Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Follow Me ;)

Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Monday, April 2, 2012

Mengapa Harus Dibedung?

korang penah tak tertanya-tanya kenapa setiap kali lepas bayi dilahirkan, mereka harus dibedung? aku ade gak  mempunyai perasaan yang macam tu. pada fikiran aku.. baby ni kene bedung sebab nak bagi keselesaan kat dorang dan supaya bila besar nanti.. kaki dorang tak mengangkang sangat.. hahaha.. tapi.. tu pada pandangan aku jer... so sekarang aku da jumpa fakta-faktanya.. kenapa baby tu harus dibedung. aku dapat ni dari majalah.. jom kita baca bersama-sama untuk menambah ilmu...

Lazimnya bayi yang baru lahir pasti akan dibedung. Ia salah satu teknik membungkus bayi menggunakan kain yang lebar dan agak luas. 
Membedung bayi sememangnya amat disarankan pada bayi yang baru lahir kerana ia bagaikan pelukan hangat seperti semasa masih berada dalam rahim ibu. Membedung akan membuat bayi berasa tenang dan selesa selain memudahkan ia untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran barunya seletah dilahirkan. 
Sebenarnya, banyak manfaat membedung bayi ini. Antaranya :-

1. Untuk menghangatkan tubuh bayi.
2. Membantu bayi menyesuaikan diri dengan suhu persekitarannya selepas keluar daripada rahim ibu.
3. Menahan refleksi gerakan tangan dan kakinya yang selalu membuatnya terkejut dan terbangun dari tidurnya. Membedung akan mengurangkan gerakan refleksi tersebut dan membuat tidur bayi lebih tenang.
4. Memudahkan bayi untuk didukung dan didodoikan.
5. Membuat bayi lebih mudah untuk ditenangkan apabila dia mula meragam. Apabila dibedung, bayi akan berasa tenang dan mudah mengantuk lalu tertidur.

Sebaiknya jangan membedung bayi terlalu lama, cukuplah sekadar satu bulan pertama. Ini kerana apabila bayi semakin membesar, ia akan mula banyak bergerak dan membedungnya hanya akan membatasi pergerakan motoriknya yang sedang berkembang dan boleh membuat bayi bertambah meragam kerana sudah mula berasa tidak selesa apabila dibedung.

Selain itu, perhatikan juga perkara berikut apabila mahu membedung bayi. 

> Cuaca yang terlalu panas. Ini akan menyebabkan bayi berasa tidak selesa dibedung kerana tubuhnya terasa bahang dan tidak mendapat udara. Jika begini, sebaiknya jangan bedung bayi dahulu sehingga cuaca panas mula berkurangan.

> Perhatikan keinginan bayi. Sesetengah bayi tikdak suka dibedung. Jika bayi lebih tenang dan selesa tidak dibedung, tidak perlulah anda membedungnya.

> Jika membedung bayi, anda harus peka dengan lampinnya samada lampin pakai buang atau lampin basahan. Bayi yang baru lahir kerap membuang air. Lampin yang basah akan mengganggu keselesaannya.

> Berhati-hati dan sentiasa perhatikan bayi anda. Adakalanya kerana pergerakan bayi, kain bedung mungkin boleh menutupi wajahnya atau terkena pada wajahnya yang membuat bayi berasa tidak selesa.

kain bedung dan barut arwah Qaisara yang aku belikan.. tak terfikir pun nak jual kepada yang berminat. ibu simpan elok-elok... 








Monday, February 20, 2012

Doa Untuk Ibu Mudah Melahirkan Anak

walaupun sudah melahirkan.. tapi ni sebagai panduan pada diri aku jugak untuk next pregnancy.. insyaAllah..




[Nota: Sesiapa yang tidak mampu membaca doa di bawah dalam Bahasa Arab, boleh sahaja berdoa dalam Bahasa Melayu... asalkan ia difahami dan mampu dihayati ketika berdoa. Sesungguhnya Allah itu memahami semua bahasa. Yang penting, selepas ini, tetap diusahakan agar pandai membaca al-Quran kerana al-Quran adalah cahaya hidup kita. Jika pandai membaca al-Quran, insya Allah, doa ini juga bisa dibaca kerana ia sudah berbaris. Harap maklum.]

Bismillahirrahmanirrahim...

************************************

اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَا دَاْمَ فِي بَطْنِي

وَاشْفِهِ أَنْتَ شَاْفٍ لاَ شِفَاء إلاَّ شِفَاْؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَاْدِرُ سَقَمًا

اللَّهُمَّ اخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِي يَوْمَ وِلاْدَتِهِ سَهْلاً و تَسلِيْمًا

اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَاْمِلاً حَاْذِقًا عَاْقِلاً عَاْلِمًا زَكِياًّ مُؤْمِنًا صَاْلِحًا

اللَّهُمَّ احْسِنْ خُلُقَهُ وَافْصَحْ لِسَاْنَهُ وَاحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَآءَةِ

الْقُرْآنَ وَالْحَدِيْثَ بِبَرَكَةٍ مُحَمَّدٍ صَلَّى الله ُعَلَيْهِ وَسَلَّمْ



Maksudnya:

Ya Allah, Peliharalah anakku selama dia berada dalam kandunganku,

Dan sembuhkanlah ia, Engkaulah Maha Penyembuh, tiada penawar melainkan penawar Engkau, penawar yang tidak lagi mengundang sebarang penyakit,

Ya Allah, keluarkanlah dia dari kandunganku pada hari kelahirannya secara mudah dan selamat,

Ya Allah, jadikanlah bayiku sihat, sempurna, pintar, berakal, berpengetahuan, cerdik, beriman serta soleh.

Ya Allah, perelokkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, merdukanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan al-Hadith dengan berkat Muhammad S.A.W