Our Anniversary!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Follow Me ;)

Sunday, January 22, 2017

Ketam oh ketam

Hari ini hari sabtu. Hari hari hari sabtu. Wahaha.. senget jap. Hari ni rutin mingguan.. tetiap pagi kami sekeluarga pergi shopping dipavitani. Hahaha pasar tani laaa.... Boleh dikatakan setiap kami pergi. Lokasinya di pasar tani sebelah aeon au2 Je. Tapi sebelum ni pasar tani tu lokasi dia kat giant setiawangsa. Eh nak dekat 4 Tahun tau kami menetap di keyel. Ekeke...

Dah pergi pasar tani tu.. en chef a.k.a my partner in crime a.k.a my teman sekatil voluntuer nak masak ketam. So.. i is macam pucuk dicita ulam mendatang la kan... Sila laaaa masak... Hihihih...
Balik dari pasar tani terus balik kerumah. Sementara tunggu asben masak... Aku lepak dengan anak-anak dekat depan. Tengok tv. Best baq ang... Hahaha... Dulu-dulu ada je si asben ni masak. Cuma sekarang ni da jarang sangat. Bila da siap masak.... Taraaaa ....

Ni la rupanya... ketam masak telur masin.. So jom makannnnn.... Sedap jugak. Hahaha... Tq asben. Nanti rajin-rajin la masak lagi yer... Hihihi.. 

Tuesday, January 17, 2017

Bisnes online

Semenjak ada facebook dengan instagram ni.. dah jarang pulak masuk blog ni kan.. insyaAllah nanti lepas ni aku nak aftifkan balik blog ni. Eh lari tajuk pulak.. hehe..

Sekarang ni aku da start jual handbag branded coach.. michael kors.. kate spade original tau... Thanx dekat kawan aku yang sudi bekalkan beg dekat aku. Bermula dengan suka-suka je. Tapi sekarang baru nak masuk 2 tahun lebih. So aku pon da daftarkan perniagaan aku ni. Nanti ada pulak yang cakap aku takde sijil ssm kan. Nanti korang jemputlah follow my ig ya. qaizh_ville ig aku tu. So pada korang yg berminat nak beli original branded handbag... Sila la beli dgn aku ya. Hahaha... InsyaAllah harga adalah sangat berbaloi dan mampu milik.


Aduh.. anak2 aku da kacau. Ok nnt sambung pulak next entry ya

Jangan lupa follow instagram qaizh_ville

Handbag branded original 

Tuesday, May 10, 2016

Rindu

Duh.. bertahun aku tinggalkan blog kesayangan ni... bukan berbulan tau.. kesian btul kat blog aku.. bukan dilupakan tapi ditinggalkan sementara.. anggap je la aku pergi outstation yer blog. Hahaha... diam tak diam.. aku sekarang da ada 4 orang anak. Hahaha.. percaya tak?? Tapi 3 ada didepan mata..yg permaisuri hati tu.. ada didalam hati..

Paham ke? X paham takpe.. hehehe

Ni pon aku masih dalam berpantang anak yg keempat ni. Walopon baru je awal tahun lepas aku beranakkan anak yg nmbo 3. Hihihi.. rezeki Allah nak bagi jangan ditolak.

Nanti aku ceritakan pasal anak2 aku yer.. hehe.. eh ni saje je nak ngetest tulis blog guna blog lovin. Laptop dah innalillah.. guna smart phone je la.. huhu.. kalau ok.. harapnya aku rajin la update blog lagi lepas ni. Doa-doakan la yer. Bajet ramai peminat aku ni. Pui

Ok la.. aku stop dulu..baby da nanges.. adeh

Wednesday, November 5, 2014

Page FB (Facebook)

Hmmm nak war war kan kat sini pasal page aku kat facebook. Dah lama bersawang page tu aku tak buka. Hehehe... Ok sekarang aku da insaf.. Buka balik page tu untuk jualan kain dan juga bahan-bahan untuk jahit manik atau lace kat baju..

Selalunya aku jahit manik kat baju orang.. Tapi kali ni aku still ambik tempahan... Tapi dalam masa yang sama aku jual material yang aku selalu pakai untuk jahit manik tu... Ok tak? Hehe... Kalau nak mintak tolong aku matchingkan dengan kain yang korang nak manikkan tu boleh jugak. I`ll try my best. Cewah....

So.. Jemputlah ke laman page aku kat facebook tu yer... Page aku butik aryan qaisara


Ni page aku

Jemputlah cuci-cuci mata dan shopping sekali.. Hehe.. Support me please... Hik hik...

Sebarang pertanyaan korang boleh la pm page tu atau kat facebook aku atau email pon boleh adriea@gmail.com

Sunday, November 2, 2014

hello!

Assalamualaikum... Fuh lama betul aku tak menaip kat blog ni.. Sejak adanya zamir aryan... Memang susah aku nak ngadap lama-lama alam maya ni. Online pon banyak dekat facebook dengan whatsapp..

Tapi blog ni aku buka juga kadang.kadang.. Tak pon jaghang-jaghang... Hehehe... Blog walking pon ade gak... Tu pon cari resepi.. Keh keh keh... Ni pon masa aku tengah menaip ni pon aryan dok kacau aku.. Aduhai... Diam tak diam aryan da berusia 16 bulan..



Macam-macam benda dia da pandai.. Tapi bab nak makan tu cerewet sikit.. Huhu layan kan aje la.. Gigi pon da banyak tumbuh. Nak menggigit aje taunya.. Stress mak!! Sekarang ni dia kuat meragam sikit.. Nak ade seseorang duduk dekat dengan dia je.. Kalau aku dengan dia je kat rumah.. Terpaksa la aku ngadap dia jer kat ruang tamu ni. Kalau nak buat keje kat dapur.. Terpaksa laaa aku dengar bunyi siren dia.. Adoiiii stress mak! Lagi sekali... Huhuhu... Ni baru sorang... Da banyak stress.. Ahaha poyo la ibu ni... Actually .. Bila da jadi seorang ibu.. secara tak lansung akan mengajar kita untuk menjadi seorang yang lebih penyabar. Agak-agak bila rasa nak jadi hulk tu.. Cepat-cepat la beristighfar banyak-banyak. Kalau tak sabar..silap hari bulan tangan melekap kat badan sikecik tu.. Aduhai kesian kat dia.. Da la kecik.. Dia takan balas balik pon kalau kita pukul dia.. Tak ke dosa free je kita dapat?

Diam tak diam.. Sekarang ni da masuk bulan november. Bulan depan da december. Birthday aku la tu.. Huahua... Lama betul nak tunggu tarikh keramat... Hahaha.. Actually .. Sejak kawin ni .. Kitorang takde pon nak celebrate apa-apa hari kejadian. Cukup la sekadar memperingati. Birthday aryan pon aku tak buat. Sebab rasanya bukan satu keperluan sangat pon..
Kalau nak buat pon... Buat kenduri kesyukuran je la.. 

Aduh .. Rasa macam banyak benda nak tulis.. Tapi tak tau nak cerita macamana.. Simpan aje la cerita-cerita yang lepas... Aku cerita bab yang akan datang nanti je la yer... Hehehe.. 

Ok jumpa next entry nanti.. Harap-harap penyakit malas tak merebak lagi.. 

Friday, April 4, 2014

update

Uish... Lamanya la tak menaip kat sini. Aryan pun da umo nak masuk 10 bulan.. Aik kejapnya kan? Tu la.. Diam tak diam.. Da beso da dia.. Akal pon makin berkembang. Da pandai gerak2 kan badan macam menari bila dengar lagu kat baby tv.. Haha kelako je aku tengok. Nasib baik comel.. Hihi..
Gigi pon da tumbuh 3 batang. Nasib la.. Nak mengigit je kejenya skang ni. Macam-macam aksi yang dia da pandai buat. Nak citer satu-satu ibunya malas.. Hihihi.. Tapi satu je tak banyak berubah aryan ni. Nak melekap je manjang ngan ibu tau. Agak susah bagi ibu nak buat keje. Huhu.. Jahit manik pon cecuri masa. *eh ade ke ayat cecuri? Haha..
Ni pon aku dapat naip kat sini sebab dia da tido. Itu pon banyak kali terjaga tadi masa aku sidai kain ngan kemas-kemas umah sket. Dia bukan boleh dengar bunyi bising sikit.gerenti akan terjaga.. Aduhai..
Aku ingat nak menjahit manik jap lagi. Pastu kemas-kemas bilik jait aku yang da macam kapal terbalik da. Eh bercakap pasal kapal.. Hari ni genap da kapal terbang mas mh370 hilang. Sedihnya la bila tengok berita pasal plane ni..takde lagi jumpa serpihan kat lautan hindi tu. Tah2 kapal terbang tu tak terhempas kan? Mana la tau... Kot2 dia ade kat somewhere yang kita tak jangkakan... Semoga Allah permudahkan misi mencari mh370... Amin..
Eh sebelum lupa.. Aku nak informkan ... Umah kitorang dkt melaka dah ade penyewa. Hari tu tak sampai sehari pon letak iklan depan rumah.. Dah ade org call nak check in sewa.. Kalau letak kat facebook ramai yang rajin suh pm je. Da macam jual tudung lak. Fedap aku nak layan. Hahaha..
Eh da macam-macam citer lak yang masuk dalam entry ni ek. Hehe... Janji aku update gak kan.. Raya puasa da nak dekat ni. Kalau rasa nak pakai baju raya yang menarik sket taun ni.. Meh bagi aku jait manik kat baju tu. Tak pun tambah lace ke. Ade macam-macam patern lace skang ni. Harap-harap aku sempat jait lace kat baju raya aku taun ni.. Weehuu...
Sebarang pertanyaan korang boleh send kat email aku yer adriea@gmail.com

*psttt kalau rasa korang ade berhutang ngan org.. Cepat langsaikan... Kalau tak mampu bayar sekali harung.. Bayar la secara ansuran.. Jgn la senyap je terus.. Aku x lupa bab hutang ni.. Opsss..

Thursday, January 16, 2014

homestay berhampiran teluk kemang, port dickson


Pada korang yang bercuti di port dickson dan mencari tempat penginapan, ada sebuah homestay yang sesuai untuk disewa.

Antara kelebihan yang ada kat homestay ni lokasi adalah berhampiran dengan :-

1. PD ostrich farm ( 2 min perjalanan)
2. Pantai Teluk Kemang (5 min perjalanan)
3. Pantai Lagun Biru (10 min perjalanan)
Banyak lagi pantai peranginan yang berdekatan dengan homestay

Dan antara kemudahan yang terdapat dalam homestay ni :-

1. 3 bilik tidur (Master bedroom dilengkapi dengan aircond)
2. Ruang tamu dan ruang makan yang selesa
3. Ruang dapur untuk memasak
4. Tempat parking yang luas

Alamat homestay adalah seperti berikut :-

No. 86, Jalan 3/5
Taman Intan Perdana
71050 Port Dickson
Negeri Sembilan

Untuk tempahan sila hubungi

1. Nomie (018-3102667)
Atau
2. Yana (012-2976076)

Sunday, January 5, 2014

6 months

Alhamdulillah... Aryan da berumur 6 bulan.. Tapi sebenarnya da nak masuk 7 bulan dah januari ni. Cepat jer masa berlalu.. Syukur alhamdulillah.. Terima kasih Allah diatas peluang yang telah engkau berikan ini..

Dalam masa yang sama.. Arwah kakak aryan pon da nak masuk umur 2 tahun bulan ni.. Kalau arwah qaisara ade.. Mesti dia tengah main2 dengan aryan sekarang.. Rumah abah ngan ibu mesti lagi meriah :)

Tapi walaupun qaisara takde.. Qaisara tetap dalam hati kami berdua..

Berbalik pada aryan.. Aku bersyukur sangat bila dapat melihat kehebatan kekuasaan Allah didepan mata aku sendiri.. Bila mana aku dapat tengok aryan pandai buat macam-macam ikut perkembangan bayi.. Syukur...syukur ya Allah.. Bertapa besarnya kuasaMu.. Bila seorang bayi pandai melakukan sesuatu perkara tanpa diajar.. Dari lahir aryan dengan sendirinya pandai menghisap susu.. Sampai la sekarang dia da pandai merangkak.. Respon aryan sangat positif. Bila aku panggil nama dia.. Dia pandang dan bunyikan suara seraya menyahut. Hihi comel anak ibu.. Pantang aku hilang dari pandangan.. Mula la dia bising.

Zamir aryan.. Ibu sayang sangat padamu..

Skang ni disamping pandai merangkak.. Aryan da pandai berdiri kat tepi-tepi sofa.. Berpaut kat kabinet tv.. Berdiri tepi baby court dia... Allah.... Risau ibu tengok bila dia suka lepaskan tangan bila berdiri macam tu. Dah tentunya dia akan jatuh terlentang. Da nak berjalan ke anak ibu ni... Gigi pon tak tumbuh lagi.. Hihi.. Tapi pantang tengok orang mengunyah.. Mesti dia nak mengendeng sama.. Hehe..

Tahun 2013 da meninggalkan kita... Ramai orang memasang azam baru. Aku pon ade azam gak.. Tapi lebih kepada impian... Tau sendiri cukup la.. Tak yah kongsi pun takpe kan.. Sebab kena berusaha sendiri gak nanti.. Hihi.. Semoga Allah izinkan.. Ok lah.. Nanti aku sambung next entry lak.. Sebelum tu... Terima la senyuman dar aryan ni... Hehe ... Peace!


Tuesday, December 17, 2013

Latest






Hubungi saya untuk tempahan
adriea@gmail.com

Friday, December 13, 2013

6 bulan






Alhamdulillah... Dah 6 bulan usia anak ibu.. Aryan makin banyak akal.. Makin laju bergerak sana sini.. Makin tahu keadaan sekeliling. Skang ni pon dia tengah kacau aku menaip ni... Suke lak tu dia kaco ibu.. Hehe.. Aaaaa tak leh nak taip banyak... Da memanjat aku da ni... Nanti ibu story mory lagi... Nak masak breakfast jap.. Ada tetamu dirumah... 

Thursday, December 12, 2013

testing

Fuh...da lama tak bukak blog guna lappy.. Ni pon pinjam tab hubby.. Salu on guna s2 den je... Orang lain da lebih advance.. Aku masih mampu bers2 je... Jadi la ... Dari takde lansungkan.. Syukur alhamdulillah... Ok lah... Nnt update lain.. Aryan da nangis nak nene.. Hihu... Ni saje test tab hubby guna line aku je... Tehehe... C ya...

Thursday, October 31, 2013

baju akad nikah

eh ni baju customer la. tengah mencuri masa nak menyiapkan baju akak nikah bakal raja sehari ni.

untuk tempahan dan pertanyaan lanjut boleh email ke adriea@gmail.com


Friday, October 18, 2013

sesak

kenapa semenjak dua menjak ni aku rasa macam sesak je otak bila bukak fb.. mungkin aku banyak baca status kawan-kawan fb yang penuh emosi kot. sampai aku teremosi sama. haha.. penyakit berjangkit sungguh.

baik lepak kat blog ni best jugak. tenang je.. ecewah~
sekarang ni dok update blog guna handphone je la. dah lama tak tekan keyboard lappy. coz berodben yang tah hape hape. aku tak guna lansung pon kena bayar gak. tensi. sesak gak dada mak nak nembayor.

aryan pulak sejak balik dari kampung.. dah mula taknak duduk baring tengok tv sorang-sorang macam sebelum ni. nak berkepit dengan ibu gak. haish kena training balik ni. kalau tak.. susah ibu nak buat keje.

dah macam lari topik je plak aku ni. huhu.. ape pon.. kalau tak bukak fb satu hari memang tak sah kan? hikhokhikhok.. tapi selagi aku ada urusan dalam fb tu.. memang susah la aku nak tinggal pon. da jadi macam satu keperluan untuk aku. tapi kadang-kadang aku rasa ada jugak status yang tah ape-ape aku baca. gelak sendiri je la. itu fb deme... sukati deme ler.. ok lah aryan da bangun. tak sompek den nak mandi. ngedet belog lagi! huhu... jom skodeng aryan mandi


Monday, October 14, 2013

kampung ipoh, tanah merah, kelantah

tajuk da macam nak bagi alamat je ek. nasib baik tak lengkap. hehe.. terlebih dahulu aku nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha buat semua keluarga.. sanak saudara.. para sahabat dan juga pembaca blog aku..

sekarang ni aku bersiaran dari kampung hubby dikelantan. walaupun tak dapat cuti panjang.. kami balik jugak untuk meraikan bersama keluarga kat sini.

waktu sebelum berkawin dulu.. banyak romours yang mengatakan sambutan raya haji dikelantan la yang paling meriah. masa on the way balik semalam.. aku ngan hubby sembang pasal topik ni. hubby cakap dia pon heran kenapa orang cakap macam tu. dia rasa macam biasa je. takde la meriah sangat pon. hehe.. pastu aku mencelah. memang macam biasa pon. tapi pada aku kelainannya korban banyak dibuat dekat rumah kat kelantan ni. pastu kalau ade korban.. mesti ada buat kenduri makan-makan. kalau kat perak.. aku rasa macam biasa jer.. daging korban tu wat masak untuk sendiri-sendiri je. tak tau la pulak kalau orang lain kan.. hee...

last but not least.. aku tepekkan gambar aku ngan aryan kat atas gunung banjaran titiwangsa. sejuk giler masa ni. sebab baru lepas hujan.

esok da nak balik kl. balik ni nanti terus nak fokus kat tempahan manik. coz banyak da que sebab ade je yang datang rumah hantar baju. alhamdulillah.. rezeki aryan.. ade lagi satu baju pengantin nak dimanikkan... i'll try the best! insyaAllah..

anything nak tanya atau apa2 je lah.. leh email me adriea@gmail.com


Saturday, October 12, 2013

sedar tak sedar

yer sedar tak sedar umur aryan da masuk 4 bulan. sebab itu la ibu makin sibuk sampai takde masa nak update blog. ok itu hanya alasan. alhamdulillah.. sekarang aryan da pandai meniarap. pastu suka angkat-angkat bontot nak wat reverse kot masa meniarap. huhu comel lak ropenya. pastu suka dok sembur air liur. sket sket dok abuuuu abuuuu geram lak ibu nengok bibir monggel tu dok menghembus air liur. hehe..
yang paling ibu heran.. masa dok isap nene pon dia dok abuuu abuu.. haishh .. aryan.. aryan..
bertapa bersyukurnya aku pada Allah yang esa kerna diberi peluang untuk menikmati saat yang macam ni.. dapat melihat perkembangan sikecil didepan mata.. agaknya 'sikakak' da pandai berlari dah sekarang ni kan :-)
memang aku tak pernah nafikan dan tak boleh nak tipu diri sendiri.. setiap kali aku melihat aryan.. wajah arwah juga kelihatan.. Allah... rindu ibu tak pernah hilang pada qaisara..
rasanya aku macam ada hutang satu entry. ade aku nampak entry tu dkt draft.  nanti lah aku siap kan.. tah bila la tu.. hikhokhikhok..
oh yer.. sekarang aku ada dikampung bonda.. kg permatang, manjung perak. disebabkan hubby ada kerja diipoh.. makanya dapat la aku bercuti kat umah bonda ni.. hehe.. esok kami akan berangkat ke kelantan pula... doakan perjalanan kami selamat pergi dan selamat pulang yer...
last but not least.... gambar ibu n aryan buat tatapan kawan2 ibu qaisara n aryan kat blog ni.. hikhik pasan!


Friday, October 11, 2013

hanger tudung berclip

jika berminat boleh email saya adriea@gmail.com


Monday, September 9, 2013

Kenduri khawin

Semalam kami anak beranak pergi port dickson. Ada jemputan kawin dari kawan hubby. Kawan masa di kem pakit dulu. Da terbiasa panggil jon.. Aku pon terikut panggil jon jugak kawan dia tu. Kami pergi 3 buah kereta.. Dua buah kereta tu pon buddy dr kem pakit dulu. Memang kuat brother hood dorang ni. Nak pergi memana pon mesti nak sesama..

Sampai dirumah pengantin. Ngam2 pengantin pon sampai sama.. Kami dtg utk mkn je la.. Keokeokeo... Tema pengantin warna terkois.. Jiran depan blok rumah aku pon ade dtg. Ehh bole pulak jumpa kat situ kan. Hehe.. Si pengantin satu skot dgn dia kot... Lepas habis makan dan jumpa pengantin.. Aku ikut amy salah sorg isteri buddy husband pergi berehat kat rumah dia. Actually amy ni jiran masa kat pakit dulu.. Kawan aku jugak la namanya.. Hihi .. Sorg lagi kapt anis..

So kami pon melepakkan diri kat rumah amy.. Bawak anak2 kami sekali.. Dok bersembang kat situ... Banyak betul cerita.. Haha.. Husband masing2 masih dirumah pengantin. Oh yer.. Rumah amy kat dalam kem di PD tu.. Atas bukit.. Mengadap laut... Wuu memang best.

Dlm pukul 3 ptg.. Baru la grup husband balik kerumah amy tu.. Sambung sembang n lepak2 lagi.. Pastu baru balik kl.. Thnx amy sebab sudi layan kami ;-)
Next time bole datang lepak lagi.. Hehe

Dan selamat pengantin baru buat jon dan isteri. Semoga bahagia dan berkekalan sehingga ke jannah..


Friday, September 6, 2013

Handbag furla

Email me jika berminat adriea@gmail.com (free postage n free paper bag)







Handbag coach mampu milik yang berkualiti

Siapa yang berminat.. Bole email ke adriea@gmail.com dan nyatakan beg yg mana satu korang berminat nak beli eh.. Kualiti memang terjamin dan teebaikk.. Sebab aku pon da memilikinya.. Hihi... Jom grab!!








Monday, July 22, 2013

Saat kelahiran

Rasa-rasanya agak terlewat tak kalau aku nak ceritakan detik-detik nak melahirkan aryan hari tu? Tapi lewat atau pun tak... Ikut aku la kalau nak cerita pun kan.. Hehe..

Ok.. Ikutkan perkiraan pihak kesihatan.. Tarikh bersalin aku adalah pada 21 jun 2013.. Ikut perkiraan seorang MA yg pernah wat detail scan dekat aku di HKL pula.. Mungkin awal seminggu katanya.. So.. Apa-apa jua perancangan yg di jangkakan, aku kena juga beringat bahawa perancangan Allah jua lah yang tepat. Ape-ape pon aku hanya berserah pada Allah yang satu..

Bila nak dekat tarikh bersalin.. Perasaan aku bercampur baur.. Kerna pengalaman lalu masih menghantui... Tapi aku berlagak cool.. Cewah.. Nak dekat2 tarikh bersalin juga la aku teringin nak tengok wayang.. Haha.. Tp hubby tak ikutkan sgt kehendak aku. Kang terberanak dlm cinema naya je.. Haha..

Nak dekat due tu pon hubby banyak spend masa dengan aku dirumah. Tu pon ade jugak nk kuar minum dgn kwn dia. Aku izinkan.. Tp dgn syarat balik awal. Ok jam 8/9 kuar.. Jam 11 da balik. Gud..
Last mkn besar sblm bersalin adalah dkt rosdet kg baru.. Mkn ketam uolls.. Dengan perut memboyot tu gagah tu berjalan gak.. Hehe...

Pastu 9hb aku masuk wad sebab aku risau baby x berapa aktif geraknya.. Dorg wat ctg .. Baby ok.. So dok rehat kat wad sehari.. Kat ctg tu pon ade kesan contraction sket.. Tp aku takde rasa sakit ape pon.. Esoknya aku kuar wad.. So rest kat umah je..

Ni gambar masa aku dalam wad kelas 2. Duduk sorang-sorang. Boring giler. Nasib baik ada tv

Ok to be continued..