kepada penjagaan paliatif yang dipilih sendiri oleh pasangan diraja itu, katanya.

Teh Boh Diamon Jubilee Blend dijual pada harga RM35 setiap satu di Pusat Teh Boh di Sungei Palas, Cameron Highlands dan kedai terpilih diKuala Lumpur

sekian saja berita dari saya makcik jamal dari bilik jait manik. 

ha.. semalam pegi giant .. cari gak.. tak jumpe.. oo bukan kedai terpilih letew... hujung-hujung.. lain yang aku jumpa...

tin lori oreo.. haha comel!! RM20 lebih la.. 

dalam tu ade biskut oreo.. jamal je la yang makan tu nanti.. pas ni nak beli tin ape lak mokcik??? heheheheh..



No comments: