Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Follow Me ;)

Saturday, December 3, 2011

Trimester ketiga


diam tak diam... aku da masuk waktu kehamilan trimester ketiga.. iaitu trimester yang terakhir...
menurut info dalam buku yang aku beli ni... memasuki trimester ketiga atau peringkat terakhir kehamilan, bebanan dari sudut fizikal semakin dirasai. perut semakin membesar dan kenaikan berat tubuh akan membuat anda cepat letih dan kelelahan apabila melakukan sebarang kerja. ITS TRUE! memang cepat letih je skang ni... kalau bole, nak je ada pembantu untuk tolong aku masak... tapi..apa kan daya.... huhuhu...

sambung lagi --> anda juga merasai pelbagai perasaan atau emosi yang berlainan. gembira, sedih dan rasa khuatir bercampur aduk dalam diri anda. dalam tempoh ini juga, anda akan mula melakukan persiapan bagi menyambut orang baru. ITS TRUE AGAIN... tapi bab emosi tu aku cuba kawal.. tak nak rasa tertekan sangat.. sebab kadang-kadang.. yang menjadi penyebabnya bukan besar sangat pon... huhuhu..

ok.. jom tengok simptom-simptom yang dialami masa trimester ketiga ni lagi.. antaranya :-

1. Sakit Pinggang Dan Pinggul

sakit pinggang atau terasa sakit dibahagian pinggul akan kerap anda alami dalam trimester ketiga ini. ia berlaku kerana peningkatan berat beban kandungan yang anda bawa. berat bayi menarik anda kehadapan membuat anda harus menarik tubuh kebelakang untuk mengimbangi keadaan ini. keadaan ini menyebabkan tekanan kepada otot dan pelvik. selain itu, keadaan ini juga disebabkan oleh regangan ligamen yang semaik menegang. berhati-hati dengan pergerakan anda. elakkan membongkok dalam melakukan aktiviti harian dan sewaktu mengangkat barang sebaliknya, turunkan kaki (bengkokkan lutut) untuk mengambil barang diatas lantai. jangan mengangkat barang yang berat. selain itu, untuk membantu mengurangkan keadaan ini, cuba elakkan melakukan perkara yang boleh mengundang rasa sakit pinggang seperti berdiri atau berjalan terlalu lama. elakkan juga memakai kasut bertumit tinggi dan jangan selalu membongkok....
keadaan aku : sakit pinggang ni kurang sket.. sebab masa trimester kedua memang aku kerap sakit pinggang dan pinggul dah... memang kena kerap berjalan untuk elakkan sakit pinggang dan pinggul... (exercise sket) nak wat keje bongkok-bongkok memang tak leh la derrr... kasut tumit tinggi memang tak pakai dah.. simpan je ler.. huhu

2. Pernafasan

Pada trimester ini terutama ketika hampir menjelang hari bersalin, ramai wanita hamil yang mula berasa susah untuk bernafas. ini disebabkan tekanan bahagian paru-paru si ibu. selalunya apabila kepala bayi sudah mulai turun kerongga pinggul iaitu dalam tempoh lebih kurang dua minggu sebelum bersalin, ketika inii anda akan mula dapat bernafas dengan lebih mudah berbanding sebelumnya. selain itu, rasa terbakar didada (heart burn) juga akan mula hilang. jika terasa sukar bernafas sewaktu mahu tidur, tinggikan bantal dibahagian kepala agar dada sedikit naik untuk memudahkan pernafasan anda.
hoho.. time ni memang masa tidur tu pernafasan agak terganggu sket.. so aku ikut tips tidur dalam keadaan tinggikan sket bantal.. alhamdulillah berkesan...

3. Kerap Buang Air Kecil

Rahim yang membesar ditambah pula dengan kedudukan bayi yang semakin menurun menjelang kelahiran akan menekan pundi kencing menyebabkan anda akan kerap membuang air kecil walaupun dalam jumlah sedikit. ia adalah perkara biasa. jangan hadkan minum air semata-mata tidak mahu kerap membuang air.
keh keh keh.... ni sejak awal pregnant memang aku dah start ulang alik ke toilet dah... huhuhu...

4. Sukar Tidur

Apabila perut semakin membesar, pergerakan bayi juga semakin kuat hingga menganggu ketenangan anda untuk tidur nyenyak. ditambah pula dengan masalah lain seperti sakit pinggang dan pinggul, pedih uli hati dan sukar bernafas turut mengganggu tidur anda. cubalah cari posisi tidur yang sesuai. dapatkan bantuan lain seperti bantal yang lebih untuk membantu memberi sokongan agar anda lebih selesa sewaktu tidur.
tidur malam memang agak tidak selesa. dan selalu terjaga.. tapi bila da terjaga tu.. aku duduk jap.. relax.. relax... borak-borak ngan baby jap... tepuk-tepuk bantal... pastu pejam-pejam mata.. tak sedar masa bila aku tidur.. hehe...

setakat ni dulu wat entry kali ni... jap lagi sambung lagi fakta yang ade lam buku ni...

to be continued ..

*kaki da lenguh sebenarnya sebab duduk lama ni.. =P

Thursday, December 1, 2011

Keajaiban atau Kedaifan?


ape komen korang bila tengok gambar yang aku lampirkan ni? sebenarnya gambar ni aku snap masa di sri aman lagi.. lam surat khabar Utusan Malaysia.. mungkin antara korang ada yang penah baca berita ni.. tapi aku nak kongsikan jugak.. menurut dalam berita ni.. budak ni tinggal ngan atoknya.. parents tinggalkan dia sebab dorang keje kat bandar... kanak-kanak 20 bulan ni mula hisap susu lembu ni mula julai lepas untuk meneruskan hidup.. sadiskan... dia mula hisap bila nampak anak lembu tu dok isap susu mak dia... kekanak ni pon ikut isap sama... Allahu Akbar... lembu tu pulak elok je tak marah bila budak ni isap nenen die yer... kasihnya binatang pada makhluk Tuhan lebih kuat tu....

kita kat sini susah payah dok beli susu tepung lembu.. budak ni dapat fresh lagi... huhuhu... apa apa pon.. aku doakan semoga kekanak ni sihat walafiat la hendaknya.. coz risau lak bila dia hisap nenen lembu tu kot-kot ade kuman ke.. huhu.. nauzubillah..

amik iktibar...


hang out with family


kalau nak diikutkan, planning hari kejadian.. nak pegi kenduri kawin kat kampung 40 rantai.. *kg arwah ayah.. tapi di sebabkan beberapa perkara yang tak dapat dielakkan, terpaksa la cancel.

kebetulan my bro.. abg eli from Tanjung Malim nak balik.. coz nak hantar kereta baru my sis (kak enah) .. da jd penjual kete my bro ni.. ok la tu... ade side income

then bila family abg eli sampai... borak-borak jap kat umah mak.. after zuhur, kitorang kuar pegi makan kat Nasi Ayam Mama.. abg eli belanja.. aku naik keta ngan kak ila..


we olls kat Nasi Ayam Mama ... pas makan cni.. gerak pegi tesco lak.. kat situ paling lama kot.. tak sedo diri tul.. tak padan ngan da sarat-sarat tu.. gagah dok tawap tesco... hahaha... the end....

*tak leh dok lelama... sakit-sakit suma badan.. kaki pon jd bam bam.. huhu
(psttt.. masa lam gambar ni pregnant 30 wks.. utk rujukan sendiri)


Tuesday, November 29, 2011

Aku Maafkan Kamu

Aku maafkan kamu

Cukup kau tahu

Yang aku maafkan kamu

Tolong teruskan hidup

Jangan sebut namaku....



lagu dari Jamal Abdillah ft Malique [Aku maafkan kamu]

cukuplah kamu dengar lagu ini untuk fahami isi hati aku....