Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Follow Me ;)

Sunday, January 3, 2010

coretan hatiku..

mr fiance demam. sedih aku... tak penah dia demam sebelum ni. tapi kali ni kena teruk gak. sampai tak larat nak bangun. nak angkat phone call n sms aku pon tak larat. aku risau sangat-sangat. coz bila tak dapat kabar berita dari dia.. dada aku jadi sesak.. aku risau kalau apa-apa yang berlaku. ye.. kami duduk berjauhan... hanya handphone dan ym yang menjadi pengubat rindu..

malam tadi lambat mata aku nak lelap.. selalunya kul 11 keatas, mata aku da tak tertahan ngantuk lagi da... trus bummm..... tapi malam tadi jam 2 pagi mata aku segar lagi... bermacam perkara yang bermain lam fikiran aku ni risaukan mr fiance... "abg..ayg da cuba untuk tak berfikir apa-apa..tp ayg tak mampu... abg da jadi sebahagian dari idup ayg.. abg da jadi nafas pada ayg... tanpa abg, hidup ayg melalui kesulitan..."

pagi tadi baru aku dapat bercakap ngan dia... alhamdulillah syukur padamu ya Allah...
to mr fiance.. jangan lupa makan ubat... pahit tu bukannya racun... dan semoga cepat sembuh..

bila da tido lambat malam tadi, penangannya...aku mengantuk je skang ni. nak tido tak leh.. coz tak dapat lelap pon.. jap lagi nak pegi umah makcik aku, nak hantar kain untuk buat baju.......

*sayangku padamu tak pernah ada dusta..........*tetiba je rasa macam ayat lagu je ni... blasah


Friday, January 1, 2010

siapapun ibu kita.. ibu tetap ibu...

"ya... siapapun ibu kita... ibu tetap ibu... menderhaka amatlah dilarang sama sekali.."
ini lah antara bait kata-kata yang terdapat dalam novel yang aku beli ni. satu lagi karya Ramli Awang Murshid yang aku beli. aku tak boleh nak menahan diri aku daripada tidak membeli karya beliau..

9 nyawa... antara mitos yang dikaitkan dengan kucing yang mempunyai hanya 9 nyawa. dalam novel ni banyak menceritakan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya yang tak ada galang ganti. dari kecil si ibu menjaga si anak sehingga meningkat dewasa. penyakit jantung yang dimiliki sianak amat membuatkan siibu takut tiap kali jantung anaknya berhenti berdegup. siibu amat percaya dengan mitos 9 nyawa yang ada pada sianak. siibu... puan azizah.. si anak.. intan suryani... mereka tak pernah berpisah. pn azizah sentiasa memantau pergerakan intan suryani sehinggakan intan suryani kadangkala merasa rimas dengannya... main ngan kucing pun tak boleh beb... bila baca bab tu.. aku merasakan pn azizah mempunyai penyakit. ye la... nak wat ape pon tak boleh, mesti la rimas. dorang ni dari keluarga yang kaya raya.. memiliki premis menjual barangan kemas... intan..berlian... suumo ado.... wah memang kaya... intan mempunyai bapa.. iaitu sanusi.. tapi da meninggal dalam kemalangan semasa dia berusia 9/10 tahun camtu la.. dengan kekayaan yang dorang miliki ni la... mat siam.. gelaran kepada seorang penjenayah yang ingin merampas kekayaan itu secara senyap... iaitu nak membunuh pemilik premis tersebut yang diberi nama d'diamond.

intan suryani yang tak pernah berpisah dari ibu dia... sampai bercinta pon tak boleh... akhirnya menemui cinta beliau... iaitu khairil.. yg kononnya mempunyai perniagaan sendiri... dan ibu bapa yang menetap di istanbul...

dalam cerita ni juga ada watak dr david chu iaitu pakar jantung. dan tanpa diduga, beliau sebenarnya adalah merupakan sahabat lama kepada arwah suami azizah. dalam masa yang sama, dokto tu pun menaruh hati dengan pn azizah. dan sepanjang pembelajaran beliau didublin, secara diam dokto tu da memeluk agama islam... very the baik tau dokto ni.. memang aku suka.. cewahh..

pastu watak istimewa yang ada dalam ni adalah hakim. seorang yang cacat penglihatan, tetapi mempunyai anugerah yang istimewa iaitu boleh mendengar suara roh mereka yang berada didalam koma. hakim mempunyai seorang adik iaitu shauqi. yang terlibat dengan kerja yang tak halal.. menjual barang seludup di singapura. eh.. dorang adik beradik ni memang duduk kat singapura pun... manakala hakim lak bekerja sebagai telefonis dekat hospital disingapura tu...

klimaks cerita ni memang menarik... dimana pn azizah yang tegas yang teramat sangat tu... telah kembali ke pangkal jalan.. dengan menunaikan ibadah umrah bersama dr david chu atau nama islamnya daud... intan suryani lak da selamat berkawin dengan khairil centa hati dia tu..
segalanya bermula apabila intan suryani dan suami dia berbulan madu dekat singapura. masa tu mak dia ade kat tanah suci menunaikan umrah. so masa tu la intan suryani dapat merasakan kebebasan yang selama ini ingin dia kecapi iaitu berjauhan dari mama dia... mama dia call pon tak angkat beb... mak dia sedih giler sebab anak dia sanggup lakukan begitu..

sampailah satu masa intan suryani koma sebab sakit jantung masa honeymoon dorang tu.... hahhhh! masa ni la segalanya terbongkar. ishhkkk memang sakit ati bila dapat tahu... yang khairil tu sebenarnya bapak penjenayah.. benda ni suma terbongkar bila intan suryani koma.. roh dia berkeliaran.. ibarat mesin putaran waktu... semua itu tergambar dan terbongkar... khairil tu la pembunuh, penipu.. ye la bapak segala jahat. dia la yang upah mat siam tu... amacam?? terkujat tak? hakim.... hakim tu la yang jadi pengantara intan suryani dan mama dia... masa intan suryani koma... bentuk badan dia berubah hitam... rupanya ibu dia kecil ati masa intan suryani tak angkat phone dia ari tu... roh intan suryani minta tolong pada hakim supaya mama dia maafkan dia.. selepas mama da maafkan dia, barulah roh intan berubah kepada asal... beb, sebab tu la tajuk aku begitu... jangan sakiti ibu kita... derhaka beb... leh masuk neraka... nauzubillah...

aku bagi 4 bintang dari 5 untuk novel ni. lagi satu bintang tu ilang sebab permulaan cerita agak sedikit lembab dan membuatkan aku tertido masa membaca... ujung-ujung baru best.. huhuhu..

untuk tahu dengan lebih lanjut lagi ape kesudahan cerita ni.. dapatkan la di kedai yang berhampiran. aku gerenti memang takan rugi kalo korang beli. ok, aku akan sisipkan sinopsis kat blakang novel ni utk korang ek... manala tau.. korang tak paham ape yang aku citer.. muahahah... layannn...

sinopsis cerita 9 nyawa :

intan suryani

Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula.... menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mempunyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah 'nyawa' yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. sungguh dia tidak percaya... ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri terbujur kaku.

Hakim

Sibuta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. anugerah TUHAN.. mata hatinya lebih celik. dia bisa mendengar suara mereka yang berada disempadan, antara hidup dan mati.


Mereka berdua bertemu jua... di alam paranormal. pertemuan itu merungkai sebuah kisah disebalik cerita. kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka terungkai. dan satu persoalan lain pula muncul. mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?

sekian......

*kadang-kadang mak kita marah bukan sebab dorang benci kita... kadang-kadang mak kita tak bagi kita buat sesuatu tu.. bukan sebab dia tak suka... dorang buat macam tu sebab kita ni anak dia.. sebab dia sayang kita.. sebab kata hati dia mengatakan benda tu tak elok untuk kita... mak kita percaya pada kata hati sebab.... kata hati tak pernah berdusta...

mari melipat

mari mari mari!!! jualan lelong!! pilih yg mana berkenan. hahaha.. ni bukan jualan longok yer kawan-kawan.. ni adelah longgokan kain baju aku yang blom berlipat. aku saje je simpan sampai tahun baru ni.. kiranya ade gak aktiviti yang berfaedah untuk aku ditahun baru ni kan?? *sengal.. ni la aku.. amat malas bila bab nak melipat kain ni. nak membasuhnya lajuuuu jer... yer la.. kan guna mesen... ehehehe... takde ke mesen nak lipat kain bang??? hahaha...
yaaa... sudah siap.. ni la ghopenya... da susun cantek lam setbod. hahaha.. kome tau tak ape tu setbod??? almari laaaa... so, pas ni aku akan berusaha lagi untuk mengumpul kain yang tak berlipat menggunung setinggi sampai kat syiling umah aku. *gerenti akak-akak aku murka serta mengeluarkan senjata didalam mulutnya.. haha...

adioss... mau pigi makan... kul 430 sudehhh... blum lunch... huhuhu.. sodeh

epi new year!!!

haha.. kat kebun aku ade mende ni.. hepi new year 2010!!!

selamat tahun baru kepada semua... tak sangka kan... nombo pada tahun tu da bertukar kepada 10. seingat aku... rasa macam baru je lagi menempuh tahun 09. *menempuh kesahnye.. ape azam korang sume? mesti ada yang menyimpan macam-macam azam kan?? pada aku... azam aku adalah agi idup agi ngelaban kot?? wakakaka... ye lah... setiap individu ada macam-macam pendapat. pada aku, kalau menetapkan azam sekalipun, kalau takde usaha...tak guna gak kan??? so, biar la aku tetapkan yang untuk teruskan kehidupan didunia ni la azam aku. tahun 2009 meninggalkan macam-macam kenangan pada aku. pahit, manis, suka dan duka... semua tu rencah kehidupan yang aku perolehi untuk mematangkan pikiran. *matang ke???

tapi kenangan yang paling manis adalah saat aku ditunangkan la... tak sangka ianya menjadi kenyataan. tahun ni.... azam nak kawin pulok yer??? *aik start wat azam la plak????
hahaha... takde lah.. guro jer...

tahun lepas *wah macam bertaun lamenya.. aku da rancang macam-macam perkara. harap-harap apa yang dirancang akan berjalan dengan lancar... insyaAllah... *takde maknanya makan pil perancang. ni rancang baekkk punyaaaa... hahaha...

u'oll... jangan terkejut... aku da menregisterkan diri aku untuk masuk kelas menjahit. start 9.1.10 ni nnt... doakan aku berjaya menjadi tokei butik yang berjaya ek.. wakakakak *blom start ape lagi da sampai klimaks kekdahnya..

so, esok cutiiii... selamat bercuti. dan slamatkan la diri anda dari diselimuti lemak.